29 September 2012

Ada sapa2 nak tolong saya tak?

Assalamualakum...


Bangun pagi sambung kerja yang tak habis semalam. kalah dengan godaan, akhirnya tertidur dalam lambakan kerja. salah aku sendiri yang memang suka menangguh kerja. pada muka aku. heee..

Ada sapa2 nak tolong tak? hehe... >.<

Entry ni untuk awak. ye, awak lah yang baru sambut hari jadi tuuuu

Assalamualaikum... 

Awak... semalam kan hari yang bertarikh 27 September 2012... semalam la sebab time saya type entry ni jam lappy saya menumjukkan 1132 PM, walaupun entry ni dah dipublish selepas 12 tengah malam. jadi nye, masa 27 September semalam, umur awak dah genap sebaya dengan saya.  hmmm... tua da awak. tapi saya forever young. walaupun mak awak beranak kat awak lewat 12 hari dari saya, saya tetap nak tekankan kat sini bahawa SAYA SENTIASA MUDA DARI AWAK.

Makanya, sempena hari jadi awak yang ke muda 12 hari dari umur saya YANG FOREVER YOUNG ni, saya nak ucapkan doa semoga awak sentiasa dipanjangkan umur untuk tahun-tahun akan datang, semoga awak dilimpahkan rezeki yang halal dari Allah SWT, semoga awak sentiasa success dalam apa jua perkara yang awak lakukan, semoga Allah sentiasa meletakkan awak dibawah rahmatNya, semoga awak terus menjadi hamba yang taat akan segala perintahNya, semoga awak terus menjadi seorang anak yang soleh untuk kedua ibubapa awak, dan semoga hubungan awak dengan orang-orang yang awak sayang (termasuk lah saya tau... heee) sentiasa direstui oleh Allah SWT dan keluarga awak. ~kawan-kawan, tolong ye sama-sama aminkan doa saya ni untuk dia~


Wah. berwarna warni pulak entry saya untuk awak hari ni. semoga warna warni ni seceria warna warni hidup awak lah ye. hehe... saya sebenarnya type entry ni dalam keadaan separa mamai. jadi, entry ni tak begitu productive yang macam saya nak. hehe... productive yang macam mana pun saya tak tau la. apa pun awak, nanti duit jpa saya dah masuk, kita pi makan kek besar sambil tiup lilin ek. tenkiu belanja makan semalam. birthday boy pulak yang belanja ai. hew hew...

Ok lah. saya nak sambung kerja saya yang bertimbun tak siap. mata yang mengantuk sangat gigih berkompromi dengan perut yang kenyang untuk memujuk badan membaringkan diri di katil lalu bermimpi indah dengan harapan esok boleh bangun lambat tapi hampeh sebab tetap kena bangun awal pergi lab buat FYP. ok. lepas ni no more berjimba sebab fokus final year hanya untuk final year project. penentu masa depan aku. kalau tak pass FYP, maka kawen lambat lah aku. eh, salah. grad lambat lah aku. ish, baru betol.

Ok. nak stop dah ni. pesanan terakhir untuk awak. SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT. tolong jangan cakap atau komen aku jiwang boleh tak :P

24 September 2012

Bila hati rapuh, segeralah mohon pertolongan dari-Nya :)

Assalamualaikum... :)


Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya 
DiriMu yang bertakhta

Detik waktu
Terus berlalu
Semua berakhir padaMu

InsyaAllah
Dia sentiasa ada
Berdoalah
Dia pasti akan memberi pertunjuk 
Menuju jalanNya
>.<

18 September 2012

Danial the penyu

Assalamualaikum... :)

Hai. hari ni hidup gua aman damai since kelas habis awal. terasa bahagia. first, bahagia sebab gua dapat extra time untuk siapkan lab report yang tertangguh. kerja tangguh menangguh tu memang gua dah biasa buat. kikiki... kedua, bahagia sebab dapat anak angkat baru. 

Tadi sebelum mula kelas, aku gi melawat lab kultur plankton kat hatcheri. sebenarnya tak da apa yang nak dilawatkan pun. just nak make sure barang2 yang aku dah prepare untuk FYP project tak diganggu oleh mana2 manusia atau pun mana2 haiwan pemangsa. hehe...

Lepas dah pastikan semua berada dalam keadaan selamat dan tiada gangguan, kami berlima (aku, sophea, mitchie and put) gi tengok anak penyu terbiar tidak bertuan kat dalam tangki kat hatcheri tu. 
Anak turtle ni ada 4 ekor. mana tuan diorang pun tak tau. jadi nya, kitorang jadi tuan angkat diorang. kesian pulak tak de sape nak bagi makan kat diorang. so, tadi kitorang beli roti and kasi makan kat diorang. gambar blur sebab guna camera hp nokia jew... hihi ;)
Lepas bagi makan, kitorang buat kerja volunteer cuci tangki. at last, kitorang buat macam turtle tu semua kitorang yang punya. ni mitchie yang syok sangat dapat cuci tangki. gosok jangan tak gosok. kikiki...
Ni adult turtle. gambar sebelah kiri tu dia dok makan roti, sebelum cuci tangki. sebelah kanan tu dia jadi pasif jap sementara tengah load air lepas bersihkan tangki tadi. err, dah kenyang pun pasif ke? perot berat sangat la tu sampai dah malas nak bergerak. heee :)
Aku dan Danial. hehe... kan ada 4 ekor penyu. sorang ambik satu penyu. dan masing2 letak nama. Dino, Dini, Dek dan Danial. Danial aku punya, hehe... macam mana nak tau tu kitorang punya penyu. tuuuuu, nampak tak tag putih kat atas shell dia tu... tu kira IT (identity tag) diorang lah tu. heeeee :)

Lepas selesai bermanja dengan turtles, tiba masa untuk get ready masuk kelas. muka heppy je sebab dapat anak angkat baru. weeeeeee~ >,< 

16 September 2012

Birthday girl demam

Assalamualaikum... :)

Kom apa kombat, bat apa bat man, man apa mentol, tol apa tolak, lak apa laksa, sa apa satu, tu apa tunang, nang apa nangka, ka apa kayu, yu apa... you pikir lah sendiri...

Hai. happy Malaysia Day to alls. sejak beberapa tahun kebelakangan ni, hari jadi aku menjadi lebih sedikit bermakna sebab sehari selepas birhday aku, konpem cuti. thanks to kerajaan Malaysia sebab buat cuti peristiwa sempena birthday aku. walaupun lewat sehari, aku tetap menghargainya. ceh, perasan!!!

Alkisahnya, sehari sebelum hari ni, iaitu semalam yang bertarikh 15 September 2012, merupakan hari lahir aku yang ke... err, kira jap (2012 tolak 1989 dapat 23). yay, 23 tahun... aiyooo, dah tua dah aku. tak pa. aku pegang prinsip, umur itu hanya lah sekadar angka. yang penting jiwa muda tu ada, and harus lah maintain baby face supaya lepas ni kalau gi mana2 jumpa sepupu sepapat jauh, dorang akan tanya "ni sekolah tingkatan berapa dah???". maka dengan bangganya aku menjawab, "heheee, saya ni dah nak habis belajar kat universiti dah pun". ok. enough!!!

Karangan hari ni macam tersasar jauh dari tajuk entry je. semalam aku keluar gi makan2. makan kek kat Secret Recipe. makan kek je. tu pun kek slice untuk dua orang je. biasiswa tak masuk lagi, so tak mampu nak makan secara berlebihan dekat Secret Recipe. ajak orang tu beli kek kat kedai lain, tak nak. macam2 alasan, nak jugak makan kat situ. tak pe lah Linda. rezeki jangan ditolak. katanya bukan selalu.
Sampai sana. mula2 sekali pilih kek dulu. dah lama teringin nak makan kek coklat. tapi saja tangguh2, nak makan time birthday lah konon. heeee...tak sempat pulak nak ambik gamba kek yang versi sebelum dilahap. sebab kebuloq sangat. so, gambar sisa pun jadi lah kan..
Haaa. nampak tak muka birthday girl yang pucat tu? birthday girl demam. lepas selesai makan kek, order choc sundae pulak. tapiiii, tak habis pun makan sebab dah tak lalu. haish... nafsu je lebih. nasib baik ada tukang perabih...
Haaa. ni la tukang perabih sundae aku. 
Cepat habiskan. kalau tak, tak boleh balik. haha... eleh, macam aku pulak tukang bayar nye.. 

Selesai makan dan bayar, terus ke bandar Kuala Terengganu beli tiket bas kawan nak balik Johor. lepas tu on the way balik singgah giant, dia nak beli barang sikit. on the way nak balik lagi, tiba2 sepupu dari Pahang call nak jumpa. dia baru sampai Terengganu. dah alang2 aku kat luar, pergi lah singgah jumpa dia jap. lepas tu baru balik. sampai hostel, lembik. lenguh satu badan, sakit kepala, nak muntah semua ada. nasib baik hari ni cuti. jadi, boleh la rehat. alhadulillah, ni dah sihat sikit lepas makan ubat dan tido tadi. 

Hmm. bila dah sihat ni, rajin pulak nak menaip panjang2. kalau tak, pandang laptop pun tak lalu... errr? terima kasih bebanyak kat kengkawan yang wish birthday kat aku. yang bagi hadiah pun, thanks ye. aku tak minta pun hadiah tu sume, yang penting korang doakan aku je.. itu lebih bermakna. :)

P/s: 27 September nanti kita makan kek lagi yeeee... hehe. kali ni kita beli sebijik kek terus ok. mahal pun tak pe, bukan selalu kannnnnss >.<

13 September 2012

Kedai tepi pantai dan celup tepung

Assalamualaikum... :)

Hai semua. selamat petang. petang lah sangat kan. dah nak tido baru wish selamat malam. malam ni sebelum tido, nak cerita pasal jalan2 petang tadi. semoga malam nanti tak de lagi mimpi buruk menjelma dalam tidur. mana tau dapat mimpi jalan2 keliling dunia ke. kan best. hehe... :) 

Entry malam ni kira macam nak promote Terengganu la. alang2 tahun 2013 tahun melawat Terengganu, sebagai student perantau di Terengganu, dengan bangganya nak promote Terengganu sikit. intro je dulu. next time kita masuk body and conclusion k.

Ekceli kan. petang tadi aku dan group member subjek Asas Keusahawanan pergi jumpa dengan mentor untuk business kitorang nanti. business lah sangat. naik kereta hampir 45 minit (campur tolak sesat + U turn + tanya orang kat stesen minyak) baru sampai ke destinasi yang hendak dituju. 

Lepas hampir 40 minit (kot... tak set time lah pulak) berbincang, berbual dan berkenalan dengan bakal mentor perniagaan kitorang tu, maka tibalah masa untuk balik. masa balik tu kan, kitorang balik lalu jalan pantai. dan part paling best, kitorang berhenti makan kat satu kedai tepi pantai ni. makanan kat sini, boleh tahan best lah. kalau dah sampai Terengganu tu, lalu pulak jalan pantai, kalau tak pekena seafood celup tepung tak sah la. lagi2 kena pulak dengan geng yang kuat melantak, sanggup berhabis duit (bagi yang biasiswa tak masuk lagi macam aku ni -..- ), janji perut kenyang. 

Jadi, faham2 la. entry aku kan suka menayang gambar. kemana pergi mesti ambik gambar. tapi hari ni keluar tak bawak lah pulak boipreng ai si DSLR tu. sebab tak plan pun nak jejak jalan pantai tu. maka gambar2 ni hanyalah disnap dengan menggunakan Nokia E72 aku. hanya itu yang termampu. 
A B C cekodok basi
bangun pagi tak gosok gigi
pergi sekolah cikgu benci
balik rumah bunuh diri
ABC biasa tak da eskrem. aku tak suka ABC letak eskrem. tak besh...
Cendawan celup tepung. ni peberet aku ni. 
Keropok lekor. pemes kat Terengganu. kalau mai Terengganu, kalau tengok kepok lekor macam itam2 sikit, tu bukan hangus tau. tu maksudnya kepok lekor tu banyak ikan dari tepung. kira sedap laaa. kalau kepok tu putih gebu suci murni bak pakai fair and lovely tu, maksudnya banyak tepung. so, rasanya tak seenak yang itam sikit tu la. tapi kalau bagi kat anak tekak serta loji perut aku ni, semua sodap. hahaha...
Hah. jangan sampai teleng kepala dah la nak tengok gambar ni. ni jangung parut kot kalau tak salah. kawan aku order. jagung ni dia taruk ekrem. sorry la, nak cepat sangat sampai terlupa nak rotate gamba dulu. heeee >.<
Haaa. yang ni pulak sutun (sotong) celup tepung. ni sedap gak. peberet sepanjang zaman jugak ni. nak2 kalau dapat sutun hok fresh dari ladang laut lagi, memang sedap la. juicy lagi, terasa manis2 masin air laut. hehe.. dan mak aku selalu tanya macam mana rasa air laut??? haaa, hanya orang laut macam kami2 ni yang tau. pi la tengah2 laut, amik botol air mineral kosong, pastu isi penuh dengan air laut, pastu minum. baru tau macam mana air laut. hahaha... syok kelentong orang...
Laksa... mula2 kawan aku cakap laksa kat kedai ni best. then tanpa segan silu atau curiga serta tanpa was2 diyakini halal, aku pun order lah laksa ni. rasa dia... jap aku flashback balik. emmm, ok2 la. takde lah tak sedap sangat. anak tekak aku ni boleh je telan. takde pulak rasa macam nak terkeluar balik ke hape. ok la. not bad. tapi tak leh lawan la laksa my bonda made punya. heeee 
Ikan pari celup tepung. gamba ni pun tak sempat nak rotate. first time makan pari celup tepung. sedap sangat. pari ni pulak rasa macam fresh je. selalu makan pari masak asam pedas and pari bakar je. ari ni makan pari celup tepung, rasa macam tak cukup sepinggan pulak. *dasar perut tong dram betol lah haku ni*

Selain dari ni, ada lagi ikan goreng celup tepung dengan udang celup tepung. tapi kitorang melantak ni je la. next time datang kena melantak semua. tunggu biasiswa masuk dulu laaaa =,=... duit ooohhh duit.. laa lala..

Adoi, lapa la pulak buat entry cerita makan2 ni. konpem malam ni mimpi makan2 je. hopefully no more mimpi ngeri la. 

P/s: dalam minggu ni je, dah 2x mimpi pasal orang mati. takut... hmmm. 

Mimpi buruk

Assalamualaikum... :)
Gamba tiada kaitan dengan entri. hiasan semata-mata

Haish...
pagi tadi tido dapat mimpi buruk
mimpi pasal orang mati
Astaghfirullahalazim
apa ni
tak suka la mimpi mati2 ni

Ok. mimpi tu datang lepas subuh
then aku assume tu mainan tido je
tak mau dah mimpi mati2 pas ni
tak suka
tak suka

Semoga orang yang aku mimpi tu panjang umur
:)

P/s: dok siap2 nak pi hatcheri pun sempat lagi update belog sat. hehe... hari ni kan hari khamis. spontaneous khamis jap la kannnn... hehehe :)

11 September 2012

Random pictures

Assalamualaikum... :)

Mok cik ni kan, bila dia dah sampai UMT, memang otometik bukan otomen, dia akan jadi malas nak menghapdet belog. 

Tapi kan, dia otometik rajin update kalo dia ada banyak stok gambar. haaa, mengaplod gamba bebanyak, dia rajin. biar sampai juling mata orang nengok. kalau la hari2 boleh jadi "wordless everyday" kan bagus. hik hik hik *gelak sopan sambil tutup mulut dengan tangan*. malam ni bagi cukup syarat post entry baru, aku spam gambar je la. jangan muntah dah la tengok gambar ni semua. kalo rasa nak muntah gak, cepat2 tekan pangkah. kalau tak muntah, komen lelaju. eheeeee ;)


Lama dah tak snap2 gambar
rindu hobi aku tuuuuu :(

6 September 2012

Kena Sumpah

Assalamualaikum... :)

Mood: rindu kerenah dan telatah anak-anak buah

2 September 2012

FYP dan adik-adik junior

Assalamualaikum... :)

Hai semua. alhamdulillah, aku sekarang dah selamat pulang ke rumah kedua aku iaitu UMT. kembali berjuang untuk lagi dua semester. 

Hari ni hari kedua aku kat UMT, dan first day untuk sem ni pergi jumpa supervisor FYP. dia bagi briefing tentang apa-apa yang bakal berlangsung sepanjang perjalanan FYP selama setahun. setakat ni, rasa macam "insyaAllah tak da masalah dengan FYP yang bakal berlangsung" sebab supervisor pun seorang yang sedia membantu. 

Dan hari ni jugak lah hari pendaftaran pelajar baru. tadi lepas meeting dengan supervisor, singgah makan kat kafe jap, then saja balik pusing ikut jalan jauh semata-mata nak lalu dewan. nak usha-usha adik-adik junior yang baru masuk. hehe... comel je tengok diorang. skema. berkemeja, bertali leher, berbaju kurung, berskirt hitam, serba formal. oh, aku dulu pun macam tu jugak kot. hehe.. malangnya tak sempat nak ambil gamba adik-adik junior tadi sebab kusyuk sangat memerhati diorang adik-adik plus aku yang berjalan tengah panas terik sambil lenggang lenggang kangkung tak bawak payung. bertambah itam legam la muka cek ni.
Oppss. gambar tiada kaitan dengan entry. hiasan semata-mata.
walaupun kektus ni banyak duri, dia tetap comel 
macam saya
>.<