20 October 2012

Cerita basi dan cerita segar

Assalamualaikum... :)

Hai... 

Jari mula menaip dengan mata yang kuyu minta tido, duduk bersila atas katil mengadap laptop, berselubung dengan selimut merah kotak2, sambil tunggu upload gambar aktiviti pagi tadi.

Kat Terengganu ni, agak nya sekarang dah masuk musim monsun. hujan dari pagi bawa ke malam, malam ke pagi balik. tapi aku suka dok bilik ujan2 ni. macam pasang aircond dalam bilik. sejukkk... pastu mula lah nak berpakaian macam orang dalam pantang. bersweater tebal dibeli encik ehem2 dengan bersetokin kartun2 warna kuning. kalau tak sejuk sangat, lupakan je setokin tu. 

Dah. back to main point aku menaip entry malam ni. lama tak mengarut dalam blog ni. paling rajin pun, aku upload gambar je kan. ari ni nak cerita sikit la aktiviti yang dah basi serta yang masih segar dari laut. hehe... tak dak modal lain dah nak stori mori kat sini.

Last week, thursday to saturday aku ke UMT research center, Pulau Bidong. fieldtrip for Fish Parasitology. stay kat pulau, menunggu student Teknik Eksploitasi Sumber Akuatik bawak balik ikang hasil tangkapan trawling banyak2 untuk disembelih bukan untuk dimakan, tapi untuk dicari cacing atau parasite sebagai bahan mini projek Fish Parasitology.  

Sampai pulau dalam kira2 jam 4 ptg. ni rupa budak2 biologi marin yang serupa tak pernah jumpa laut. padahal universiti berjiran dengan Laut China Selatan ja pun. tak pa. nanti dah grad mungkin dah tak dapat peluang nak berendam dengan kawan2 kan. nanti berendam dengan anak bini lah pulak. ahaha... can't imagine...
Aku pulak. takde la eksaited nak terjun laut sangat. dapat dok bawah pokok ketapang (kot... hehe, main belasah ja nama pokok) sambil menikmati udara pantai sambil snap2 gambaq itu ini pun da cukup seronok 
Sebelah malam lepas isyak baru lah dapat mula beroperasi menyembelih ikan2 harapan bangsa dan negara. harapan yang menggunung dapat kumpul parasite sebanyak yang boleh untuk mini projek. aku paling tak suka buat kerja kat pondok besaq ni sebab bila ada manusia2 semacam diva (baik lelaki atau perempuan, mungkin jugak termasuk aku) berjalan hentak kaki sampai bergegaq pondok ni macam ada giant nak mai. habis parasite bawah microscope tu pun bergegaq berjoget jugak. grrrrr... 
 
Aku pada asalnya fobia sikit dengan benda2 yang menyerupai atau dah memang nyata cacing ni. tapi lama2 macam dah jadi best friend pulak dengan depa ni.
Snorkeling time. tahniah kat sesapa yang terkena sting jelly fish. tak pa, sikit ja kan. lagi pun experience kan... hehe :)

Tu aktiviti kat pulau ari tu. ari ni pulak aku jadi photographer dan mc untuk program sukan Jabatan Sains Marin kat UMT. sukan jabatan ni dah lama berlangsung. tapi ari ni last day. asalnya malas nak p, baik sebagai penyebok maupun penyokong, tapi atas sebab tanggungjawab serta amanah yang diberikan, terpaksa lah aku pi jugak. 
Din main badminton. ada style lah 
Din lagi. hari ni jadi pengadil futsal. 
Futsal wanita. memang failed lah aku amik gamba sports. gambaq blur...
Futsal lelaki. credit to Mr Manaf a.k.a Anas Ahmad (nama nak gelemer aje) selaku photographer assistant secara sukarela. haha... En Manaf, bola kena En Manaf takpe, jangan kena camera saya udah leee. hehe...
Penutup & penyampaian hadiah. presiden Kelab Sains Marin dan Kelab Marina. macam buat iklan ubat gigi kolget ja.
Haha. yang dok posing depan sekali tu over okeh. main nye tidak, bergamba nye lebih. nak dok depan aje. pompuans kennnnn :P

OK. SEKARANG AKU MALAS NAK KARANG ENDING OF THE ENTRY. 
si comot dah tunggu tepi katil ajak tido ni haaaa.
Ok, selamat malam uollsss
>.<

6 comments:

Eny Yusnizar said...

dah lama tak main pantai err ada parasit ke??

Jenn Syafiqa said...

HAHA :D si comot tu comel. Pandadun nak ajak kawan boleh?

putree said...

aisehhh.. nk wat entry pasal parasit gak lah.hahaha!

haslinda said...

@Eny Yusnizar

ada. tp parasite byk dok kat gills dengan internal organ dia ja. kat isi dia susah nak jumpa parasite.

so, akak jangan risau ye. kita masak ikan buang gills and perut2 dia semua kan. ikan kat perairan kita masih selamat untuk dimakan. heee :)

haslinda said...

@Jenn Syafiqa

haha... dah tanya comot. comot kata boleh. tapi dengan syarat, setiap malam pandadun kena datang tido dengan comot kat sini. hahaha :)

haslinda said...

@putree

haha... cepat update lelaju... :)