7 May 2012

Cuti-cuti Terengganu ^,^

Assalamualaikum... :)

Hai readers... ari tu ada parents coursemate aku datang Terengganu. parents dia siap datang lab tengok kerja kawan aku tu. best nye. aku teringin gak nak parents aku tau apa yang aku buat dalam course aku kat sini. ye la, memang la diorang tau apa yang aku belajar. tapi diorg tak tau apa yang aku buat time belajar tu. sedikit bangga bila aku tengok dia tunjuk kat mak dia plankton yang dia observe under microskop itu ari. dan secara tak langsung ati aku terdetik "tik tok tik tok"... haha, tipu... tiba2 aku bermonolog dalaman " kan best kalau mak abah boleh datang tengok apa yang buat kat lab ni hari2 kan... hmmm". lepas tu mengeluh sendiri. apa pun tak dapat. hehe. :)

And then, tak lama lepas tu handphone aku yang dok dalam poket beg UMT biru aku pun berbunyi... tengok kat skrin, keluar nama My Dad. uyeah, hakikatnya aku tak pernah pun panggil abah aku daddy okes. 

Aku pun hello dan lepas tu baru bagi salam kat abah. 

Abah: w'salam. buat apa...

Aku: Ada lab. kenapa. *eh, kenapa macam salah je abah nak kol aku*

Abah: tak de apa la. abah nak tanya, kat Terengganu mana best nak jalan2. *hok aloh abah aku ni, tanya soalan macam tak penah datang Terengganu je. saje la tu nak kasi aku hint kot. nasib baik aku ni tak LAMPI. hahak...*

Aku: awat. abah nak mai ka? *haha, trick question directly keluar dari mulut aku*

Abah: ha'a. lepas solat jumaat abah bertolak nak pi Terengganu.

Aku: ooooo. banyak je tempat best kalo abah nak pi. nanti jangan lupa amik adik kat UMT. nak ikut abah jalan2 jugak. bla bla bla bla....

Dah. aku malas nak type semua conversation aku ngan abah. maka hari sabtu tu, aku bercuti-cuti Terengganu dengan abah. dari tengahari (sebab pagi tu ada lab) sampai malam aku spend time dengan abah. pi jalan2 kat museum, pasar payang, makan2 sampai tak larat nak jalan dah. hehe...

Okes, kesimpulan nya aku puas dan heppy dapat spend time sehari dengan abah. lama tak jumpa weh... dapat makan free lagi. sotong celop tepung... sedap weh wa cakap sama luuuu *mana penah makan free tak sedap kan, habaq mai sikit*

Tak ingat apa nama museum ni. museum terengganu kot. tak masuk pun. abah tak larat nak nek tangga museum yang tinggi tu... so, nikmati pemandangan dari luar je lah.
Songket kat pasar payang. cantik weh. kalo nak tau, ada budak kecik dalam 6 tahun tolong mak dia jaga kedai ni. aku tanya berapa harga sepasang songket. dia jawab "satu seribu ringgit, sepuloh boleh dapat lapan puloh ringgit" okes!!! adik ni sangat pandai matematik. boleh rugi mak dia kalo macam ni.
Aku suka perahu ni :) dalam museum kecik kat luar museum besar tadi tu.
Oooyeah, like father like daughter ya bebeyh. posing mau sama je ye adik2. berdiri macam nak nyanyi lagu negaraku masa sekolah dolu2.
Souvenir Terengganu
Takde motip. jadi tour guide pun kena ushar sign board lagi...

Ok. tu je aku nak share malam ni. penat la update entry ni =.=''

Selamat malam semua!!!! :) 

14 comments:

pjolinda said...

untung la abah dtg sini...tp kan...awk jumpe abah bukan berdua ke..??dgn sape ekk..??bak kate abah..BAKAL...haha..amin...

haslinda said...

pjolinda: bakal ape tu u??? haha... :)

kura said...

haha... lingkup kedai mak dia jual seploh dpt 80 hengget kan hahha

farah hanim said...

fara nak g terengganu jugak
nak bawak diri..:(
huhu

syafiqahatta said...

yoderh~ best nye keluar dating ngan jejaka-jejaka special di hati :D

Ardini Izzati said...

Bestnya jejalan ngn abah :)

cik ery said...

ewah linda.syoknyee ditemani 2 jejaka kacak.hekhek.bakal.......

Abg Stalker said...

gagagag ;)) berdiri sama je bapak dgna ank.nk nyanyi lagu kebangsaan eh.

haslinda said...

@kura: haha... bukan setakat lingkup, boleh bankrupt muflis semua sekali...:)

haslinda said...

@fara: datang la fara. nanti smpai sni, boleh akak bawak fara jln2... mkn sotong celup tepung. best wooo... hehe :)

haslinda said...

@piqa: yup. paling special tu. sekali sekala dating dengan dua orang jejaka dalam satu masa, syok jugak... hehe :)

haslinda said...

@ardini: best. yang best nye dapat makan sedap2 secara free. bukan selalu nk makan free. hehe :)

haslinda said...

@cik ery: yang bakal tu, abah yang cakap. hehe... :)

haslinda said...

@abg stalker: ha'a. nyanyi lagu Negaraku, pastu lagu negeri Terengganu. patriotik tak? hehe :)