31 March 2013

Makan malam kami

Assalamualaikum...

Semalam ---- 30 Mac 2013 ---- merupakan hari Makan Malam Permarina 2013. majlis makan malam tahunan untuk meraikan pelajar tahun tiga (kami lah tu) yang tak lama lagi dah nak bersara a.k.a bergraduate...sob sob sob (lap ayaq mata sat).

Macam biasa. aku memang tak rajin nak menaip. so aku tayang gambo je la. sebagai part of kenangan bersama member of Marina Club sepanjang 3 tahun bergelar Marine Biology students.

harus tayang gambaq aku dulu hokes!!! >.<





Ni pinjam selempang Queen of the Night. tak de makna nya aku nak jadi Queen. aku nak jadi princess jew.
even I dress up simple jew, tak dress up gojes like others yang "wow, cantiknya uollsss", aku tetap rasa heppy and rasa gojes bila dapat spend the night with all of my lovely friends. sayangsss korang...

Dah. cukup. tu je. aku dah malas nak upload gambo and menaip sebenarnye. ngeh ngeh ngeh.. ok. selamat malam. tata~~~

24 March 2013

FAQ: Marine Biology

Assalamualaikum...

Hai. ekceli malam ni aku tak plan pun nak apdet entry kat belog ni. sebab mood aku nak berblog ni macam dah makin terkubur. tapi macam biasalah, nak terkubur pun tiap kali buka online, mesti login blogger dulu. 

Macam biasa, buka dashboard, cek komen and cek new apdet dari blogger2 yang aku follow. then dapat satu komen dari Anonymous dekat satu entry lama aku ni. entry pasal aku masuk belajar kat UMT as student Diploma Perikanan dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Marin). terjah SINI untuk entry tu. 


Ok. bila aku pi balik entry tu, rupanya ada 4 komen dari adik2 yang tanya macam mana nak sambung degree Biologi Marin ni. sorry dik. pertanyaan adik2 terabai. memandangkan sekarang ni musim nak masuk U, jadi boleh la aku share and jawab soalan2 yang ditanya sebelum ni.

First sekali, biar aku introduce dulu program Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) di UMT ni. program ni dibuka untuk lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma dan setaraf. tahun 2012, Biologi Marin di UMT dah ada 13 batch. dan aku dalam batch yang ke-11. di Malaysia, kalau tak salah aku hanya UMT saja yang menawarkan program Biologi Marin. lain2 program yang boleh dikatakan adik beradik dengan program Biologi Marin ialah Sains Samudera (UMT), Sains Laut (UKM) dan Sains Marin (UMS). tempoh pengajian untuk program Biologi Marin di UMT adalah 3 tahun, sekiranya pelajar dapat memenuhi kesemua keperluan dan syarat untuk layak bergraduat dalam tempoh 3 tahun tu. 

Dalam program Biologi Marin ni pelajar didedahkan dengan kursus2 yang berkaitan dengan hidupan laut, ekologi dan ekosistem laut, dan proses2 yang berlaku dalam laut. ada jugak subjek minor contohnya Biostatistic, Biochemistry dan beberapa subjek teras universiti (Hubungan Etnik, Tamadun Islam & Tamadun Asia, Kenegaraan Malaysia, Asas Keusahawanan, Public Speaking, Academic Writing Skills, English for Occupational Purpose). 

Antara subjek2 yang menarik dalam program Biologi Marin yang mana tak terdapat dalam program2 lain ialah:
1. Biology of Marine Vertebrate
2. Biology of Marine Invertebrate
3. Ekologi Muara Bakau
4. Biological Oceanography
5. Biology of Coral Reef
6. Marine Ecology
7. Planktonology
8. Marine Biotechnology
9. Marine Biodiversity & Conservation
10. dan paling besttttt >>>> Kerja Lapangan

Kalau nak masuk Marine Biology, pointer untuk layak adalah 3.00 keatas. lagi tinggi pointer, lagi tinggi peluang untuk masuk program ni. nak masuk program Marine Biology ni tak semestinya kena pandai swim2 or ada scuba dive license ke ape. kalau ada tu kira bonus la. kalau tak da pun, dekat UMT ni sendiri dah ada kursus Renang dan Keselamatan Air sebagai salah satu pilihan Ko-K. terbaru kat UMT dah ada kursus elektif Selam Skuba. kursus Selam Skuba ni memberikan peluang untuk pelajar di UMT yang berminat untuk belajar menyelam skuba dan boleh dapatkan lesen skuba dengan harga yang lebih murah (ni dah macam promosi pulak). so kalau sapa2 yang interested nak pilih program Biologi Marin dalam pilihan UPU nanti, jangan risau kalau tak pandai swimming or diving. UMT dah sediakan kemudahan kursus renang dan menyelam khas untuk student2 UMT.

Ok. untuk pelajar lepasan Diploma yang nak masuk program Biologi Marin ni. tempoh pengajian tetap sama. 3 tahun jugak. cuma special nya sikit boleh drop atau pengecualian subjek2 teras universiti atau subjek setaraf yang kita dah ambik masa diploma. aku dulu ex-diploma Perikanan UMT. subjek yang aku drop ialah subjek2 teras universiti dan beberapa subjek teras program. tapiiiiii.... ha, ada tapi ni. ada syarat untuk lulus pengecualian kursus tu. syarat dia mesti lepas gred untuk buat pengecualian tu la. biasanya nak lepas pengecualian, mesti dapat gred B dan keatas untuk subjek yang nak dikecualikan tu. tapi kalau student ex-diploma perikanan yang nak sambung degree perikanan, lebih banyak subjek yang diorang boleh drop dan berpeluang untuk memendekkan tempoh pengajian ijazah dari 3 tahun ke 2 tahun atau 2 1/2 tahun. untuk lepasan Diploma Perikanan, banyak pilihan yang boleh dibuat untuk further degree ni. tak semestinya sambung dalam program degree Perikanan jugak. antara kursus yang berkaitan termasuk Sains Samudera, Sains Marin, Sains Laut, Akuakultur, Sains Biologi, Sains Biodiversiti, Teknologi Lepas Tuai. banyak sebenarnya. aku pun tak ingat. hehe...

Bidang kerja yang tersedia untuk pelajar marine ni banyak. antaranya Jabatan Laut, Jabatan Taman Laut, Jabatan Perikanan, industri pelancongan, dan banyak lagi. nanti boleh baca dengan lebih lanjut dalam link yang aku bagi kat bawah entry ni.

Aku rasa ni antara yang aku dapat kongsikan buat masa sekarang. sebab ni je yang terlintas difikiran buat masa ni. nanti ada masa, aku share lagi pasal program ni k. kalau ada yang macam berminat dengan program Biologi Marin ni, tapi still blur2 and nak tau lebih lanjut pasal program ni, jangan segan silu nak tanya. boleh je drop soalan kat kotak komen or shoubox kat tepi tu. shoutbox kat tepi tu dah macam ruang iklan pulak. suka suki nak drop link iklan kat blog orang. memang tak dilayan la kalo yang bagi link ads tu. tapi soalan2 adik2 insyaAllah kakak comel akan layan. hihihi... 

Sebelum aku publish entry ni, nak jugak cakap yang tak rugi pilih program Biologi Marin ni. sebab korang akan dapat merasai pengalaman yang tak semua orang lain boleh dapat. pengalaman yang betol2 boleh dirasai dan dinikmati oleh pelajar2 marin SAHAJA. haaaa, siap caps lock tu.. nak lebih jelas, korang pergi kat google image. type marine biology. haaaa, tak mustahil korang akan dapat lebih banyak peluang nak menyaksikan keindahan ciptaan Allah macam apa yang korang nampak tu secara live. hehehe. ok dah. tu je.

Nah aku bagi link untuk buat rujukan pasal program Biologi Marin:
http://fmsm.umt.edu.my/program-akademik/jabatan-sains-marin/
http://fmsm.umt.edu.my/program-akademik/jabatan-sains-marin/skema-program-sarjana-muda-sains-biologi-marin/

Selamat malam.

18 March 2013

Buat baik

Assalamualaikum
dah lama tak update belog
hari ni nak update short entry
"kita adalah....
apa yang kita cakap,
apa yang kita buat..."

Ye. Kalau kita buat benda yang baik, cakap yang baik2, baik lah kita. orang takkan cakap buruk tentang kita melainkan kalau orang tu dah memang pendengki orangnya. yang tu memang kita tak boleh nak buat apa dah. 

Tapi kalau kita cakap benda yang tak baik, buat benda yang tak baik, memang la orang akan nampak yang tak baik pasal kita.

Jadi, kalau kita nak orang suka kat kita, buat baik kat kita, buatlah baik, cakap lah benda2 yang baik. orang lain takkan benci dengan orang yang selalu buat baik ni. kita sendiri pun suka kalau orang buat baik dengan kita kan. 

Kalau kita sakit hati kat seseorang tu, atau terasa hati dengan seseorang tu, atau senang cakap orang lain buat benda yang tak baik kat kita, cakap yang tak baik pasal kita, kita diam je la. tak perlu kita nak balas balik. sebab akibat bila kita balas balik, orang akan lagi fikir kita ni teruk. diam adalah jalan terbaik. 

Entry ni sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak. aku pun manusia. kadang2 pun ada jugak terlepas kata, terlepas laku. tapi selagi mampu, kita cuba lah jadi yang terbaik untuk dapat yang terbaik. :)