24 March 2013

FAQ: Marine Biology

Assalamualaikum...

Hai. ekceli malam ni aku tak plan pun nak apdet entry kat belog ni. sebab mood aku nak berblog ni macam dah makin terkubur. tapi macam biasalah, nak terkubur pun tiap kali buka online, mesti login blogger dulu. 

Macam biasa, buka dashboard, cek komen and cek new apdet dari blogger2 yang aku follow. then dapat satu komen dari Anonymous dekat satu entry lama aku ni. entry pasal aku masuk belajar kat UMT as student Diploma Perikanan dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Marin). terjah SINI untuk entry tu. 


Ok. bila aku pi balik entry tu, rupanya ada 4 komen dari adik2 yang tanya macam mana nak sambung degree Biologi Marin ni. sorry dik. pertanyaan adik2 terabai. memandangkan sekarang ni musim nak masuk U, jadi boleh la aku share and jawab soalan2 yang ditanya sebelum ni.

First sekali, biar aku introduce dulu program Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) di UMT ni. program ni dibuka untuk lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma dan setaraf. tahun 2012, Biologi Marin di UMT dah ada 13 batch. dan aku dalam batch yang ke-11. di Malaysia, kalau tak salah aku hanya UMT saja yang menawarkan program Biologi Marin. lain2 program yang boleh dikatakan adik beradik dengan program Biologi Marin ialah Sains Samudera (UMT), Sains Laut (UKM) dan Sains Marin (UMS). tempoh pengajian untuk program Biologi Marin di UMT adalah 3 tahun, sekiranya pelajar dapat memenuhi kesemua keperluan dan syarat untuk layak bergraduat dalam tempoh 3 tahun tu. 

Dalam program Biologi Marin ni pelajar didedahkan dengan kursus2 yang berkaitan dengan hidupan laut, ekologi dan ekosistem laut, dan proses2 yang berlaku dalam laut. ada jugak subjek minor contohnya Biostatistic, Biochemistry dan beberapa subjek teras universiti (Hubungan Etnik, Tamadun Islam & Tamadun Asia, Kenegaraan Malaysia, Asas Keusahawanan, Public Speaking, Academic Writing Skills, English for Occupational Purpose). 

Antara subjek2 yang menarik dalam program Biologi Marin yang mana tak terdapat dalam program2 lain ialah:
1. Biology of Marine Vertebrate
2. Biology of Marine Invertebrate
3. Ekologi Muara Bakau
4. Biological Oceanography
5. Biology of Coral Reef
6. Marine Ecology
7. Planktonology
8. Marine Biotechnology
9. Marine Biodiversity & Conservation
10. dan paling besttttt >>>> Kerja Lapangan

Kalau nak masuk Marine Biology, pointer untuk layak adalah 3.00 keatas. lagi tinggi pointer, lagi tinggi peluang untuk masuk program ni. nak masuk program Marine Biology ni tak semestinya kena pandai swim2 or ada scuba dive license ke ape. kalau ada tu kira bonus la. kalau tak da pun, dekat UMT ni sendiri dah ada kursus Renang dan Keselamatan Air sebagai salah satu pilihan Ko-K. terbaru kat UMT dah ada kursus elektif Selam Skuba. kursus Selam Skuba ni memberikan peluang untuk pelajar di UMT yang berminat untuk belajar menyelam skuba dan boleh dapatkan lesen skuba dengan harga yang lebih murah (ni dah macam promosi pulak). so kalau sapa2 yang interested nak pilih program Biologi Marin dalam pilihan UPU nanti, jangan risau kalau tak pandai swimming or diving. UMT dah sediakan kemudahan kursus renang dan menyelam khas untuk student2 UMT.

Ok. untuk pelajar lepasan Diploma yang nak masuk program Biologi Marin ni. tempoh pengajian tetap sama. 3 tahun jugak. cuma special nya sikit boleh drop atau pengecualian subjek2 teras universiti atau subjek setaraf yang kita dah ambik masa diploma. aku dulu ex-diploma Perikanan UMT. subjek yang aku drop ialah subjek2 teras universiti dan beberapa subjek teras program. tapiiiiii.... ha, ada tapi ni. ada syarat untuk lulus pengecualian kursus tu. syarat dia mesti lepas gred untuk buat pengecualian tu la. biasanya nak lepas pengecualian, mesti dapat gred B dan keatas untuk subjek yang nak dikecualikan tu. tapi kalau student ex-diploma perikanan yang nak sambung degree perikanan, lebih banyak subjek yang diorang boleh drop dan berpeluang untuk memendekkan tempoh pengajian ijazah dari 3 tahun ke 2 tahun atau 2 1/2 tahun. untuk lepasan Diploma Perikanan, banyak pilihan yang boleh dibuat untuk further degree ni. tak semestinya sambung dalam program degree Perikanan jugak. antara kursus yang berkaitan termasuk Sains Samudera, Sains Marin, Sains Laut, Akuakultur, Sains Biologi, Sains Biodiversiti, Teknologi Lepas Tuai. banyak sebenarnya. aku pun tak ingat. hehe...

Bidang kerja yang tersedia untuk pelajar marine ni banyak. antaranya Jabatan Laut, Jabatan Taman Laut, Jabatan Perikanan, industri pelancongan, dan banyak lagi. nanti boleh baca dengan lebih lanjut dalam link yang aku bagi kat bawah entry ni.

Aku rasa ni antara yang aku dapat kongsikan buat masa sekarang. sebab ni je yang terlintas difikiran buat masa ni. nanti ada masa, aku share lagi pasal program ni k. kalau ada yang macam berminat dengan program Biologi Marin ni, tapi still blur2 and nak tau lebih lanjut pasal program ni, jangan segan silu nak tanya. boleh je drop soalan kat kotak komen or shoubox kat tepi tu. shoutbox kat tepi tu dah macam ruang iklan pulak. suka suki nak drop link iklan kat blog orang. memang tak dilayan la kalo yang bagi link ads tu. tapi soalan2 adik2 insyaAllah kakak comel akan layan. hihihi... 

Sebelum aku publish entry ni, nak jugak cakap yang tak rugi pilih program Biologi Marin ni. sebab korang akan dapat merasai pengalaman yang tak semua orang lain boleh dapat. pengalaman yang betol2 boleh dirasai dan dinikmati oleh pelajar2 marin SAHAJA. haaaa, siap caps lock tu.. nak lebih jelas, korang pergi kat google image. type marine biology. haaaa, tak mustahil korang akan dapat lebih banyak peluang nak menyaksikan keindahan ciptaan Allah macam apa yang korang nampak tu secara live. hehehe. ok dah. tu je.

Nah aku bagi link untuk buat rujukan pasal program Biologi Marin:
http://fmsm.umt.edu.my/program-akademik/jabatan-sains-marin/
http://fmsm.umt.edu.my/program-akademik/jabatan-sains-marin/skema-program-sarjana-muda-sains-biologi-marin/

Selamat malam.

19 comments:

pjolinda said...

wah..promote UMT..gewd2..

cik ery said...

tq akak.adik soghang ney pon trgin gk nk msuk bio marin ney heh

kemey said...

idop UMT!!!

haslinda said...

Haha..bila lg nk bg sumbangan kat UMT..

haslinda said...

Amboi cik adik..dah nk grad pn teringin lg ka???haha..

haslinda said...

Idop FMSM..!!haha..

Anonymous said...

salam...sy nk tnya...sy dak dip ikan umt, final year....skrg ni dlm tmpoh masa utk isi upu.. skrg nie result for sem 6 blm lagi kuar..ermm..bergntung pda sem 5 je... skrg ni, cgpa sy adalah 3.33 saja...kak rasa,sy mampu x nk mohon kos ni?? sy nk letak kos nie dlm first choice....tpi was2 lagi....

haslinda said...

@Anonymous

Salam... sekarang awak tengah LI ke? atau da habis? x pe. nnt result keluar, kalau awak dapat 4.00 utk sem 6, insyaallah cgpa awak akan naik. tapi setahu akak, kalau cgpa dah lepas 3.00 insyaAllah ada peluang nak dapat. awak cuba la letak dalam pilihan pertama. kalau kita dah memang ex-UMT, tak susah pun kita nak smbg dgre kt UMT. akak rasa, awak ada peluang nak dapat BioM. insyaAllah.. good luck dik :)

Anonymous said...

LI bru je slesai bln 2 hari tu....final report antar juga bln tu juga... tggu result je la, itu la,sy risau je....takut BioM ni trima dak yg dapat pointer 3.50 and above je...skrg pilihan pertama sy BioM UMT dan Sc Marine UMS..klu nk ikot kn,mmg teknologi marin di uitm dan sains laut UKM juga sy nk letak juga....hehe...fkir byk dh ni.....apapon ,trima kasih kak, ur info n comment, membantu sy...

haslinda said...

@Anonymous

Oooo.. ada jugak course mate akak yg cgpa bawah 3.50 masa apply bioM dulu. isnyaAllah ada rezeki, dapat nanti tu. lg2 kalo letak first choice.

ok dik. same2.. akak tolong kasi clear apa yg blur saja. hehe :)

Anonymous said...

Salam , akak nak tanye sikit . Kalu dapat sains laut tu kat ukm mcm mane pulak ?

haslinda said...

@Anonymous

Salam dik.. sains laut lebih kurang mcm sains marin/samudera. major sains laut more to physical and chemistry dan ada la skit bio.. belajar pasal bentuk muka bumi di dasar laut, proses2 yang berlaku di dasar laut, pantai, sediment, pasal cuaca yg bkaitan dengan proses dan kejadian di laut.. x byk jgk yg akak tau pasal sains laut ukm.. hrap tu membantu :)

Anonymous said...

kos mcm nie . major student laki ke perempuan ? Risau pulak pasal peluang pekerjaan die .

haslinda said...

@Anonymous

Lelaki & perempuan seimbang. sekarang ni dah ramai perempuan explore bidang yang extreme :)

Anonymous said...

thank akk..dh nmpk skit chaya xla blurr sgt mngenai biomarin nie..inshaaAllah saya bkl ikt jjk lngkah akk dlm bidang ni nnt :))

Anonymous said...

kos ni sarjana muda sja kn?dia xdk kepujian,mcm mna nk ada kepujian n apa beza ntara srjana muda shj n srjana muda dgn kepujian??

Anonymous said...

salam, sy ditawarkn sarjana muda biologi marin di umt, sy mhu tnya mengenai ko-kurikulum, adakh wajib student bioM, sertai KO-K , renang atau scuba?.......klu tak mahu amik, dan kita amik yg lain...boleh atau tidak?

haslinda said...

@Anonymous

Salam. tahniah. ok, untuk Ko-K adalah diwajibkan untuk semua pelajar, tapi Ko-K apa, itu pilihan sendiri. tapi pendapat akak, adalah baik kalau amik ko-K renang atau selam scuba sebab untuk pengetahuan adik, pelajar biomarine ni ada special priority untuk join scuba. jadi, kira mcm rugi lah kalau tak amik peluang tu kan. bayaran lesen scuba utk pelajar UMT sgt murah kalau nak compare dgn buat kt luar. tak rugi pn amik selam scuba.. :)

Jib Hyourinmaru said...

saya nak sambung sangat ijazah dalam biologi marin ni tapi kurang mahir berenang..