2 September 2012

FYP dan adik-adik junior

Assalamualaikum... :)

Hai semua. alhamdulillah, aku sekarang dah selamat pulang ke rumah kedua aku iaitu UMT. kembali berjuang untuk lagi dua semester. 

Hari ni hari kedua aku kat UMT, dan first day untuk sem ni pergi jumpa supervisor FYP. dia bagi briefing tentang apa-apa yang bakal berlangsung sepanjang perjalanan FYP selama setahun. setakat ni, rasa macam "insyaAllah tak da masalah dengan FYP yang bakal berlangsung" sebab supervisor pun seorang yang sedia membantu. 

Dan hari ni jugak lah hari pendaftaran pelajar baru. tadi lepas meeting dengan supervisor, singgah makan kat kafe jap, then saja balik pusing ikut jalan jauh semata-mata nak lalu dewan. nak usha-usha adik-adik junior yang baru masuk. hehe... comel je tengok diorang. skema. berkemeja, bertali leher, berbaju kurung, berskirt hitam, serba formal. oh, aku dulu pun macam tu jugak kot. hehe.. malangnya tak sempat nak ambil gamba adik-adik junior tadi sebab kusyuk sangat memerhati diorang adik-adik plus aku yang berjalan tengah panas terik sambil lenggang lenggang kangkung tak bawak payung. bertambah itam legam la muka cek ni.
Oppss. gambar tiada kaitan dengan entry. hiasan semata-mata.
walaupun kektus ni banyak duri, dia tetap comel 
macam saya
>.<

6 comments:

inna_risna said...

awalnya linda blk umt. jadi fasi juga ke?

haslinda said...

@inna_risna

Eh, tak jadi fasi la. balik untuk start buat FYP.

en_me said...

chomeyynyer awakk.. ehhheee

haslinda said...

eh, kaktus tu lah yang comel...heeee...:)

haslinda said...
This comment has been removed by the author.
Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...