30 August 2012

Happy 55th Independence Day Malaysia

Assalamualaikum... :)

PUISI KEMERDEKAAN: HUJAN MERDEKA

Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.

ZULKIFLI MOHD TOP
Universiti Malaya

Credit: HERE

P/s: Rasa bangga menjadi anak Malaysia. dapat hidup di sebuah negara yang aman, dengan pelbagai kaum dan agama tinggal di bawah satu bumbung langit Malaysia. kalau kita betul-betul anak jati Malaysia, sama-samalah kita pelihara keamanan negara Malaysia, kekalkan kemerdekaan negara Malaysia serta sanjungilah jasa pejuang-pejuang negara yang telah banyak menabur bakti untuk mendapatkan kemerdekaan negara Malaysia. kita seharusnya meneruskan perjuangan mereka yang terdahulu dalam mengekalkan kemerdekaan demi keamanan negara untuk dinikmati oleh generasi anak cucu kita pada masa akan datang. 

KAMI SAYANG MALAYSIA
MERDEKA!!!

1 comment:

Dang Intan Duka said...

salam kemerdekaan..
tak sabar tgu hari esok.. :)



peace