29 October 2012

Perginya saudara seagamaku


Alhamdulillah. aku baru saja selamat sampai ke UMT selepas bercuti menyambut adiladha. penat masih terasa. tapi jari ni sebok je nak menaip kat keyboard ni.

Salam Aidiladha kalau tak terlambat lagi lah. hehe... Aidiladha kali ni disambut dengan sederhana saja. Aidiladha tahun ni genap setahun arwah wan (nenek) aku kembali ke rahmatullah. terasa sayu menyambut Aidiladha. terbayang lagi wajah arwah masa dia masih ada dulu. 

Seminggu sebelum Aidiladha datang, aku dikejutkan dengan berita pemergian datuk saudara aku yang aku panggil Tok Busu. arwah Tok Busu menderita sakit jantung. lama dah aku tak jumpa arwah. lebih setahun. tapi aku still boleh ingat wajah dia. arwah seorang OKU yang tabah. 

Kemudian Aidiladha tahun ni sekali lagi disambut dengan pemergian seorang rakan, teman, sahabat. arwah yang aku kenal sejak 5 tahun dulu. kami sama2 belajar dari diploma, sehingga sekarang sama2 menuntut degre. arwah pergi setelah menderita demam kencing tikus. macam tak percaya. baru dua minggu lepas aku jumpa arwah, dia nampak masih sihat. cuma dia tak berbual banyak macam selalu. ntah kenapa macam susah je nak percaya kehilangan seorang sahabat, saudara seagama ni. mungkin sebab aku kenal arwah sebagai seorang yang ramah, kadang2 kelakar, dan tak bermasalah dengan kawan2 dia. aku yang jarang jumpa dan berbual dengan dia dah terasa sangat kehilangan seorang sahabat. apa lagi kawan2 aku yang lain yang boleh dikatakan hari2 jumpa arwah, bergurau dengan arwah, main futsal sama2 dengan arwah. aku pasti diorang lagi terasa kehilangan arwah. 

Aku cakap kat mak, kat pjol. kenapa Dia nak tarik nyawa kawan2 yang masih muda, yang bertenaga, yang baik, yang tak banyak bermasalah??? kenapa tak tarik je nyawa manusia2 yang macam hantu kat luar sana. diorang cakap benda yang sama, itu semua qada dan qadar yang dah ditentukan oleh ALLAH SWT. mak cakap, penyakit itu hanya sabit sebagai penyebab kematian diorang saja. kalau ALLAH dah tetapkan saat itu, detik itu kita akan pergi, sambil tidur, sambil minum kopi pun nyawa boleh ditarik. Dia tak tunggu dah. jadi, kita yang masih hidup ni lah kena sentiasa mengingati kematian sebab kematian ni tak tunggu kita. bila dah tiba masanya, sekelip mata pun boleh jadi arwah dah. 

Semua ni buatkan aku takut. takut nak menghadapi kematian. takut jugak nak menghadapi kematian orang2 yang dekat dengan aku dan orang2 yang aku sayang. hari tu aku takut mimpi pasal kematian. sekarang, dengar berita pemergian saudara2 seIslamku pulak. 


Ya Allah, kau kuatkanlah hati kami menerima berita pemergian saudara2 kami. 
Ya Rabb, kau panjangkan lah umur kami, umur ibu bapa kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, rakan2 dan sahabat2 kami, juga seluruh saudara seagama kami.
Ya Tuhan kami, sihatkanlah tubuh badan kami, terangilah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikilah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan, jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat. 
Sesungguhnya Engkau maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Amin...

Sama2 lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat kedua2 arwah. semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan soleh. amin...

P/s: Hari ni takde mood nak gi class. ponteng satu class. nak curi masa study untuk test yang berderet datang ni. >.<

6 comments:

Anisa Anuar said...

Al-Fatihah

pjolinda said...

amin....Alfatihah..

kura said...

ummul kitab al-fatihah.

Jenn Syafiqa said...

innalillah. selalunya yang baik akan pergi dulu. :')

~AmyLiana86~ said...

al-fatihah...

Allah lebih sygkan dia.. =)

syakey said...

al-fatihah untuk mereka yang dah pergi meninggalkan kita.

Allah lebih sayangkan mereka :')