10 November 2012

Malu

Hai
korang tau tak
aku ni kan
ada satu hobi
iaitu mengambil gambar
tak kira lah gambar apa pun
kalau tak guna camera besor Nikon aku tu
aku belasah camera compact mr boypren
kalo tak de jugak dua2 tu
guna camera henpon je

tapi
aku ada satu kelemahan
yang tak sepatutnya ada pada seorang photographer
photographer??? wowwww
bajet terer sangat la tewww dalam photography
tak! tak!
ce tengok dulu definisi photographer kat SINI
ok?

then sambung
apa masalahnya dengan aku?
ok, aku ada sifat malu
malu nak ambil gamba depan orang ramai
ye la, aku ni dok belaja lagi skill2 photography
skill memang tak banyak pun
nak main mode manual pun terkial2 lagi

kadang2 tu bila berjalan
ada la aku bawak camera DSLR Nikon aku tu
tapi simpan dalam beg je
sebab apa?
malu la nak ambik gambar depan khalayak
dah skill pun tak de
pastu takut orang sekeliling yang memerhati akan cakap
budak ni paparazi ke? benda macam tu pun nak ambik
bagi aku seorang photogrpaher akan nampak sesuatu tu berbeza dari apa yang orang lain nampak
erti kata lain
orang lain nampak sesuatu tu sebagai sesuatu yang orang tak nak pandang pun
tapi seorang photographer nampak sesuatu itu sebagai seni
ye dok????

pastu aku rasa macam akan ada yang kata
"dia ingat dia ada camera besar tu, dia hebat ke?"
"eleh, berlagak nak menunjuk camera mahal dia la tu"
grrrrr
ada ke yang akan cakap macam ni?
ke aku je yang berfikiran negatif?

ade sekali tu, aku asyik sangat dok ambik gamba masa fieldtrip
kononnye nak belajar break the shame lah kan
pastu tetibe ada sorang hamba Allah ni
dia cakap
"dah2 la tu mengambik gamba nye, ko tak de keje lain da ke. asik tergantung je camera kat leher ko tu"
terima kasih hamba Allah

see, tu minat aku
bila ada orang cakap macam tu
bertambah la aku segan nak guna camera besar gedabak aku depan khalayak
melainkan kalau tempat tu yang mana semua orang pakai camera itam besar tu jugak
haaa,yang tu jadi kurang sikit segan aku
kira macam ada geng la kan
heee
mak cakap
watpe beli camera mahal2, tapi simpan dalam beg je
keluarkan lah

kadang2 aku miss the best moment
the best scene
semata2 sifat malu tak bertempat aku tu
rugi tak?
bila semua photographer kejarkan best scene untuk 'ditembak'
aku pulak
'tembak' guna mata je laaaa

hmmm
itu lah aku
malu tak bertempat kot
pelik kan aku ni?
cane ek nak ilangkan rasa malu nak jadi photographer di khalayak?
kalau tempat tu sunyi, aku sorang je yang ada
baru la aku ada confidence sikit nak keluarkan camera tu 
ada tips tak nak kasi yakin???
ntah ape2 je la aku ni kan
=.="

5 comments:

Eny Abdullah said...

sama lah kita... tapi sy bukan dgn org tak kenal.. ni dgn org yg kenal especially dikalangan kelurga mentua hehehe....

pjolinda said...

xperlu segan2...sgale minat awk, sy sentiase sokong..:D

cik ery said...

go linda.jgn simpan kamera mahal tuuuu heh

haslinda said...

@cik ery

Hehe... orang tu pun simpan camera mahal dia jugak :P

heeee >.<

syakey said...

mengalami masalah yang sama -,-

susah kot. ingat lagi, bawak dslr pegi pasar malam. org nak shoot kot, slamat masa tu ada abang. dia tlg gantung kt leher. mau kta, malu. mmg org pandang pelik. padahal, bukan apa pon. haihhh nyusahkan org ja -,-