20 July 2012

Menjadi Sabahan selama 5 hari

Assalamualaikum... :)

Hai.

Entri ni nak cerita pasal trip aku ke Sabah. lama dah. dah lebih dua minggu aku balik dari sabah. tapi still macam hot lagi. hehe..

Terlalu banyak cerita yang nak diceritakan. dari hari pertama sampai hari kelima aku kat Sabah. banyak sangat pengalaman yang nak dikongsi. tapi, jejari ni macam tak nak bekerjasama untuk lebih rajin menaip dan mengarang kisah aku selama seminggu sebagai Sabahan.

Ok. bermula dengan hari pertama tiba di bandar Tawau, bermalam di hotel Grace Inn. keesokan pagi baru bergerak ke tempat yang dikenali sebagai Tangga Batu oleh penduduk Tawau. Tangga batu merupakan jeti untuk ke Pulau Sebatik. menaiki 'moto' mengambil masa selama kira2 1 jam setengah untuk tiba di Jeti Kampung Wallace Bay.


Di Kampung Wallace Bay, aku diterima baik oleh sebuah keluarga angkat. terima kasih kat mak dan bapak yang sudi amik aku ni sebagai anak angkat. bersyukur disediakan tempat untuk berlindung yang sangat selesa dan makan minum yang sangat enak. seronok dapat pengalaman tinggal dalam keluarga Sabahan.

Program selama lima hari di Pulau Sebatik - Kem Motivasi PMR & SPM, Discovery UMT, Karnival Kesedaran Marin, Sukaneka & Sukan rakyat, jalan2 Pulau Sebatik, jalan2 tengok dolphin, bla bla bla tak ingat dah *nyanyok*

Program Kem Motivasi SPM/PMR. diorang sangat best. dan sangat memberi kerjasama baik sepanjang program. terima kasih ye adik2 comel dan hensem semua.
Program Karnival Kesedaran Marin di sekolah rendah dan prasekolah. adoi, adik2 ni semua sangat comel dan sangat aktif sampai tak cukup tangan semua fasi yang ada untuk handle budak2 ni semua. tak ramai pun pelajar sekolah rendah ni, tapi diorang sangat aktif. terima kasih banyak2 kat cikgu yang turut membantu fasi dalam menjayakan program di sekolah.
Sukaneka dan sukan rakyat. tak banyak nak cerita part ni. tapi boleh kata semua penduduk kampung sangat senang untuk diajak join apa2 program yang kitorang buat. meriah2!!!
Ni masa jalan2 dan ronda2 Pulau Sebatik. menjejak jampung2 lain selain dari Kampung Wallace Bay dan Kampung Mentadak Baru. BEST!!! pelajar BIOLOGI MARIN dengan LAUT memang tak boleh dipisahkan. pergi mana2, mesti kena jumpa laut. 
Aktiviti menonton dolphin... menonton??? ok. gambar yang aku ada buat round circle tu ialah dolphin yang kitorang nampak dekat perairan sekitar Pulau Sebatik-Tawau. gambar pecah2 sebab aku printscreen and crop dari video. setakat nak snap gambar dolphin memang tak dapat sebab dolphin tu bergerak laju. tapi dapat video yang sangat clear. yes, puas hati dapat tengok dolphin live depan mata dari habitat asal dia. bukan dari kolam atau show kat zoo ok. dan sebenarnya ni bukan lah kali pertama aku tengok dolphin dalam habitat semulajadi laut *ok, ada nada riak disitu*saya kan orang laut*sebab tu saya itam legam, tak putih gebu macam orang lain*=.=''
Yang ni makanan yang disediakan oleh para ibubapa Kampung Wallace Bay untuk pertandingan memasak. tema makanan tradisional. konsep dia senang. masak kat rumah. bawak mai balai raya, kitorang rasa. haaa... semua makanan ni sedap. sangat sedap. tekak aku yang asalnya memang susah nak terima daun2 warna hijau tu semua, dah mampu melahap daun2 hijau kat atas ni sebab SEDAAAAAPPPP...

Selepas lima hari jadi Sabahan, kami pun kembali ke semenanjung. ada yang balik rumah bercuti goyang kaki (aku la tu), ada yang dah mula buat FYP kat kampus dan masing2 ada jalan masing2 masa cuti. masih ada cuti lebih kurang sebulan lebih. jadi, manfaatkan cuti dengan baik. kalau ada peluang dan rezeki, memang aku nak ke Pulau Sebatik lagi. lagi2 bila dah ada family kat sana, lagi kuat la perasaan nak melawat diorang tu. InsyaAllah, ada rezeki, kaki aku akan jejak Pulau Sebatik lagi. selain tu, teringin nak pi panjat Gunung Kinabalu pulak. da puas teroka laut, nak teroka gunung pulak. hihi...

Ok. panjang pulak entri malam ni. sekali lagi nak wish hepi fasting untuk seluruh penganut agama Islam yang akan mula menunaikan ibadat berpuasa pasa hari esok. tamo ponteng2 puasa k :)


14 comments:

Dang Intan Duka said...

wah.. meriahnya..
best2 pg tempat org..
belajar cara orang sana..
hehe



peace

Jenn Syafiqa said...

dolphin!! :D salam ramadhan linda :D semoga ramadhan kali ni penoh makna

gamep01nt said...

peh makanan diaaaaaaaaaa! aku tgh pose ni oi! hahaha

haslinda said...

@Dang Intan Duka

Betol3x.
yg paling best dapat belajar bahasa diorang...
seronok... :)

haslinda said...

@Jenn Syafiqa

ye, dolphin... heee...
insyaAllah... sama2 lah kita tingkatkan amal ibadat di bulan Ramadhan dan bulan lain2 jugak :)

haslinda said...

@gamep01nt

haha... same la. sume pose ari ni. sape suruh bace entry ni time pose. hehe... sabo ye. tak berniat nak menggugat keimanan kamu :)

aimie amalina said...

huwaaaaaaaa
7 buln dh x balik sabah..
upsss
bukn owg sbh cume dok sabah je
hehehehe

salam ramadhan dea ;)

haslinda said...

@aimie amalina

haha... nnt balik sabah bha... heeee :)

pjolinda said...

untungla g dpt g sabah...xajak pulak tu...huhu...

haslinda said...

@pjolinda

oooo... tak ajak ye. kalau ajak pun, nak gi ke???? ehemmm... :)

DayaMohamed said...

eei bestnya jalan-jalan. ade dolphin lagi. makanan pun semua macam sedap je. :D

haslinda said...

@DayaMohamed

heee... nnt ade rezeki, pergi la Pulau Sebatik ni. best tau jadi orang pulau ni. :)

syakey said...

fuhh makanan bestbest haaa! eh, dolphin pun ada? baru tau kata dolphin dok ada dekat perairan jenis kt mesia ni :D

haslinda said...

@syakey

dulu masa kecik2, kalau naik feri penang tu, kadang2 boleh nampak jugak ada dolphin. tp skrg tak tau la ada lagi ke tak sebab dah lama tak naik feri tu... :)