16 September 2012

Birthday girl demam

Assalamualaikum... :)

Kom apa kombat, bat apa bat man, man apa mentol, tol apa tolak, lak apa laksa, sa apa satu, tu apa tunang, nang apa nangka, ka apa kayu, yu apa... you pikir lah sendiri...

Hai. happy Malaysia Day to alls. sejak beberapa tahun kebelakangan ni, hari jadi aku menjadi lebih sedikit bermakna sebab sehari selepas birhday aku, konpem cuti. thanks to kerajaan Malaysia sebab buat cuti peristiwa sempena birthday aku. walaupun lewat sehari, aku tetap menghargainya. ceh, perasan!!!

Alkisahnya, sehari sebelum hari ni, iaitu semalam yang bertarikh 15 September 2012, merupakan hari lahir aku yang ke... err, kira jap (2012 tolak 1989 dapat 23). yay, 23 tahun... aiyooo, dah tua dah aku. tak pa. aku pegang prinsip, umur itu hanya lah sekadar angka. yang penting jiwa muda tu ada, and harus lah maintain baby face supaya lepas ni kalau gi mana2 jumpa sepupu sepapat jauh, dorang akan tanya "ni sekolah tingkatan berapa dah???". maka dengan bangganya aku menjawab, "heheee, saya ni dah nak habis belajar kat universiti dah pun". ok. enough!!!

Karangan hari ni macam tersasar jauh dari tajuk entry je. semalam aku keluar gi makan2. makan kek kat Secret Recipe. makan kek je. tu pun kek slice untuk dua orang je. biasiswa tak masuk lagi, so tak mampu nak makan secara berlebihan dekat Secret Recipe. ajak orang tu beli kek kat kedai lain, tak nak. macam2 alasan, nak jugak makan kat situ. tak pe lah Linda. rezeki jangan ditolak. katanya bukan selalu.
Sampai sana. mula2 sekali pilih kek dulu. dah lama teringin nak makan kek coklat. tapi saja tangguh2, nak makan time birthday lah konon. heeee...tak sempat pulak nak ambik gamba kek yang versi sebelum dilahap. sebab kebuloq sangat. so, gambar sisa pun jadi lah kan..
Haaa. nampak tak muka birthday girl yang pucat tu? birthday girl demam. lepas selesai makan kek, order choc sundae pulak. tapiiii, tak habis pun makan sebab dah tak lalu. haish... nafsu je lebih. nasib baik ada tukang perabih...
Haaa. ni la tukang perabih sundae aku. 
Cepat habiskan. kalau tak, tak boleh balik. haha... eleh, macam aku pulak tukang bayar nye.. 

Selesai makan dan bayar, terus ke bandar Kuala Terengganu beli tiket bas kawan nak balik Johor. lepas tu on the way balik singgah giant, dia nak beli barang sikit. on the way nak balik lagi, tiba2 sepupu dari Pahang call nak jumpa. dia baru sampai Terengganu. dah alang2 aku kat luar, pergi lah singgah jumpa dia jap. lepas tu baru balik. sampai hostel, lembik. lenguh satu badan, sakit kepala, nak muntah semua ada. nasib baik hari ni cuti. jadi, boleh la rehat. alhadulillah, ni dah sihat sikit lepas makan ubat dan tido tadi. 

Hmm. bila dah sihat ni, rajin pulak nak menaip panjang2. kalau tak, pandang laptop pun tak lalu... errr? terima kasih bebanyak kat kengkawan yang wish birthday kat aku. yang bagi hadiah pun, thanks ye. aku tak minta pun hadiah tu sume, yang penting korang doakan aku je.. itu lebih bermakna. :)

P/s: 27 September nanti kita makan kek lagi yeeee... hehe. kali ni kita beli sebijik kek terus ok. mahal pun tak pe, bukan selalu kannnnnss >.<

10 comments:

Jenn Syafiqa said...

cepat cepat kawen tau linda hee hee :D

pjolinda said...

tu bukan tukang perabih k..tp xsuke membazir..hahha... :D

Faaein Talip Roy said...

happy belated besaday.. =]

bestlah dapat makan kek rahsia.. huhu..

'mitchie' yusoff said...

oh oh oh ... happy birthday la .. semoga berbahagia!

cik ery said...

LINDA!HAPPY BELATED BIRTHDAY!SEMOGA PNJANG UMUR N MURAH REZEKI!HEEE.N CEPAT2 NAIK PELAMIN JUGAK.HAHA

haslinda said...

@Jenn Syafiqa

@cik ery

tenkiu korang. err, tunggu cek habis blajaq and kumpul duit dulu naaaa... hehe :)

haslinda said...

@pjolinda

ya ke? cover ek? hehehe :P

haslinda said...

@Faaein Talip Roy

@'mitchie' yusoff

terima kasih :)

FaMY said...

awok, saya kan.. ingat kan... birthday awok kan... 25.. saya kan.. tertambah 10.. Gigih saya tunggu lusa.. Salah hari. Entahla birthday sape 25 tu. Maka, Hepi belated birthday. Semoga awok dapat apa yang awok nak. Awok hepi, kami pon hepi :3

haslinda said...

@FaMY

heeee... tenkiu winnnn :)