13 August 2012

Mood raya dah datang

Assalamualaikum... :)

Korang perasan tak sebenarnya lagi seminggu je dah kita nak raya. masing-masing dah buat preparation nak raya. kalau yang dah berkeluarga tu, semua pakat dok beli baju raya untuk anak-anak la, untuk suami la, untuk mak mertua la, bapak mertua la. bagi yang single mingle macam aku ni, pakat prepare untuk diri sendiri je la. ada jugak la beli baju raya kat mak. tapi setakat yang termampu je lah. tak kerja lagi, mana boleh beli mahal2 lagi. =,=''

Bila tengok2 balik preparation raya yang dah dibuat, mood raya tu jadi membuak2. dengan melayan anak buah berbunga api lah, dengan buat biskut raya, kerepek raya bagai la. terasa macam esok dah nak raya. tapi rumah tak berkemas lagi. diorang cakap tak payah hias cantik2 sangat sebab raya nanti beraya di kampung jugak. tapi at least, biar lah nampak sikit mood raya dalam rumah kan. hehe... :)
Rasanya ramai antara kita yang dah buat persiapan raya kan. ada yang buat persiapan ala kadar, ada jugak yang buat persiapan meriah sakan. 

Apa pun, dalam membuat persediaan nak menyambut Aidilfitri tu, jangan pulak kita lupa kepada fakir miskin dan orang2 yang kekurangan. dan jangan lupa tunaikan rukun islam yang ke empat iaitu menunaikan zakat fitrah. penting tu, secara tak sedar kita dah menyumbang dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik. jadi, bersyukur lah kita masih dapat beraya dalam keadaan yang mencukupi. =D

6 comments:

iMah said...

sonok sonok..
selamat hari raye ^^

syakey said...

mmg feeling raya dah sekarang ni. tpi feeling ramadhan masih kekal jugak :D

haslinda said...

@iMah

selamat hari raye imah :D

haslinda said...

@syakey

yup! betol tu... ramadhan tak habis lagi kan... :D

DayaMohamed said...

raya seronok sebab family kan. bestnya main bunga api. tak main lagi ni, tunggu anak sedara balik. hee. :D

haslinda said...

@DayaMohamed

yup, paling best beraya disamping family lah.

nak main bunga api mesti kena ada anak2 buah. kalau tak, malu nak main sensorang sebab da besar. heee ;)