4 May 2013

Sayang kawan

Assalamualaikum...

Lama dah tak menaip
semakin jarang menaip
semakin kekok setiap kali nak rentakkan jari atas keyboard ni
tak pa, untuk kali ni, untuk malam ni
aku bukan lah nak menaip pasal isu yang tengah panas sekarang ni
bukan pasal PRU
juga bukan pasal gwiyomi
tapi its all about a friendship dan berlapang dada

jujur aku cakap
aku ni bukan seorang yang peramah dan ramai kawan
aku senang berkawan dengan tak ramai orang
tapi kalau boleh biar lah aku cuba jaga persahabatan yang terjalin
bukan senang dapat kawan dan senang tinggal kawan
aku bukan jenis macam tu kot
sebab tu aku tak ramai kawan

ok cerita pasal kawan ni kan
aku selalu perhatikan sekeliling
juga pengalaman sendiri
dalam kelompok kawan-kawan ni 
mesti ada yang macam-macam ragam
"macam-macam pe'el" lah

aku sendiri selalu berdepan dengan macam-macam ragam manusia ni
kalau ikut pemikiran kurang matang aku dulu
aku memang tak bijak nak handle "macam-macam" ragam manusia ni
lagi-lagi yang melibatkan emosi
tapi tu dulu
sekarang aku cuba belajar untuk BERLAPANG DADA
lagi-lagi dengan rakan-rakan dan sahabat kita

berlapang dada
sorang teman selalu ingatkan aku
berlapang dada lah tiap kali kita rasa kurang senang dengan tindakan orang lain
mula-mula tu aku terfikir jugak
berlapang dada? macam senang. macam mudah
tapi bagi aku memang tak mudah. tak senang untuk berlapang dada.
lagi-lagi bila perkara melibatkan emosi
kadang-kadang nak berlapang dada ni sampai tumpah air mata

ada beberapa cara yang aku amalkan dalam berlapang dada ni
hasil dari pembacaan aku
ada empat cara mudah: 
istighfar, abaikan syaitan sekeliling
think positive dan beri ruang untuk diri sendiri.

istighfar dan ingat Allah
istighfar bila tiap kali berdepan dengan ragam kawan kita yang kurang menyenangkan
ingat Allah, bersangka baik dengan Allah
kenapa Allah bagi kita kawan macam tu
sebab dia nak kita ingat yang kita juga manusia dan seorang kawan juga
yang takkan lari dari buat kesilapan dan kesalahan
ada hikmah kenapa Dia kirimkan kawan macam tu dekat kita
istighfar sebanyak mana dan selama mana yang mampu
sampai kita rasa lapang

abaikan syaitan
syaitan ni sifat dia menghasut
menghasut manusia lemah iman, kadang-kadang sampai terputus ukhwah
hanya kerana hal-hal kecik
jadi, hindari syaitan dengan perbanyakkan balik istighfar
insyaAllah syaitan akan mengalah,
bila dia tengok kita berjaya berlapang dada dengan ujian Allah

berfikiran positif
setiap kali berdepan dengan ragam kawan-kawan ni
terdetik dalam hati unsur-unsur negatif
laju-laju berbalik pada point ni 1 balik
istighfar dan bersangka baik
kadang-kadang seseorang tu bertindak dengan sebab
mungkin ada cerita dan sejarah disebalik sikap buruk dia tu
tak adil kalau kita terus nak blame dia semata-mata satu sifat buruk dia
sebaliknya pusing balik, flashback balik
cuba fikir dan gali semua yang baik pasal dia
sebab disebalik satu sifat buruk tu, tersembunyi 10 kebaikan dia
mungkin dia orang yang pernah pinjamkan bahu untuk kita nangis satu masa dulu
jadi jangan terlalu cepat bersangka buruk dengan kawan kita
hanya semata-mata satu pe'el dia yang kita tak senang

beri ruang untuk diri sendiri
ni aku selalu buat
setiap kali ada terasa dengan kawan2
aku akan dok diam2 dan jauhkan diri
bukan sebab merajok atau pun tak nak kawan dengan orang tu dah
tak terlintas nak putuskan ukhwah 
tapi tu bertujuan untuk beri ruang pada diri sendiri
muhasabah diri, istighfar, hindari syaitan dan berfikiran positif
beri ruang pada diri untuk memaafkan dan melupakan

tak mudah nak berlapang dada
tapi bila kita cuba amalkan berlapang dada ni
insyaAllah Allah tolong pelihara ukhwah kita dengan kawan-kawan kita
tak susah nak dapat kawan
tapi tak senang nak mempertahankan ukhwah yang dah terjalin tu
entry ni pesan untuk diri aku dan kawan-kawan jugak
aku juga manusia, tergolong dalam manusia yang punya macam-macam ragam jugak
sama-sama la kita jaga friendship kita
jangan terlalu mudah nak lepaskan hanya sebab benda kecik
akhir kata
SAYANGILAH SAHABAT ANDA
ngeeeeeeeeeeee~ senyum kambing