17 July 2012

Pantang larang masyarakat Melayu

Assalamualaikum... :)

Gamba tiada kaitan dengan entry. heeee >.<

Hai. hari ni tetiba keluar idea nak cerita pasal pantang larang orang tua dulu2.

Pernah tak korang dengar mak atau makcik2 korang cakap:

"Anak dara tak elok menyanyi sambil memasak kat dapur. nanti dapat suami tua"
"Anak dara tak elok duduk kat tangga. nanti takde orang nak masuk meminang"
"Kalau makan, jangan suka tukar2 tempat. nanti ramai suami"
"Jangan sapu sampah waktu malam, nanti rezeki hilang"

Antara pantang larang kelakar yang aku pernah dengar dari kawan2 aku:

"Jangan minum sambil berdiri, nanti betis besar"
"Jangan makan leher ayam, nanti time kawen, kepala teleng"

Haha... serious rasa lawak bila belajar balik pantang larang orang dulu2. secara logiknya, pantang larang yang tercipta tu memang macam tak realistik pun. sebab apa kaitannya anak dara menyanyi dengan suami tua? sedangkan kita tahu yang jodoh tu ditentukan Allah SWT.

Ada sebab kenapa nenek moyang kita cipta pantang larang yang sebegitu. ok, contoh.

"Anak dara tak elok menyanyi sambil memasak kat dapur. nanti dapat suami tua" Ni sebabnya, kalau dah menyanyi kat dapur, konpem la ada masakan yang tak cukup rasa. sebab terlupa letak garam la, gula ke, atau pun paling parah, syok sangat dok menyanyi sampai hangus masakan. haha... kesian, kesian. 
"Anak dara tak elok duduk kat tangga. nanti takde orang nak masuk meminang" Ni sebab tangga rumah dulu2, sempit. kalau dah si anak dara duduk atas tangga, mana lagi nak lalu??? tak ke block laluan orang lain nak keluar masuk rumah. heeee... 
"Kalau makan, jangan suka tukar2 tempat. nanti ramai suami" Ni pulak nak elak nasi berterabur kat banyak tempat. kalau dok setempat, kalau nasi atau lauk tertumpah, setempat tu je lah. takde nak menyusahkan orang lain nak bersihkan nasi tumpah kat banyak2 tempat kan...
"Jangan sapu sampah waktu malam, nanti rezeki hilang" Rumah orang dulu2 kan takde lampu macam rumah kita sekarang. orang dulu2 pakai pelita je dalam rumah. kalau dah menyapu sampah malam2, mana nak nampak sampah tu. nanti tersapu duit yang mak sorok bawah tikar, tak ke haru namanya? mungkin la kot tu yang dikaitkan dengan hilang rezeki. hehe... Wallahualam...
 "Jangan minum sambil berdiri, nanti betis besar" Haha... ni sebab nak jaga adab ketika menikmati minuman je kot. biasalah kan, kalau nak makan/minum mesti la kena duduk. baru nampak beradab dan sopan sikit. sistem penghadaman pun clear je kan.
"Jangan makan leher ayam, nanti time kawen, kepala teleng"@"Jangan makan kaki ayam, nanti jalan tempang" Yang ni mungkin mak dia tak nak anak dia makan leher dan kaki ayam tu sebab mak dia yang nak makan. hehe... tapi aku suka makan leher and kaki ayam. mungkin boleh bagitau pantang larang ni kat anak aku nanti. hehe...

Kreatif jugak nenek moyang kita dulu kan? mencipta pantang larang yang kadang2 minda logik kita sendiri pun boleh terpengaruh dan terpedaya. jadi tak sepatutnya kita lupa macam tu je pantang larang tu sebab pantang larang tu antara budaya yang masih dikekalkan sampai ke hari ini. ini baru cerita pasal pantang larang, belum lagi adat. lagi banyak dan berbelit. 

Sape2 yang pernah dengar pantang larang yang jarang didengar, boleh la share sekali. heee :)

1 comment:

PHIRDOTE said...

i like ur blog, simple and easy to read.keep it up :)