12 August 2012

Light painting lah sangat

Assalamualaikum...
:)

Hai. semalam lepas berbuka, aku tolong mak buat kuih gunting. tengah dok menggunting tu, anak2 buah aku sebok dok panggil aku. 

"acu!!! cepat laaa. bila nak ambil gambar kitorang main bunga api ni..."

Amboi anak2 buah aku ni, tak sabaq2. menyesal pulak berjanji nak ambil gambar diorang main bunga api. so, tengah penat menggunting tu *penat lah sangat =,=''* aku pun naik atas, capai tripod dengan camera, dan keluar. giliran nak melayan anak2 buah pulak. aku seorang acu yang adil. mula2 tolong mak buat kuih, pastu melayan anak2 buah pulak. penat wooo *lap peluh di dahi*.

Ok. back to our story, ni lah hasil yang aku dapat setelah berhempas pulas melayan anak2 buah aku yang 3 orang tu. aku suruh diorang conteng je ape yang diorang tau. 
Si kecik ni, menconteng sambil nyanyi "selamaaattt hari raya....... bla bla bla aku tak paham dah."
Si kakak tengah mencuba nak conteng bentuk 
Okes. i loike this pic. heart shape dia menjadi. pandai Marsya!!! >.<
Another fav pic. suka dengan nampak lampu jalan kat atas tu. 
Hmmm... budak pompuan kat atas ni dok cuba nak tulis nama dia. tapi tak jadi jugak. nampak huruf D ngan A ja. ok. saya tiada bakat menconteng seperti anak2 buah saya!!! 

Nanti raya nak ber'lightpainting' lagi lah. dengan anak2 buah dan sepupu sepapat yang kuat menconteng. hahaha!!! tapi ni bukan light painting dah. ni "bunga api painting" namanya. hihi :)

2 comments:

syakey said...

ni namanya melukis api di awangan. haha.

mmg syiokk main benda alah ni. kadang pusing menggila buat lightpainting. maklum lerr tgn seni takdak nak lukis comel2 haha

haslinda said...

@syakey

haha... sama lah kita. harap tangan anak2 buah ja la yang nak berseni sikit. hihi :D