24 October 2013

Graduation Day: 20 Oktober 2013

Assalamualaikum

Alhamdulillah
19-20 Oktober 2013 merupakan hari yang bermakna buat semua student UMT yang bergraduat
termasuklah aku sendiri

Bagi kami student Marine Biology, 20 Oktober adalah harinya. seawal jam 7 pagi ramai dah yang berkumpul di tapak berkumpul sebelum berarak masuk ke dalam dewan.


Banyak lagi gambar, malas nak upload. hahaha

Tahniah aku ucapkan kepada semua sahabat-sahabat biologi marin dan sahabat-sahabat UMT yang telah berjaya mengharungi pahit manis selama 3 tahun di UMT. semoga berjaya untuk apa jua arah tuju korang selepas ni. minta maaf sebab tak sempat nak bermesra sangat masa hari konvo hari tu sebab keutamaan layanan diberikan kepada keluarga yang datang dari jauh. hehe. tak banyak masa yang dapat diluangkan dengan korang, terasa bersalah pun ada. insyaAllah ada jodoh dan rezeki, pasti diaturkan oleh-Nya pertemuan untuk kita-kita semua lepas ni. nanti alumni dinner December nanti, kita enjoy puas-puas ok.

Buat semua pensyarah, kakitangan sokongan JSM, FMSM dan UMT, keluarga, rakan-rakan dan semua yang pernah terlibat secara langsung dan tak langsung, terima kasih tak terhingga kami ucapkan atas sokongan, dorongan, nasihat, pendapat, dan segala yang khidmat-khidmat terbaik yang telah kalian berikan kepada kami. semoga ukhwah yang terjalin antara kita semua takkan pernah terputus biarpun jasad kita terpisah beribu batu sekali pun, namun tetap menjadi yang paling dekat disisi hati. ececeh... haha..

Tu saje tuan belog nak membebel. sekian saja untuk entry kali ini, terima kasih sudi baca. heeee :)

3 comments:

Nuriesya Nadia said...

Tahniah Linda !! :)

haslinda said...

@Nuriesya Nadia

Thanks awak!!! :)

Anonymous said...

Tahniah...n termakbul gak doa dulu sy..slmt mju jaya ya..smoga cpt tawen...daaa...salam..