13 September 2012

Kedai tepi pantai dan celup tepung

Assalamualaikum... :)

Hai semua. selamat petang. petang lah sangat kan. dah nak tido baru wish selamat malam. malam ni sebelum tido, nak cerita pasal jalan2 petang tadi. semoga malam nanti tak de lagi mimpi buruk menjelma dalam tidur. mana tau dapat mimpi jalan2 keliling dunia ke. kan best. hehe... :) 

Entry malam ni kira macam nak promote Terengganu la. alang2 tahun 2013 tahun melawat Terengganu, sebagai student perantau di Terengganu, dengan bangganya nak promote Terengganu sikit. intro je dulu. next time kita masuk body and conclusion k.

Ekceli kan. petang tadi aku dan group member subjek Asas Keusahawanan pergi jumpa dengan mentor untuk business kitorang nanti. business lah sangat. naik kereta hampir 45 minit (campur tolak sesat + U turn + tanya orang kat stesen minyak) baru sampai ke destinasi yang hendak dituju. 

Lepas hampir 40 minit (kot... tak set time lah pulak) berbincang, berbual dan berkenalan dengan bakal mentor perniagaan kitorang tu, maka tibalah masa untuk balik. masa balik tu kan, kitorang balik lalu jalan pantai. dan part paling best, kitorang berhenti makan kat satu kedai tepi pantai ni. makanan kat sini, boleh tahan best lah. kalau dah sampai Terengganu tu, lalu pulak jalan pantai, kalau tak pekena seafood celup tepung tak sah la. lagi2 kena pulak dengan geng yang kuat melantak, sanggup berhabis duit (bagi yang biasiswa tak masuk lagi macam aku ni -..- ), janji perut kenyang. 

Jadi, faham2 la. entry aku kan suka menayang gambar. kemana pergi mesti ambik gambar. tapi hari ni keluar tak bawak lah pulak boipreng ai si DSLR tu. sebab tak plan pun nak jejak jalan pantai tu. maka gambar2 ni hanyalah disnap dengan menggunakan Nokia E72 aku. hanya itu yang termampu. 
A B C cekodok basi
bangun pagi tak gosok gigi
pergi sekolah cikgu benci
balik rumah bunuh diri
ABC biasa tak da eskrem. aku tak suka ABC letak eskrem. tak besh...
Cendawan celup tepung. ni peberet aku ni. 
Keropok lekor. pemes kat Terengganu. kalau mai Terengganu, kalau tengok kepok lekor macam itam2 sikit, tu bukan hangus tau. tu maksudnya kepok lekor tu banyak ikan dari tepung. kira sedap laaa. kalau kepok tu putih gebu suci murni bak pakai fair and lovely tu, maksudnya banyak tepung. so, rasanya tak seenak yang itam sikit tu la. tapi kalau bagi kat anak tekak serta loji perut aku ni, semua sodap. hahaha...
Hah. jangan sampai teleng kepala dah la nak tengok gambar ni. ni jangung parut kot kalau tak salah. kawan aku order. jagung ni dia taruk ekrem. sorry la, nak cepat sangat sampai terlupa nak rotate gamba dulu. heeee >.<
Haaa. yang ni pulak sutun (sotong) celup tepung. ni sedap gak. peberet sepanjang zaman jugak ni. nak2 kalau dapat sutun hok fresh dari ladang laut lagi, memang sedap la. juicy lagi, terasa manis2 masin air laut. hehe.. dan mak aku selalu tanya macam mana rasa air laut??? haaa, hanya orang laut macam kami2 ni yang tau. pi la tengah2 laut, amik botol air mineral kosong, pastu isi penuh dengan air laut, pastu minum. baru tau macam mana air laut. hahaha... syok kelentong orang...
Laksa... mula2 kawan aku cakap laksa kat kedai ni best. then tanpa segan silu atau curiga serta tanpa was2 diyakini halal, aku pun order lah laksa ni. rasa dia... jap aku flashback balik. emmm, ok2 la. takde lah tak sedap sangat. anak tekak aku ni boleh je telan. takde pulak rasa macam nak terkeluar balik ke hape. ok la. not bad. tapi tak leh lawan la laksa my bonda made punya. heeee 
Ikan pari celup tepung. gamba ni pun tak sempat nak rotate. first time makan pari celup tepung. sedap sangat. pari ni pulak rasa macam fresh je. selalu makan pari masak asam pedas and pari bakar je. ari ni makan pari celup tepung, rasa macam tak cukup sepinggan pulak. *dasar perut tong dram betol lah haku ni*

Selain dari ni, ada lagi ikan goreng celup tepung dengan udang celup tepung. tapi kitorang melantak ni je la. next time datang kena melantak semua. tunggu biasiswa masuk dulu laaaa =,=... duit ooohhh duit.. laa lala..

Adoi, lapa la pulak buat entry cerita makan2 ni. konpem malam ni mimpi makan2 je. hopefully no more mimpi ngeri la. 

P/s: dalam minggu ni je, dah 2x mimpi pasal orang mati. takut... hmmm. 

10 comments:

pjolinda said...

wow..bestnyer..nnti guide i g situ k.....hehe..leh ker..??

Jenn Syafiqa said...

oo cendawan and pari celop tepung pun ade... next time nak try la.. hihi

アヌム said...

nyummyy..sdpnyeeee

'mitchie' yusoff said...

unutnglaaa dapat mkn2 kan ..

haslinda said...

@pjolinda

alaaa.. macam la kat teluk ketapang tak de. banyak je. huhu :)

haslinda said...

@Jenn Syafiqa

nanti try la. ajak semua geng rumah sewa piqa g makan celup tepung belaka. heee :)

haslinda said...

@アヌム

yummy. memang sedap :)

haslinda said...

@'mitchie' yusoff

memang untung. tapi orang diet tak boleh makan banyak kan? hik hik hik...

cepat la buat BBQ... :)

kaktusberduri said...

sedapnyer...

haslinda said...

@kaktusberduri

jom nanti kita makan celop tepong sama2 :)