22 June 2012

Flowers

Assalamualaikum
>.<
F to the L to the O to the W to the E to the R to the S
is
Yay!!! exam dah habis. tak de kerja, godek2 folder gambo hasil fotografi aku. aku budak baru belaja, tak cantik mane pun hasil snap aku. tapi aku suke. hahah *syok sendiri*.
Lama da tak main2 dengan camera... cian dia terperuk lama dalam locker. sapa nak?? aku nak jual. hehe, mau kena tembak dengan bapak gua, suke suki nak jual camera. 
Nanti la pi Sabah, ai bawak balik gambo banyak2. untung2 dapat amik gambo dolphin. heeeeee ^,^
Ok la. mata macam minta lelap je ni. aku rasa rakan2 seperjuangan semua sedang berjuang marathon movie/drama korea tak korea aku tak tau la.
Yang pasti aku nak marathon tido sebelum berangkat ke Sabah...
Yehooooooooooooo!!!!!
Good night!!!
>.<

20 June 2012

15 June 2012

Entry ni tak best. tolong jangan baca.

Assalamualaikum... :)

Hai semua...

Hari ni dah selesai 3 paper final exam. huh, baru 3 paper ja... ada budak course lain, habis final dah pun. siap  usung beg roda, lalu depan aku, dan cakap "hai, saya dah habis exam. nak balik kampung dah. bye". 

Ok, ayat warna merah tu tipu k. yang tak tipu nya, kalau aku pi mana2 sekitar hostel, memang tak sah kalau tak nampak budak usung beg besar gedabak nak balik kampung, angkat kotak ke sana ke mari, mungkin nak hantar barang ke rumah sewa (bagi yang berhijrah ke rumah sewa next sem). stress kot aku tengok. aku ni dok struggle nak habiskan 2 paper lagi. 21 hb baru tamat exam. 

Paper exam tadi, tak susah tak senang. sedang2 je. lepas exam je, balik > singgah cafe makan2 dengan ila  kawan aku > balik bilik > mandi > solat > study blog. haha.. then lepas maghrib keluar dating dengan encik boypren... kuar makan, makan lamb chop. peh, memang bau kambing lah aku malam ni. 

Sedih. lepas ni cuti 3 bulan. aku gi sabah seminggu, encik boypren practical kat Rawang 2 bulan. jauh nya... tak pe, jarak tidak memisahkan kami. hehe. jiwang pulak!!!! and aku sangat tak puas hati dengan satu benda, encik boipren dah habis final paper semalam, aku kena struggle lagi. mana aci!!!!! rumet2 pulak dah start packing barang nak keluar bilik, siap hampir kosong locker diorang. maka. tahniah linda sebab lambat habis final.

And then, lepas habis exam nanti, bukannya aku boleh balik rumah terus. kena prepare untuk gi sabah seminggu nanti. nak packing barang pindah bilik next sem lagi. haish, macam semput je rasa nak kemas packing barang tu. 24 hb aku akan berangkat ke KL, then 25hb akan terbang ke Sabah. bye2 semenanjung. pestaim nak pi Borneo ni. haih, nebes laaa...

Ok la. macam tak best je entry malam ni. bosan. nak study, tapi mood nak study tak datang lagi. dah homesick dah ni sebenarnye.... = (

8 June 2012

Marina High School: PreRaya Edition

Assalamualaikum... :)

Hai kawan2. kawan2 jangan terkejut ye baca entry macam awal 2 bulan dari yang sepatutnya. ekceli kan, semalam coursemates aku ada buat open house dengan tema "Pre-Raya". so, kami pakat ramai2 satu kelas pi serbu beraya rumah diorang. yang bestnya kan, semua berbaju raya (baju raya 2 tahun lepas pun jadi laaaa), menu utama juga makanan raya (ketupat, nasi impit, kuah kacang, lontong, rendang ayam dan rendang daging), music tema pun lagu raya dan ada jugak ketupat tergantung sana sini dalam rumah diorang. oh ya, bunga api pun ada la weh... best weh. rasa macam raya betol. cuma yang tak bestnya bila sampai lagu raya yang ala2 perantauan tu, tiba2 mood sedih datang. rasa macam betol2 perantau (perantau lah sangat, terengganu KL je pun), mula lah homesick sekejap. perasaan nak balik kampung semakin membuak2. tapi kejap je tu. lepas tukar lagu meriah sikit, mood kembali ceria. 

Tujuan diorang buat pre-raya ni sebab mungkin nak rai kawan2, lagi2 sekarang minggu final exam and tak lama lagi dah nak cuti semester. kot... hehe.. aku pun tak tau ape motip sebenar. yang penting, pre-raya ni memang best, seronok dapat kawan2 yang semuanya gila2 dan supporting yang tak de nak fikir pre-raya ni kerja gila, sebaliknya ia BEST!!! dapat release tension struggle study. 

Nah... layan lah gambar gila2 budak BioM yang photogedix semua... hik hik hik. jangan marah ye kawan >.< Pesanan penaja: Bagi yang line internet macam siput sedut tu, harap bersabar la ye... >,<


Sekian. saya sayang kawan2 saya :)
Mereka lah tunjang belakang aku selepas family dan ehem2... hehe...
Tanpa mereka semua, jatuh aku jatuh terus, tak mungkin aku mampu berdiri teguh macam sekarang.
terima kasih semua...
Luv u ollsss!!! 

3 June 2012

Exam dan berjimba :D

Assalamualaikum... :)

Fuhhhhh... bersawang dah blog aku ni. rasa macam lama tak update blog. sekarang ni da masuk minggu exam. mood pun dah bertukar ke mood exam. so, fokus dan usaha untuk exam kena lebih la.

Study2 jugak la. tapi tak mau la sampai tak da life langsung kan. agak2 dah seharian study, ada je yang mesej...

"linda, jom lepak pantai"

Aku apa lagi. dengar pantai, memang laju je la cakap nak... jadi petang tadi, kami berlima (aku, put, shahrul, faisal atau nama comelnya siput dan pa'an<<< mereka semua sahabat aku) vroooommm2 menuju ke pantai tok jembal...

Aktiviti utama kami 3 ja:
(1) makan 
(2) tangkap ikan
(3) tangkap gambar

Siput>>>paling bersemangat cari anak ikan, dan dia la yang paling banyak dapat tangkap ikan.
Ni nama dia Pa'an. paling banyak dapat tangkap ketam. anak ketam ja. bukan boleh makan pun Pa'an..
Put ~ siput ~ shahrul >>> gigih nya diorang tangkap ikan. aku tangkap gamba je. heeeee ~~~
Siput ~ shahrul. ni bukan aksi menayang buntut ye. diorang sedang berusaha gigih demi mendapatkan seekor anak ikan.
Pemandangan tempat ni masa sunset. sumpah cantik. 

5 tahun aku dok UMT, ni la first time aku datang main2 kat tempat ni. sebelum ni pernah lalu je. hasil tangkapan terbanyak adalah gambar, bukan ikan. hehe.. lepas ni kalau p tempat ni kena bawak camera. semua gamba kat atas ni guna camera henpon ja. tapi not bad la gamba2 yang dapat ni.

Ok. nak sambung study. exam mula 5 jun. doakan aku ye kawan2.


Buat kawan2 semua, semoga berjaya dalam final exam nanti. :D