31 December 2012

Hello 2013


berdebar lah pulak nak masuk tahun baru
apa yang bakal terjadi dalam tahun 2013???
tunggu dan lihat
>.<

p/s: to 2013, please be good, kind, nice and awesome to us!!!

Terapi

hai
petang tadi aku stress
stress dengan exam

rimas
keluar dewan kot la boleh release tension dengan paper tu
sekali bertambah2 stress ade la
boleh pulak diorang dok discuss jawapan exam tadi kat luar dewan tu
der, dah jawab sudah la
tak yah la nak bincang2 
lu buat gua stress laaaa
haiyak

aku memang pantang orang bincang jawapan pas exam ni

kalau stress
mesti kena ada terapi
selain terapi dengan mendekatkan diri dengan Pencipta
ada juga terapi lain yang boleh membantu meredakan stress
tau aku buat apa nak buang najis2 stress dalam kepala aku ni???

aku buat dodol
eh, salah
doodle
lama dah aku tak mendoodle ni
hari ni aku nak mendoodle
sebenarnya tujuan utama aku buat doodle ni untuk buat header blog aku
teringin nak letak doodle dalam header
so, aku pun mendodol la
ni la hasil nyaaaa

haaaaaaa
tu dia
besaq gedabak aku letak
bila dah siap doodle ni
terhasil lah header macam kat atas tu
susah jugak nak lukis doodle ni
tapi lebih mudah la kalau nak compare lukis dengan photoshop @ paint
aku lukis guna software
Paint Tool SAI
best lukis guna software ni
masa first time guna software ni dulu
jakun sat
semua benda aku nak lukis
sebab senang sangat nak buat curve
buatkan lukisan kita nampak smooth ja
tak da la nampak macam melukis time gempa bumi kan
hehe
kih kih kih
nak terlucut gigi aku tengok doodle aku ni
ni antara doodle yang aku pernah lukis guna Photoshop
sila gelak kan aku secara beramai2
gila ketaq tangan aku time tu lukis guna Photoshop
hancur musnah doodle aku
sekarang ni doodle aku dah improve 
gunalah PainTooSAI
haha sempat buat iklan sat dekat sini

ok lah
lepas exam tadi
aku langsung tak sentuh buku lagi
next paper on wednesday
3 - 5 petang
wish me luck ok
harapnye tak de la stress lagi
kalo stress, kena lukis doodle lagi laaa
haaaahaha ok tak lawak

nyte semua
daaa~~~

eh jap, cuti sekolah dah nak habis kan????
buat adik2 yang nak masuk rsekolah tu 
termasuk anak2 buah aku
selamat back to school
belajaq baguih2 naaaa
biaq masuk universiti sok besaq
jadilah seorang anak yang berguna

to Luzman and Lutfi, anak2 buah yang acu sayangi
nak masuk darjah satu dah tahun 2013
masa orentasi ari tu dengar2 Man seronok dapat sekolah ngan kawan baru kan
bagus la
Lutfi pun mesti best dapat kawan baru
hang jangan nak pi buli kawan2 naaa Lutfi
Lutfi jangan nak komplen sangat kat cikgu time mengajaq naaa
acu tau la hang tu cerdik terlebih
Man, jangan nak cengeng2 sangat kat sekolah
kalau kawan buli Man, Man buli depa balik
budak2 sekarang jangan di bagi muka
dah, sekian saja wasiat dari acu

ngantuk lah bagi wasiat ni
good night alls
daa~~~

eh, jap
tak de pape laaaa
hehe
>.<

29 December 2012

Doakan cik bulat

hai
sejak2 menyepikan diri ni
gua *eh tetiba pulak gua*
aku sedang asyik bercinta dengan buku
esok jam 3 petang cik bulat nak berperang
*eh, ada orang perasan ke blog aku da tukar nama*
bertempur di medan peperiksaan
jadi semua
anda adalah diwajibkan mendoakan cik bulat
supaya boleh jawab exam dengan baik
tanpa sebarang gangguan

untuk kawan2 yang turut sama2 nak bertempur esok
nah cik bulat nak share satu doa
baguih hangpa baca doa ni sebelum nak jawab exam

Doa sebelum peperiksaan bermula
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. 
Sedangkan yang susah Engkau boleh jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya."

jangan lupa baca doa penerang hati sekali

kalau yang tengah dok study lagi tu
boleh amalkan doa menghilangkan sifat lupa
sesuai untuk orang yang otak makin slow loading macam aku ni
eh, tak la
semua boleh amalkan 
supaya apa yang kita baca tu
mudah mendapat kefahaman dan kuat daya ingatan

Doa Menghilangkan Sifat Lupa
"Ya Allah, terangilah penglihatanku dengan kitab, lapangkanlah dadaku dengannya, jadikan aku beramal dengannya, lancarkan lidahku menyebutnya, kuatkanlah hatiku dengannya dan percepatkanlah kefahamanku dengannya, dengan daya dan kekuatanMu, kerana tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolonganMu, wahai Tuhan yang maha pengasih daripada segala yang mengasihani."

banyak juga doa lain yang boleh diamalkan untuk pelajar
bukan atas tu saja
ok, selamat maju jaya to all my friends
yang akan menduduki final exam
wish you all the best
doa banyak2 seiring dengan usaha yang gigih
in sha Allah, Allah bagi kejayaan buat kita
nak sambung study
daaaa ~~
>.<

jap2, sebelum tu
nak ucapakan jugak HAPPY NEW YEAR to all of you
semoga tahun 2013 menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya
aminnnn

dah, abih da
tu jeeee
>.<

21 December 2012

Berehat sebentar bersama kopi o dan belog

Sluurrrrppppp
nikmatnya menikmati secawan kopi o
dikala cuaca sejuk ke tulang
sambil menaip entry melegakan lenguh jari menulis

hari ni dari pagi study
tak de lah pagi sangat
aku ni spesies manusia yang mana lepas subuh akan tido balik
lagi2 hari cuti
memang buat2 tak sedar nak bangun awal la bila tido lepas subuh tu
bangun2 je rumet balik dari usrah
bawak roti canai kedai hot-hot
peh, memang orang lapar disorong makanan la 
bangun, mandi, siap wangi2
apa lagi, bersarapan roti canai laaaa
lepas tu baru dapat mula belajar dengan aman dan damai

sampai petang kawan kol
ajak jalan2 bundle teluk ketapang
tengah2 dok jalan dari satu bundle ke bundle yang lain
hujan turun dengan machonya
kami apa lagi
ber hindustan lah dari satu bundle ke bundle yang lain
at last, pi bundle beli apam balik
bukan beli baju
duit tak dak
=.=

ok lah
selamat berstudy rakan2 ku
jangan hooo haaa hooo haaa sangat time study week
aku tau study week ni ramai yang plan nak bercuti
tadi aku dengar
ada yang nak pi Gambang Water Park la,
Genting Highland la, Cameron Highland la,
Kuantan la, Mesra Mall laaaa
aku sebut Legoland je, korang melalut lebih2 da
ish kawan2 aku niiii

tak kisah la korang nak gi mana
pesan aku study jangan lupe ye
aku paham korang nak release tension
lepas da struggle dengan assignment, 
presentation and segala bagai macam tugasan sebelum ni
kan????

dah la
membebel macam mak mak pulak aku ni
macam bagus
jom sambung slurppppp kopi o
da sejuk da kopi o aku ni
>.<
cantik kan...
sape2 nak belikan aku satu???
weeeeee
>.-

20 December 2012

Lu malas, lu failed

nak study
tapiiiiiii
mood tu tak mai lagi
macam mana nak mai
makan tak reti nak berhenti
ni makan bihun goreng pulak
adoi laaaa

esok
mesti start study
tak boleh tangguh da
lu malas lu failed
menyesal nanti tak guna
saja cabar diri
padahal tak takut pun
kih kih kih
adoi laaaaaa lagi

ngantuk la pulak
>o<

Winter dah datang

Hai
aku sekarang ni
menaip entry
sambil menghirup sllluuurrrpp
megi tomyam yang rasanya
ntah
tak sesedap dulu
dulu aku hantu megi tomyam
tapi sejak aku kenal mamee slurrrppp kari berapi
terbaru extra pedas
megi perisa tomyam semakin aku lupa kan
rasa tomyam dia
rasa pedas dia
tak boleh lawan rasa kari berapi extra pedas
nyummeh
ok
back to the main story
sekarang kat Terengganu ni dah masuk winter
wow, feeling oversea gitu sebut winter
winter tu dalam bahasa melayu nya musim tengkujuh la
tak pun monsoon
sekarang ni dah masuk fasa the real monsoon season
sebab ape sekarang baru real???
sebelum ni ada fake monsoon ke???
heh, tak la
maksud aku sebelum ni monsoon tu tak kuat sangat la
and lately dalam 2, 3 hari ni
baru dapat rasa angin kuat gile
gile pun tak kuat macam angin tu kot
pastu di iringi dengan hujan yang sangat lebat
yang mula membataskan pergerakan manusia 
yang berkenderaan kan kaki ciptaan Allah SWT seperti aku ni
tapi tak pe
hujan tu kan rahmat
hujan lebat, sejuk2
syok sikit aku nak membuta buat taik mata
even tengahari pun aku boleh tido berselimut macam tido malam

bila cuaca berubah mendadak ni
kesihatan pun berubah mendadak jugak
bila sejuk
mula la acem sana acem sini
habis lekat virus flu dekat bantal, tilam, katil, meja kerusi study aku
tak lama diorang plak yang berjangkit flu dari aku
haha ok tak lawak sangat pun kannnn

sweater dan stokin menjadi teman kemana saja aku pergi
tido malam dah kena pakai sweater
macam kat oversea uolls
kalau tak pakai, mau menggeletar
pastu bangun pagi sakit dada
kadang2 je tu
bila ada orang ajak pi klinik, aku cakap lah dah tak sakit
kan senang
hehehehe

lagiiii
oh ya
class aku untuk sem ni dah habis
minggu depan dah masuk study week
maksudnya a week after next week da start final exam
yay!!! final exam
pe jadahnya aku hepi sangat final exam ni???
first paper aku 30 Disember 2012
and last paper is on 14 January 2013
wah, tak lama dah pun nak masuk 2013
January, pastu February
wow, ada sesuatu special dalam bulan February tu

dah, melencong da cerita aku
nampak sangat kan aku kuat merepek
dari megi ke monsun
dari monsun ke kesihatan
dari kesihatan ke sweater and stokin
lepas tu dari stokin ke final exam plak
lepas exam ke February pulak
sebelum jari aku meneruskan kerja menaip perkara2 lagha
adalah baiknya aku stop kat sini dulu
mungkin boleh sambung makan lagi banyak pekdah nya 
kan???
*sila lah angguk kepala!!!*
ok, nanti free
aku merepek lagi
daaa~~~
>.<

18 December 2012

Makan-makan

Hai
malam semalam
aku & the geng
put, shahrul, paan & hidir
went to Pulau Duyong for makan2
makan2 ni ekceli nak celebrate kejayaan group kitorang
masa program UMT YoungPreneur 2012 hari tu
hasil jualan ada lebih sikit lepas tolak semua modal
pastu masing2 tambah duit sikit2
maka terhasil lah plan makan2 ni

untungnya
geng ni semua geng kuat makan
then masa order makanan tu kitorang order
steamboat package for 6 persons
ok la tu, kitorang berlima
then order lagi extra 
nasi sorang sepinggan, paprik campur, 
mee maggie, sotong celup tepung
tomyam sampai 2 jug kami bantai
air pun 2 jug kami bantai
masa tu masing2 perut lapar

Ni muka-muka sebelum dapat makan
eksaited + lapar

bila makanan dah sampai
semua jadi gelojoh
tak peduli dah orang kiri kanan
kami mula kan sesi main masak2 diatas meja makan
taraaaaaa

homaigod, homaigod, homaigod!!!!
bulat nya mukaaaaaaaa!!!!
lapaq... untungnya dok kat ujung meja
depa masak, aku hala mangkuk ja
tomyam please!!!
hahaha gelak jahat
gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
kalau dah kenyang tu, tunggu apa lagi
pi bayaq la
hahaha gelak jahat lagi

lepas setel semua
pi bergambaq sat
view dari tempat kitorang makan ni cantik
boleh nampak i-City kat area China Town kat Kuala Terengganu tu
can u see the picca
ada colorfull lights kat belakang kitorang
tu la i-City tu
ape ingat Shah Alam je ade i-City
Kuala Terengganu pun ada maaaa
dah, tu je
habis dah cite
hehe
>.<

13 December 2012

Tak paham

AQUAPORIN
serious aku tak paham mende topic ni
ape tu Aqp 1, Aqp 2, Aqp 3
apa tu, apa tu, apa tu
awat le bengap sangat otak aku ari ni

p/s: tak de mood same nak study ni
tolongggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

Budak gemok

hai korang
malam ni quite happy
rasa lengang sikit fikiran
dah tak da serabut2 and risau macam semalam
alhamdulillah my fyp project progress presentation went well petang tadi
as usual
kena shoot dengan unexpected question tu dah pasti
cuma takde rasa terkilan sebab still can answer all the questions given
alhamdulillah again
so, tamat sudah untuk subjek PITA I
semester depan PITA II pulak
yang tu tak tau apa pulak dugaan nya

sekarang ni
aku tengah dok melantak
sekarang ni memang dah jadi tabiat perut aku
asal tengah malam je
keje nak cari makanan je
malam ni aku bantai nasi goreng daging masak merah
mujur ada boypren yang rela hati nak beli nasi goreng tengah2 malam gini
orang lain time macam ni dok rehat2 kat rumah
ada jugak yang ready da nak tido
aku pulak nak melantak lagi
haish, anak sapaaaa la ni
parok parok

no wonder la ada member tegur
aku da gemok
OK! fine
tak kisah pun gemok
sebab memang da gemok pun
kalo dah setiap masa pikir nak makan je
mana nak kurus
lagi pun aku kena jaga kesihatan
perut aku ni sensitip sikit
pantang lapa, masuk angin
sakit boleh melarat sampai 2,3 ari
so, sebelum merawat baik aku cegah dulu sakit perut tu
kalau dah sakit
keja apa pun tak boleh jalan
kan susah
sape susah?????
sape lagi, aku la yang susah
nak tanggung sakit tu ingat best ke
*tak besh, tak besh, tak besh ~~~ geleng kepala plssss*

esok another session for FYP progress presentation
i wish all my friends would have a very good luck
and can answer all the questions
korang, bia jawab salah pun. janji konfiden.... hehe. sape aja ni
bukan aku, bukan aku
aku tak dapat nak tengok korang punya seminar
nak fokus study

by the way, lusa aku ade test
please wish me the best too
hopefully soalan test tak susah la
In Syaa Allah
Aminnnn

Ok la
aku nak sambung meratah daging masak merah ni
makan lagi, haish
=.=''
tempek gambaq budak gemok sekeping

12 December 2012

Aku pun nak jugak

12.12.12
ramai pulak yang dok update pasal 12.12.12
masing2 dengan story masing2
aku???
nak jugak lah 12.12.12
apa ada dengan 12.12.12 aku???

12.12.12 aku.....
adalah tarikh untuk FYP progress report presentation
have been put so much effort to prepare the best untuk presentation sok
aku ni ade darah gemuruh sikit
bukan sikit, BANYAK sebenarnya
bila practice sengsorang
lagak konfiden mengalahkan PM berkempen untuk pilihan raya
semua benda aku nak kempen
bila da depan audien time presentation
mula la, tak semena-mena lost
gugup, gagap, gagak
eh, gagak tu tak laaa
lagi2 kalau yang jadi panel masa presentation tu terdiri daripada
pensyarah2 yang hebak2 saja
tenungan menggoda diorang tuuu
memang seremmmmmm la aku jadinya
mau meremang bulu2 roma, bulu kening, bulu mata aku
mujur bulu idung tak ikut meremang sekali
hahaha
ok, tak lawak
doakan presentation esok run smoothly
wahai pensyarah2 ku sayang
tamo2 shoot saya dengan unexpected questions esok ye
kang tak pasal2 terkucil saya tak boleh jawab soalan kalian2 semua
heeeee

sempena hari rabu yang bertarikh 12.12.2012 ni
aku nak ucapkan selamat menyambut hari
12.12.2012
sekian itu sahaja dari linda
merapu untuk malam ni
jom tido
esok bangun awal
study untuk presentation petang sok
>.<

9 December 2012

Silhouette

Korang perasan tak?
korang nampak tak apa yang aku nampak?
disebalik kegelapan tu
rupanya ada cahaya luas yang sedang menyuluh

terima kasih matahari
tanpa awak
gelaplah dunia ni
tanpa awak
lintang pukang lah penduduk bumi ini bertempiaran
mencari cahaya
mencari arah dan hala
dalam gelap gelita
>.<

Terima kasih juga to Allah
yang menciptakan keindahan matahari
bagi menerangi kegelapan bumi

1 December 2012

Hello December

Hai semua
tak terasa hari berganti hari
minggu berganti minggu
bulan berganti bulan
sedar sedar dah masuk December 2012
say hi to December
say good bye to the past
tak terasa detik berlalu semakin pantas menuju penghujung tahun
tinggal sebulan lagi nak masuk tahun baru
dan baru setengah bulan kita dah masuk tahun baru
mungkin boleh refresh azam
yang dah tercapai tu alhadulillah
yang tak tercapai tu
takkan nak kubur camtu je kan
tak salah bawak ke tahun depan
tu pun kalau azam tu tak da expired date lah kan

tahun 2012
kalau nak buat rentetan
banyak jugak drama tahun ni dalam hidup aku
boleh buat novel atau drama
konpem meletup kalah adam dan hawa
hehe

apa pun
setiap apa yang terjadi 
sama ada bitter or sweet
tu semua kenangan
yang bitter makes us stronger semestinya
yang sweet tu sweet lah kan
bila kenang semua tu
boleh buat kita senyum
every moment yang melintasi hidup kita 
pasti akan jadi sejarah
sejarah tu lah yang menjadi teladan serta pengajaran
supaya untuk saat yang bakal mendatang tu
would be better than before
kan?

same goes with me
semestinya aku meletakkan satu titik 
titik yang aku nak capai
dalam tahun akan datang ni
sebab aku nak buktikan kepada semua
aku mungkin kalah dalam satu pertarungan yang lepas
tapi tak bermakna aku tak boleh menang dalam pertarungan yang lain

sesungguhnya
aku impikan 2013 bakal menjadi tahun kecemerlangan aku
mungkin dalam masa sebulan yang tinggal ni
kita boleh buat checklist balik
list all the past
what should be renewed
what should be discarded
and what should be upgraded

sebab
year by year
aku nak upgrade diri sendiri
dari yang keruh kepada yang jernih
dari pudar kepada cerah
dari yang kurang kepada yang memadai (jangan melebihi)
dari yang cacat kepada yang sempurna
eh, sempurna tu mustahil
tapi sekurangnya biarlah baik dari sebelumnya

perubahan tu
tak banyak biarlah sedikit
tak mendadak biarlah slow2
at least berganjak jugak dari tidak langsung
dari takuk lama yang kita dah tahu masih ada peluang untuk diperbaharui

macam terpanjang pulak entry malam ni
rasa sedih nak tinggalkan 2012 yang semakin pendek masa yang tinggal
aku pasti akan rindu
bitter and sweet 2012
>.<