17 August 2012

Balik kampung, wowowooo balik kampung

Assalamualaikum... :)

Hai semua. pehal ni tajuk entry panjang berjela. saja la tu nak eksyen nak balik kampung.

Ok.. ini mungkin entry terakhir untuk bulan Ramadhan ni. *mungkin... kalau rajin esok, aku hapdet jugk lah. hehe* malam ni lepas berbuka mungkin, aku dan keluarga akan bertolak "baaalik kampung... wowoowoooh balik kampung, wowoowoooh balik kampung, hati girang".

Girang tak girang jugak la, sebab time2 macam ni jalan belah ke Pahang sana mesti dah start jem dah. sebab semalam pun ramai dah berpusu-pusu balik kampung, lagi2 ke belah timur sanuuuunnnn.. tapi jem balik raya ni jugak lah yang rasa meriah je atas highway kan. tak pe la, yang drive nanti pun bukan aku, mr brader in law yang drive. aku jadi pemerhati dari tempat duduk belakang je. heee...

Ok la. untuk last entry before raya ni, cik Linda nak ucapkan:
Aku nak mintak maap bebanyok dekat semua readers dan kengkawan alam maya ni kalau2 ada ayat2 dalam entry atau dalam komen atau dalam shoutbox atau kat mana2 je la yang telah menyinggung hati dan perasaan korang. buat kawan2 yang kita pernah bertemu dan bersua muka, nak mintak maap kalo2 ade tersalah cakap (ni mesti ada), tersalah bertepuk tampar, dan minta halal la segala pemberian kawan2 tu. kosong-kosong ye (kosong ~ kosong ~ kosong ~~~ background lagu Najwa Latif).

Dan buat semua yang sedang memandu dan akan memandu pulang ke kampung, memandu lah dengan berhati2 dan secara berhemah. jangan nak jadi samseng jalan raya pulak, nak pecut sana, nak potong sini. biar lah lambat sikit, asalkan sampai ke destinasi dengan selamat. ingatlah orang yang tersayang *iklan jap*. tak mau lah dengar berita eksiden sana, eksiden sini nak raya ni. nak ke beraya kat hospital? haaaa, kalau tak mau, berhati2 di jalan raya. hihi... 

Ok. panjang umur, aku menaip lagi dalam next entry k. again, selamat hari raya semua....!!! :)

3 comments:

Anis anak wong said...

selmat hri raye..hehe

pjolinda said...

slemat ari raye...maap zahir batin...blik kmpung xajak ek..??/xpela..kt jumpe di penang yer...if xde halangan...amin..

haslinda said...

@pjolinda

Datang la kat Penang... :)