8 October 2013

Resepi: Chocolate Chip Cookies ala-ala Famous Amos

Assalamualaikum

Boleh???

Makin hari, idea nak menulis kat blog ni makin kering
Ada yang kata, kalau kering basahkan
Macam mana nak basahkan agaknye ye???? hmmm

Ok la, hari ni saja ja buat cukup syarat nak hapdet belog
soooo, hari ni aku nak kongsi resepi Chocolate Chip Cookies ala-ala Famous Amos gitew

ahahaha, over tau nak tunjuk gambar besar-besar

ok lets get start

Bahan-bahan:
1 cawan gula halus - diayak
1 cawan butter
4 cawan tepung gandum - diayak (aku guna 3 1/3 cawan je)
1 cawan minyak masak (aku guna 3/4 cawan je)
1 biji telur
1 sb susu segar
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanilla
1 sk garam (kalau butter dah masin, tak perlu garam)
2 cawan chocolate chips - ikut suka. nak lebih lagi pun boleh.

Cara-cara:
1. Masukkan gula dan butter ke dalam mangkuk adunan. Pukul hingga sebati dengan menggunakan mixer. 
2. Kemudian masukkan telur, minyak masak, susu segar, garam, esen vanilla. Pukul lagi dengan manggunakan mixer dengan kelajuan tinggi selama lebih kurang 5 minit sehingga adunan dah macam creamy.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau adunan dengan menggunakan senduk kayu. Kacau sehingga adunan sebati. 
4. Masukkan chocolate chip. Kacau lagi sehingga chocolate chip tu rata diseluruh adunan (betul ke ayat ni???)
5. Sudukan adunan ke dalam tray. Tak perlu gris tray dengan butter pun sebab adunan tu dah memang berminyak dan takkan melekat kat tray pun. Pastikan jangan sudukan adunan tu terlalu besar sebab nanti biskut tu mengembang jadi tak comel. Sementara nak sudukan tu, preheat oven pada suhu 170 degree Celsius selama 5 minit. 
6. Masukkan tray ke dalam oven dan bakar pada suhu 150 degrre Celsius selama 15-20 minit. 

p/s: Aduanan tu memang akan lembik sikit. Tak boleh nak gentel-gentel guna tangan ye sebab memang lembik. Aku suka kalau adunan lembik sebab nanti cookies tu akan jadi gebu dan harus la sedapppp. Kalau nak buat cookies ni berperisa coklat, tambah la coco powder dalam adunan tadi. Buat dalam  2 1/2 cawan tepung gandum : 1/2 cawan coco powder. Kalau banyak sangat coco powder, pahit pulak nanti cookies kita.


Taraaaaaa, dah siap. Boleh makan begitu sahaja, boleh makan cicah susu dan ikut lah kreativiti nak makan macam mana pun. Janji perut kenyang. Aku buat ni pun, anak buah siap bawak bekal pi sekolah. Lepas ni boleh la buat cookies untuk raya, birthday party anak-anak/anak buah ke, untuk suka-suka pon bolehhh. Takde salah nye pun. hehe..

Ok kepada sesiapa yang nak mencuba, selamat mencuba. thanks for reading :)

6 comments:

Jenn said...

biasa aje katenye padahal peh nampak sedap la cookies. nanti kite nak try resepi linda ni :D *terus bookmark*

pjol said...

terbayek..watkan utk kite ek..hehe

haslinda said...

@Jenn

haha biasa je. nnt try la. org pn nk try strawberry butter cake jugak laaa. hehe :)

haslinda said...

@pjol

Mai rumah dulu, baru org buatkan... :P

Jenn said...

-..- tu hasil disaster. linda buat mesti lg comelll n sedap!

haslinda said...

@Jenn

ahahah kalau org buat pun disaster jugak. first time memang selalu disaster. haha... nnt piqa buat yg second third time pun mesti comel.. :)