20 July 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum... :)

Hai.

Yay, esok puasa. esok dah Ramadhan. dah bersedia ke semua? mesti dah kan? takkan ada yang tak bersedia lagi. ada setengah tu, siap dah beli baju raya empat lima pasang, puasa pun mesti dah super duper ready kan.

Alhamdulillah, dipanjangkan lagi umur kita oleh Allah, memberikan kita satu lagi peluang untuk menikmati berkat bulan Ramadhan. 

Ok. dikesempatan ni, Linda nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Linda juga nak gunakan kesempatan ni untuk mengucapkan salam kemaafan buat semua rakan blogger kalau ada salah dan silap sepanjang Linda berblogging. mana la tau ada yang tertouching dengan ayat2 dalam entri Linda ni kan. Linda mintak maap bebanyok lah ye. *Eh, awal pulak bermaafan kita ni. macam dah nak raya la pulak*

Sambutlah kedatangan Ramadhan dengan hati yang gumbira. manfaatkanlah kesempatan usia kita menjenguk bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat kali ini dengan mengamalkan ibadah2 yang boleh dibuat sebagai bekalan untuk ke Jannah kelak. bulan Ramadhan juga bulan untuk menyucikan hati, menjernihkan yang keruh serta melatih diri untuk memperbaiki kelemahan diri supaya dapat menjadi seorang hamba yang soleh/solehah. Insyaallah. kita tak tahu sama ada kita akan diberi peluang untuk menikmati Ramadhan tahun depan. wallahualam...


Source: GOOGLE
Selamat berpuasa semua!!!
>.<

6 comments:

c u m u h a m a said...

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa :) . Semoga ibadah kita diterima & diberkati oleh Allah s.w.t . InsyaAllah , Amin . Chumelnyaaa pic . :)

Mrs. Norrie said...

salam Ramadhan jugak

haslinda said...

@c u m u h a m a

InsyaAllah. amin...
hehe... pic dr encik google je... :)

haslinda said...

@Mrs. Norrie

:)

syakey said...

salam ramadhan sis! walaupun dah half month of ramadhan. ;)

haslinda said...

@syakey

hehe... tak pernah terlewat pun... :)