20 July 2012

Menjadi Sabahan selama 5 hari

Assalamualaikum... :)

Hai.

Entri ni nak cerita pasal trip aku ke Sabah. lama dah. dah lebih dua minggu aku balik dari sabah. tapi still macam hot lagi. hehe..

Terlalu banyak cerita yang nak diceritakan. dari hari pertama sampai hari kelima aku kat Sabah. banyak sangat pengalaman yang nak dikongsi. tapi, jejari ni macam tak nak bekerjasama untuk lebih rajin menaip dan mengarang kisah aku selama seminggu sebagai Sabahan.

Ok. bermula dengan hari pertama tiba di bandar Tawau, bermalam di hotel Grace Inn. keesokan pagi baru bergerak ke tempat yang dikenali sebagai Tangga Batu oleh penduduk Tawau. Tangga batu merupakan jeti untuk ke Pulau Sebatik. menaiki 'moto' mengambil masa selama kira2 1 jam setengah untuk tiba di Jeti Kampung Wallace Bay.


Di Kampung Wallace Bay, aku diterima baik oleh sebuah keluarga angkat. terima kasih kat mak dan bapak yang sudi amik aku ni sebagai anak angkat. bersyukur disediakan tempat untuk berlindung yang sangat selesa dan makan minum yang sangat enak. seronok dapat pengalaman tinggal dalam keluarga Sabahan.

Program selama lima hari di Pulau Sebatik - Kem Motivasi PMR & SPM, Discovery UMT, Karnival Kesedaran Marin, Sukaneka & Sukan rakyat, jalan2 Pulau Sebatik, jalan2 tengok dolphin, bla bla bla tak ingat dah *nyanyok*

Program Kem Motivasi SPM/PMR. diorang sangat best. dan sangat memberi kerjasama baik sepanjang program. terima kasih ye adik2 comel dan hensem semua.
Program Karnival Kesedaran Marin di sekolah rendah dan prasekolah. adoi, adik2 ni semua sangat comel dan sangat aktif sampai tak cukup tangan semua fasi yang ada untuk handle budak2 ni semua. tak ramai pun pelajar sekolah rendah ni, tapi diorang sangat aktif. terima kasih banyak2 kat cikgu yang turut membantu fasi dalam menjayakan program di sekolah.
Sukaneka dan sukan rakyat. tak banyak nak cerita part ni. tapi boleh kata semua penduduk kampung sangat senang untuk diajak join apa2 program yang kitorang buat. meriah2!!!
Ni masa jalan2 dan ronda2 Pulau Sebatik. menjejak jampung2 lain selain dari Kampung Wallace Bay dan Kampung Mentadak Baru. BEST!!! pelajar BIOLOGI MARIN dengan LAUT memang tak boleh dipisahkan. pergi mana2, mesti kena jumpa laut. 
Aktiviti menonton dolphin... menonton??? ok. gambar yang aku ada buat round circle tu ialah dolphin yang kitorang nampak dekat perairan sekitar Pulau Sebatik-Tawau. gambar pecah2 sebab aku printscreen and crop dari video. setakat nak snap gambar dolphin memang tak dapat sebab dolphin tu bergerak laju. tapi dapat video yang sangat clear. yes, puas hati dapat tengok dolphin live depan mata dari habitat asal dia. bukan dari kolam atau show kat zoo ok. dan sebenarnya ni bukan lah kali pertama aku tengok dolphin dalam habitat semulajadi laut *ok, ada nada riak disitu*saya kan orang laut*sebab tu saya itam legam, tak putih gebu macam orang lain*=.=''
Yang ni makanan yang disediakan oleh para ibubapa Kampung Wallace Bay untuk pertandingan memasak. tema makanan tradisional. konsep dia senang. masak kat rumah. bawak mai balai raya, kitorang rasa. haaa... semua makanan ni sedap. sangat sedap. tekak aku yang asalnya memang susah nak terima daun2 warna hijau tu semua, dah mampu melahap daun2 hijau kat atas ni sebab SEDAAAAAPPPP...

Selepas lima hari jadi Sabahan, kami pun kembali ke semenanjung. ada yang balik rumah bercuti goyang kaki (aku la tu), ada yang dah mula buat FYP kat kampus dan masing2 ada jalan masing2 masa cuti. masih ada cuti lebih kurang sebulan lebih. jadi, manfaatkan cuti dengan baik. kalau ada peluang dan rezeki, memang aku nak ke Pulau Sebatik lagi. lagi2 bila dah ada family kat sana, lagi kuat la perasaan nak melawat diorang tu. InsyaAllah, ada rezeki, kaki aku akan jejak Pulau Sebatik lagi. selain tu, teringin nak pi panjat Gunung Kinabalu pulak. da puas teroka laut, nak teroka gunung pulak. hihi...

Ok. panjang pulak entri malam ni. sekali lagi nak wish hepi fasting untuk seluruh penganut agama Islam yang akan mula menunaikan ibadat berpuasa pasa hari esok. tamo ponteng2 puasa k :)


Salam Ramadhan

Assalamualaikum... :)

Hai.

Yay, esok puasa. esok dah Ramadhan. dah bersedia ke semua? mesti dah kan? takkan ada yang tak bersedia lagi. ada setengah tu, siap dah beli baju raya empat lima pasang, puasa pun mesti dah super duper ready kan.

Alhamdulillah, dipanjangkan lagi umur kita oleh Allah, memberikan kita satu lagi peluang untuk menikmati berkat bulan Ramadhan. 

Ok. dikesempatan ni, Linda nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Linda juga nak gunakan kesempatan ni untuk mengucapkan salam kemaafan buat semua rakan blogger kalau ada salah dan silap sepanjang Linda berblogging. mana la tau ada yang tertouching dengan ayat2 dalam entri Linda ni kan. Linda mintak maap bebanyok lah ye. *Eh, awal pulak bermaafan kita ni. macam dah nak raya la pulak*

Sambutlah kedatangan Ramadhan dengan hati yang gumbira. manfaatkanlah kesempatan usia kita menjenguk bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat kali ini dengan mengamalkan ibadah2 yang boleh dibuat sebagai bekalan untuk ke Jannah kelak. bulan Ramadhan juga bulan untuk menyucikan hati, menjernihkan yang keruh serta melatih diri untuk memperbaiki kelemahan diri supaya dapat menjadi seorang hamba yang soleh/solehah. Insyaallah. kita tak tahu sama ada kita akan diberi peluang untuk menikmati Ramadhan tahun depan. wallahualam...


Source: GOOGLE
Selamat berpuasa semua!!!
>.<

17 July 2012

Pantang larang masyarakat Melayu

Assalamualaikum... :)

Gamba tiada kaitan dengan entry. heeee >.<

Hai. hari ni tetiba keluar idea nak cerita pasal pantang larang orang tua dulu2.

Pernah tak korang dengar mak atau makcik2 korang cakap:

"Anak dara tak elok menyanyi sambil memasak kat dapur. nanti dapat suami tua"
"Anak dara tak elok duduk kat tangga. nanti takde orang nak masuk meminang"
"Kalau makan, jangan suka tukar2 tempat. nanti ramai suami"
"Jangan sapu sampah waktu malam, nanti rezeki hilang"

Antara pantang larang kelakar yang aku pernah dengar dari kawan2 aku:

"Jangan minum sambil berdiri, nanti betis besar"
"Jangan makan leher ayam, nanti time kawen, kepala teleng"

Haha... serious rasa lawak bila belajar balik pantang larang orang dulu2. secara logiknya, pantang larang yang tercipta tu memang macam tak realistik pun. sebab apa kaitannya anak dara menyanyi dengan suami tua? sedangkan kita tahu yang jodoh tu ditentukan Allah SWT.

Ada sebab kenapa nenek moyang kita cipta pantang larang yang sebegitu. ok, contoh.

"Anak dara tak elok menyanyi sambil memasak kat dapur. nanti dapat suami tua" Ni sebabnya, kalau dah menyanyi kat dapur, konpem la ada masakan yang tak cukup rasa. sebab terlupa letak garam la, gula ke, atau pun paling parah, syok sangat dok menyanyi sampai hangus masakan. haha... kesian, kesian. 
"Anak dara tak elok duduk kat tangga. nanti takde orang nak masuk meminang" Ni sebab tangga rumah dulu2, sempit. kalau dah si anak dara duduk atas tangga, mana lagi nak lalu??? tak ke block laluan orang lain nak keluar masuk rumah. heeee... 
"Kalau makan, jangan suka tukar2 tempat. nanti ramai suami" Ni pulak nak elak nasi berterabur kat banyak tempat. kalau dok setempat, kalau nasi atau lauk tertumpah, setempat tu je lah. takde nak menyusahkan orang lain nak bersihkan nasi tumpah kat banyak2 tempat kan...
"Jangan sapu sampah waktu malam, nanti rezeki hilang" Rumah orang dulu2 kan takde lampu macam rumah kita sekarang. orang dulu2 pakai pelita je dalam rumah. kalau dah menyapu sampah malam2, mana nak nampak sampah tu. nanti tersapu duit yang mak sorok bawah tikar, tak ke haru namanya? mungkin la kot tu yang dikaitkan dengan hilang rezeki. hehe... Wallahualam...
 "Jangan minum sambil berdiri, nanti betis besar" Haha... ni sebab nak jaga adab ketika menikmati minuman je kot. biasalah kan, kalau nak makan/minum mesti la kena duduk. baru nampak beradab dan sopan sikit. sistem penghadaman pun clear je kan.
"Jangan makan leher ayam, nanti time kawen, kepala teleng"@"Jangan makan kaki ayam, nanti jalan tempang" Yang ni mungkin mak dia tak nak anak dia makan leher dan kaki ayam tu sebab mak dia yang nak makan. hehe... tapi aku suka makan leher and kaki ayam. mungkin boleh bagitau pantang larang ni kat anak aku nanti. hehe...

Kreatif jugak nenek moyang kita dulu kan? mencipta pantang larang yang kadang2 minda logik kita sendiri pun boleh terpengaruh dan terpedaya. jadi tak sepatutnya kita lupa macam tu je pantang larang tu sebab pantang larang tu antara budaya yang masih dikekalkan sampai ke hari ini. ini baru cerita pasal pantang larang, belum lagi adat. lagi banyak dan berbelit. 

Sape2 yang pernah dengar pantang larang yang jarang didengar, boleh la share sekali. heee :)

16 July 2012

Jari baru nak rajin sikit

Assalamualaikum... :)

Hai. seriously, sejak akhir2 penyakit malas aku ni memang sukar untuk dibendung. tak rajin langsung nak menaip. kalau menaip pun, ayat ntah hape2. 

Type, padam.
Type, padam.
Type, padam.

Last, hanya entry bergambar yang aku mampu. kadang2 blog ni dah jadi tempat aku spam gamba banyak2. cuti cuti cenggini la waktu paling best aku nak belaja teknik2 fotografi aku yang tumpul tak tajam2 ni. hari2 dok asah pun, tak tajam. ada tak sharpener untuk photography? haha. ok. bab merepek laju pulak nak menaip. 

Macam entry sebelum2 ni, hari ni aku nak spam gamba lagi. layan je lah ek. heeee >.<
>Bokeh<
>Reddish twin-senyum sokmo dia ni<
>Rumput belakang rumah<
>Daun pokok bunga ros yang mak aku tanam kat belakang rumah<
>fernleaf-lokasi belakang rumah jugak<
>Tak tau pokok apa. tapi gamba ni diambil selepas hujan<
>Pokok duit-duit-pokok parasit yang menjalar atas pokok durian kat rumah tok aku<
Lepas ni mungkin akan ada lagi gambar2 menyusul. kalau aku rajinnnnnnnn~~~~~ >.<

Photoblog > PICIT SEKALI

Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi >.<

12 July 2012

Art Trade with AzzahSaid

Assalamualaikum... :)


Hai. selamat hari khamis semua. ok. mungkin ni permulaan nak rajin2kan jari menaip entry setelah sekian lama bermalas malasan. ari ni aku nak berdudel trade dengan Kak Azzah. 

Tara... ni doodle Rilakkuma. alaaaaaa, kartun yang kiut miut tu. yang patungnya bersepah2 sana sini rasa macam nak beli tapi tak terbeli lagi. uuuuppppsss. ok, stop. nah doodle nye kak... :)
Harapnye Kak Azzah sudi la berdoodle trade dengan saya walaupun doodle saya tak lah sekiut miut doodle2 yang akak buat. heeeee :) kawan2 yang rasa teringin nak berdoodle trade, boleh la join doodle trade dengan Kak Azzah. nak join? klik je SINI ok. selamat berdoodle semua... :)

P/s: Tetiba rasa diri ni rajin sangat nak berdoodle hari ni. mungkin boleh buat doodle freebies kot. heee... itupun kalo comel lah...

11 July 2012

Wordless Wednesday #11: Random

 Assalamualaikum :)
P/s: sejak akhir2 ni, tak tau kenapa rasa malas sangat nak menaip entry. walaupun idea belambak, perasaan  malas tetap mengatasi segalanya... hanya wordless wednesday yang termampu... >.< tapi dah tak wordless dah la bila ada word2 ni. huhu... macam mana nak jadi rajin berblog balik???? =.=" any suggestion???