29 September 2012

Entry ni untuk awak. ye, awak lah yang baru sambut hari jadi tuuuu

Assalamualaikum... 

Awak... semalam kan hari yang bertarikh 27 September 2012... semalam la sebab time saya type entry ni jam lappy saya menumjukkan 1132 PM, walaupun entry ni dah dipublish selepas 12 tengah malam. jadi nye, masa 27 September semalam, umur awak dah genap sebaya dengan saya.  hmmm... tua da awak. tapi saya forever young. walaupun mak awak beranak kat awak lewat 12 hari dari saya, saya tetap nak tekankan kat sini bahawa SAYA SENTIASA MUDA DARI AWAK.

Makanya, sempena hari jadi awak yang ke muda 12 hari dari umur saya YANG FOREVER YOUNG ni, saya nak ucapkan doa semoga awak sentiasa dipanjangkan umur untuk tahun-tahun akan datang, semoga awak dilimpahkan rezeki yang halal dari Allah SWT, semoga awak sentiasa success dalam apa jua perkara yang awak lakukan, semoga Allah sentiasa meletakkan awak dibawah rahmatNya, semoga awak terus menjadi hamba yang taat akan segala perintahNya, semoga awak terus menjadi seorang anak yang soleh untuk kedua ibubapa awak, dan semoga hubungan awak dengan orang-orang yang awak sayang (termasuk lah saya tau... heee) sentiasa direstui oleh Allah SWT dan keluarga awak. ~kawan-kawan, tolong ye sama-sama aminkan doa saya ni untuk dia~


Wah. berwarna warni pulak entry saya untuk awak hari ni. semoga warna warni ni seceria warna warni hidup awak lah ye. hehe... saya sebenarnya type entry ni dalam keadaan separa mamai. jadi, entry ni tak begitu productive yang macam saya nak. hehe... productive yang macam mana pun saya tak tau la. apa pun awak, nanti duit jpa saya dah masuk, kita pi makan kek besar sambil tiup lilin ek. tenkiu belanja makan semalam. birthday boy pulak yang belanja ai. hew hew...

Ok lah. saya nak sambung kerja saya yang bertimbun tak siap. mata yang mengantuk sangat gigih berkompromi dengan perut yang kenyang untuk memujuk badan membaringkan diri di katil lalu bermimpi indah dengan harapan esok boleh bangun lambat tapi hampeh sebab tetap kena bangun awal pergi lab buat FYP. ok. lepas ni no more berjimba sebab fokus final year hanya untuk final year project. penentu masa depan aku. kalau tak pass FYP, maka kawen lambat lah aku. eh, salah. grad lambat lah aku. ish, baru betol.

Ok. nak stop dah ni. pesanan terakhir untuk awak. SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT. tolong jangan cakap atau komen aku jiwang boleh tak :P

6 comments:

pjolinda said...

tanx awk...sya pown doakan yang same utk awk...amin...sy syg awk sgt2 gak...

haslinda said...

@pjolinda

ish, jiwang lah awak ni... heeeee...

same2 :)

cik ery said...

heeee.awok.sy awok xsyg ke?hikhik

haslinda said...

@cik ery

eh, mesti lah saya sayang... saya sayang semua kawan2 saya, termasuk lah awok... heee :)

pjolinda said...

oh...kt jiwang xleh ek..???ok..xpe.. :(

Yuni Aisyah said...

so sweet...x jiwang tp romnatik gitu...hehehe