30 August 2012

Happy 55th Independence Day Malaysia

Assalamualaikum... :)

PUISI KEMERDEKAAN: HUJAN MERDEKA

Di langit Ogos
awan gembira mengkhabarkan
hujan merdeka turun lagi
untuk kesekian kalinya
membasahi bumi keramat ini
dinginnya merangkul perasaan nusa
syahdunya menyelimuti hati pembela
damainya bertakhta di tiap jiwa anak-anak bangsa.

Telah kutemui mutiara yang tersembunyi
dalam denai-denai usia yang menjanjikan kebahagiaan
kukecapi aroma pembangunan
kukucupi wangian pembebasan
dan telah kuwarnai kanvas jati diri
mengikut lakaran budaya dan potret bangsaku.

Hujan merdeka turun lagi
titisnya menjelajahi hati srikandi
pertiwi tersenyum menerimamu
memeluk janji yang termetarai
harapan yang terkota
teguh mengepung cinta.

Terima kasih, hujan merdeka
walau langit Ogos berlalu
titisnya membasahi sepanjang musim.

ZULKIFLI MOHD TOP
Universiti Malaya

Credit: HERE

P/s: Rasa bangga menjadi anak Malaysia. dapat hidup di sebuah negara yang aman, dengan pelbagai kaum dan agama tinggal di bawah satu bumbung langit Malaysia. kalau kita betul-betul anak jati Malaysia, sama-samalah kita pelihara keamanan negara Malaysia, kekalkan kemerdekaan negara Malaysia serta sanjungilah jasa pejuang-pejuang negara yang telah banyak menabur bakti untuk mendapatkan kemerdekaan negara Malaysia. kita seharusnya meneruskan perjuangan mereka yang terdahulu dalam mengekalkan kemerdekaan demi keamanan negara untuk dinikmati oleh generasi anak cucu kita pada masa akan datang. 

KAMI SAYANG MALAYSIA
MERDEKA!!!

28 August 2012

Gif-ing

Assalamualaikum... :)

Ok. ni first time cek ber gif-ing guna gambar ye. first trial. sebelum ni pernah try gif doodle je. tapi sama je caranya.

Tadi tengah sambil melayan anak buah main basikal kat depan rumah, panggil dia berposing kejap. maka, terhasil lah ini.

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Haha.. jadi kerja. acu melayan anak buah, anak buah melayan acu. seronok rupanya main2 gif-ing ni kan... 

Mood

Assalamualaikum... :)

Hai. dah 10 hari menyambut Syawal. ada yang masih beraya ke? aku? dok rumah dah. seluruh rakyat jelata dalam rumah ni dah mula bekerja dan bersekolah. jadi mood raya tu dah macam turn off dah. heheh...

Aku pulak lagi tiga hari dah nak balik UMT. pengajian yang masih berbaki setahun perlu diteruskan. jihad tu. walaupun mood nak study tu jadi macam lemah sikit sejak-sejak result last semester agak mengecewakan aku. :( nasib baik ramai yang bagi kata-kata perangsang untuk meneruskan jihad tu.

Semester sepatutnya start 9 Sept. tapi disebabkan dah buat appoinment dengan supervisor FYP, jadi kena lah balik awal. 

Hmm, kenapa rasa macam tak puas je cuti sedangkan dah 2 bulan dok rumah. takut ke aku nak hadapi semester 5 ni? *jongket bahu*

Gambo google je

P/s: doakan kejayaan aku dalam dua semester terakhir ni :)

17 August 2012

Balik kampung, wowowooo balik kampung

Assalamualaikum... :)

Hai semua. pehal ni tajuk entry panjang berjela. saja la tu nak eksyen nak balik kampung.

Ok.. ini mungkin entry terakhir untuk bulan Ramadhan ni. *mungkin... kalau rajin esok, aku hapdet jugk lah. hehe* malam ni lepas berbuka mungkin, aku dan keluarga akan bertolak "baaalik kampung... wowoowoooh balik kampung, wowoowoooh balik kampung, hati girang".

Girang tak girang jugak la, sebab time2 macam ni jalan belah ke Pahang sana mesti dah start jem dah. sebab semalam pun ramai dah berpusu-pusu balik kampung, lagi2 ke belah timur sanuuuunnnn.. tapi jem balik raya ni jugak lah yang rasa meriah je atas highway kan. tak pe la, yang drive nanti pun bukan aku, mr brader in law yang drive. aku jadi pemerhati dari tempat duduk belakang je. heee...

Ok la. untuk last entry before raya ni, cik Linda nak ucapkan:
Aku nak mintak maap bebanyok dekat semua readers dan kengkawan alam maya ni kalau2 ada ayat2 dalam entry atau dalam komen atau dalam shoutbox atau kat mana2 je la yang telah menyinggung hati dan perasaan korang. buat kawan2 yang kita pernah bertemu dan bersua muka, nak mintak maap kalo2 ade tersalah cakap (ni mesti ada), tersalah bertepuk tampar, dan minta halal la segala pemberian kawan2 tu. kosong-kosong ye (kosong ~ kosong ~ kosong ~~~ background lagu Najwa Latif).

Dan buat semua yang sedang memandu dan akan memandu pulang ke kampung, memandu lah dengan berhati2 dan secara berhemah. jangan nak jadi samseng jalan raya pulak, nak pecut sana, nak potong sini. biar lah lambat sikit, asalkan sampai ke destinasi dengan selamat. ingatlah orang yang tersayang *iklan jap*. tak mau lah dengar berita eksiden sana, eksiden sini nak raya ni. nak ke beraya kat hospital? haaaa, kalau tak mau, berhati2 di jalan raya. hihi... 

Ok. panjang umur, aku menaip lagi dalam next entry k. again, selamat hari raya semua....!!! :)

15 August 2012

Doodle Ucapan Hari Raya

Assalamualaikum... :)

Hai. semalam aku agak terlebih rajin *agak okes*, maka aku terlukis lah empat doodle raya. ekceli doodle ni kira macam pengganti kad raya la. kalau dulu2 semua pakat dok beli kad raya, siap berlagu lagi kan, tapi aku buat doodle je lah. nak beli kad raya pun, dah macam lewat je kan. lagi pun jimat sikit duit ai... next Ramadhan mungkin boleh kot buat kad raya. errr, tak janji...

Okey2, tangan dan jari dah naik keras dah ni sebab dok menekan mouse nak siapkan empat doodle ni. almaklum lah, ai ni bukan lah doodler yang terrer, terkial2 jugak dok belajar. maka, untuk Aidilfitri yang bakal tiba ni, terhasil lah doodle raya ni. empat je, tak mampu banyak2.
 Aku tengok balik doodle atas ni macam nak baca berita je
Credit to Kak Azzah. aku banyak rujuk tutorial lukis doodle melalui blog dia. doodles yang dia lukis pun semuanya cun2 belaka. so, pelan2 la aku belajar lukis doodle sampai naik lenguh dah tangan ni. if ade sape2 yang tersuka dengan doodle2 raya ai ni, boleh je ambil. nak backlink balik ke, nak credit ke, tak nak ke, ai tak kisah. ai kasi ikhlas. sebab doodle ai tak sehebat doodle2 doodler lain pun. yang penting uollss semua heppy. tak gitu ye cik kiah. hehe...  

Ok la. next time kalau rajin lagi, ai mendodol lagi lah. dah nak raya ni, makan dodol time raya syiok jugak kan... hehe... bubye uollss... >.<

14 August 2012

Ayu Raudhah pun dah berhijab

Assalamualaikum... :)

Alhamdulillah, dalam bulan Ramadhan ni semakin ramai artis wanita yang sebelum ni tak bertudung, kini dah bertudung.

Minggu lepas kita semua tau yang penyanyi cantik Shila Amzah dah berhijab. kali ni, pelakon jelita Ayu Raudhah pun mengesahkan yang kini dia telah pun berhijrah kepada imej berhijab sejak pulang dari menunaikan umrah baru-baru ni. sumber SINI

Alhamdulillah. aku seronok tengok ramai artis wanita tempatan kita dah berhijab. 

Dah la memang cantik, pakai tudung bertambah laaaaa manis nye... hehe >.<

Antara artis/selebriti lain yang dah berhijab ialah:

Abby Abadi
Yatt Hamzah
Nurul Syuhada Nurul Ain
Shila Amzah

dan ramai lagiii... malas nak google gamba sebenarnya. hehe :)

Semoga penghijrahan artis2 wanita ni menjadi inspirasi dan contoh kepada anak2 muda kat luar sana untuk turut sama berhijab. tapi bukan la bertudung kerana nak ikut trend artis pujaan mereka, tapi kerana takutkan azab yang dijanjikan oleh Allah SWT bagi hambaNya yang enggan menutup aurat.

13 August 2012

Mood raya dah datang

Assalamualaikum... :)

Korang perasan tak sebenarnya lagi seminggu je dah kita nak raya. masing-masing dah buat preparation nak raya. kalau yang dah berkeluarga tu, semua pakat dok beli baju raya untuk anak-anak la, untuk suami la, untuk mak mertua la, bapak mertua la. bagi yang single mingle macam aku ni, pakat prepare untuk diri sendiri je la. ada jugak la beli baju raya kat mak. tapi setakat yang termampu je lah. tak kerja lagi, mana boleh beli mahal2 lagi. =,=''

Bila tengok2 balik preparation raya yang dah dibuat, mood raya tu jadi membuak2. dengan melayan anak buah berbunga api lah, dengan buat biskut raya, kerepek raya bagai la. terasa macam esok dah nak raya. tapi rumah tak berkemas lagi. diorang cakap tak payah hias cantik2 sangat sebab raya nanti beraya di kampung jugak. tapi at least, biar lah nampak sikit mood raya dalam rumah kan. hehe... :)
Rasanya ramai antara kita yang dah buat persiapan raya kan. ada yang buat persiapan ala kadar, ada jugak yang buat persiapan meriah sakan. 

Apa pun, dalam membuat persediaan nak menyambut Aidilfitri tu, jangan pulak kita lupa kepada fakir miskin dan orang2 yang kekurangan. dan jangan lupa tunaikan rukun islam yang ke empat iaitu menunaikan zakat fitrah. penting tu, secara tak sedar kita dah menyumbang dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik. jadi, bersyukur lah kita masih dapat beraya dalam keadaan yang mencukupi. =D

12 August 2012

Light painting lah sangat

Assalamualaikum...
:)

Hai. semalam lepas berbuka, aku tolong mak buat kuih gunting. tengah dok menggunting tu, anak2 buah aku sebok dok panggil aku. 

"acu!!! cepat laaa. bila nak ambil gambar kitorang main bunga api ni..."

Amboi anak2 buah aku ni, tak sabaq2. menyesal pulak berjanji nak ambil gambar diorang main bunga api. so, tengah penat menggunting tu *penat lah sangat =,=''* aku pun naik atas, capai tripod dengan camera, dan keluar. giliran nak melayan anak2 buah pulak. aku seorang acu yang adil. mula2 tolong mak buat kuih, pastu melayan anak2 buah pulak. penat wooo *lap peluh di dahi*.

Ok. back to our story, ni lah hasil yang aku dapat setelah berhempas pulas melayan anak2 buah aku yang 3 orang tu. aku suruh diorang conteng je ape yang diorang tau. 
Si kecik ni, menconteng sambil nyanyi "selamaaattt hari raya....... bla bla bla aku tak paham dah."
Si kakak tengah mencuba nak conteng bentuk 
Okes. i loike this pic. heart shape dia menjadi. pandai Marsya!!! >.<
Another fav pic. suka dengan nampak lampu jalan kat atas tu. 
Hmmm... budak pompuan kat atas ni dok cuba nak tulis nama dia. tapi tak jadi jugak. nampak huruf D ngan A ja. ok. saya tiada bakat menconteng seperti anak2 buah saya!!! 

Nanti raya nak ber'lightpainting' lagi lah. dengan anak2 buah dan sepupu sepapat yang kuat menconteng. hahaha!!! tapi ni bukan light painting dah. ni "bunga api painting" namanya. hihi :)

10 August 2012

Teringin tapi gayat

Assalamualaikum... :)

Dah lama tak update entry blog. berkepam dengan entry lama. patut lah tak de orang nak masuk blog sangat, dah tuannye pun pemalas macam beruang. eh, beruang pun comels wat!!!

Comels kan???

Okey. jom berbalik kepada tajuk entri. aku ni memang pemalas. tapi aku malas update entri blog je. kadang2 idea tu ada, tapi bila nak keluarkan dalam bentuk ayat dia jadi macam ni:

Source HERE

Tapi bab lain aku rajin. hari2 bila free, aku mesti jalan2 kat TUMBLR. best jalan2 kat TUMBLR ni sebab banyak gambar comels2 dan cuns2 dan cantiks2. rosak bahasa melayu dapat kat aku. jadi setiap hari jalan2 kat TUMBLR, mesti ada je orang post gambar kasut2 yang .... pergh, memang meleleh air mata air idung aku tengok. sebab, cantik. aku memang suka sangat ngan kasut2 high heels. tapiiiiiii, aku ni ada penyakit atau syndrom GAYAT bila setiap kali aku try sarung kasut tumit tinggi. bila try jalan, memang bengkok lutut aku sebab tahan gayat, takut terjatuh.

Teringin je la. tapi tak mampu pun nak melangkah yakin (ala-ala DIVA gitewww) dengan kasut2 yang boleh bikin aku gayat ni. kalau aku pakai pun, gamaknya tak berjalan lah. duduk setempat je. haha.. 
Ok. yang atas ni budak2 mesti suka.

And for divers (perempuan je k), dalam air pun anda boleh kekal bergaya lagi. hehe... boleh pakai fin ni kalau nak snorkeling or menyelam dalam laut. mesti para ikan, kuda laut, timun laut dan landak laut semua datang serbu. heheeeee >.<

Ok. entri ringan je. tak termampu nak meluahkan apa yang ada dalam kepala hotak ni. next time la. dah petang ni. time to prepare juadah for berbuka. masak2 time!!! yehooooooo...