19 May 2012

Haaaaaaaa... fuuuuuuuuuu... jadi da doodle ai.

Assalamualaikum...:)

Haaaaaaaaaaaaaaaaa, fuhhhhh... tarik nafas (haaaaaaaaaaaaaaa), hembus (fuuuuuuuuuuuuuu)... hehe..

Pagi tadi baru habis test Planktonology. paper test semalam dan hari ni agak mengancam. WOW!!!

Ok. sekarang baru aku mampu bernafas dengan tenang (tak betol2 tenang sebab next week masih ada dua test menanti dalam satu hari yang sama). tak pa la. study2 jugak kan, tak mau la sampai tak de life langsung kan. so, petang tadi aku kuar pi jalan2 merelaxkan saraf2 otak yang telah berserabut sepanjang minggu lepas, kena uraikan balik demi memastikan aku tak sewel.

Ok. balik dari jalan2 cari makan sampai nak meletop perut (psssttttt, tadi ai makan pizahat tau), aku pun mula lah godek2 software lukis2 yang ada dalam lappy ni. hasil dari gabungan 3 software (Paint tool SAI, photoshop dan photoscape), maka terhasil lah ini...


Credit to kak Azzah yang banyak share tutorial berkaitan dengan lukis2 doodle ni. ni hadiah untuk kak Azzah ye :) akak amik lah kalau akak suke :)

Sesapa yang teringin nak belajar lukis2 doodle ni, boleh lah pi terjah blog kak Azzah sendiri... boleh terjah SINI.

Ok. ai dah puas mendoodle malam ni. rasa macam nak tido lah. selamat malam :)

14 May 2012

Tahniah buat saya!!!

Assalamualaikum... :)

Tahniah untuk aku. sebagai ganjaran stress yang berpanjangan, aku telah menerima pakej sakit yang hebat.

SAKIT MATA
+
SAKIT KEPALA
+
SAKIT PERUT
=
SAKIT JIWA

Dalam minggu ni ada 3 test dalam 3 hari berturut2. Rabu test Lab Marine Biotechnology, Khamis test Marine Ecology, Jumaat test Planktonologi. Sabtu test darah, naik ke turun. hahaha...


Kronik da ni. boleh masuk hospital sakit jiwa terus. bila la stress yang berpanjangan ni nak memendek, lalu stop terus??? nak berhenti belajar boleh??? 

"Sabar lah wahai hati. Allah turunkan ujian sebab Dia tau kita mampu harungi ujian dari-Nya. ujian jugak buatkan kita menjadi insan yang lebih kuat"
"Bukan senang nak jadi senang, tapi sangat senang nak jadi susah. so, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"
And, all i need to do is
Sekian kelas Bahasa Melayu untuk malam ni. selamat malam murid2. cikgu nak sambung buat slide untuk presentation pagi esok. 

7 May 2012

Cuti-cuti Terengganu ^,^

Assalamualaikum... :)

Hai readers... ari tu ada parents coursemate aku datang Terengganu. parents dia siap datang lab tengok kerja kawan aku tu. best nye. aku teringin gak nak parents aku tau apa yang aku buat dalam course aku kat sini. ye la, memang la diorang tau apa yang aku belajar. tapi diorg tak tau apa yang aku buat time belajar tu. sedikit bangga bila aku tengok dia tunjuk kat mak dia plankton yang dia observe under microskop itu ari. dan secara tak langsung ati aku terdetik "tik tok tik tok"... haha, tipu... tiba2 aku bermonolog dalaman " kan best kalau mak abah boleh datang tengok apa yang buat kat lab ni hari2 kan... hmmm". lepas tu mengeluh sendiri. apa pun tak dapat. hehe. :)

And then, tak lama lepas tu handphone aku yang dok dalam poket beg UMT biru aku pun berbunyi... tengok kat skrin, keluar nama My Dad. uyeah, hakikatnya aku tak pernah pun panggil abah aku daddy okes. 

Aku pun hello dan lepas tu baru bagi salam kat abah. 

Abah: w'salam. buat apa...

Aku: Ada lab. kenapa. *eh, kenapa macam salah je abah nak kol aku*

Abah: tak de apa la. abah nak tanya, kat Terengganu mana best nak jalan2. *hok aloh abah aku ni, tanya soalan macam tak penah datang Terengganu je. saje la tu nak kasi aku hint kot. nasib baik aku ni tak LAMPI. hahak...*

Aku: awat. abah nak mai ka? *haha, trick question directly keluar dari mulut aku*

Abah: ha'a. lepas solat jumaat abah bertolak nak pi Terengganu.

Aku: ooooo. banyak je tempat best kalo abah nak pi. nanti jangan lupa amik adik kat UMT. nak ikut abah jalan2 jugak. bla bla bla bla....

Dah. aku malas nak type semua conversation aku ngan abah. maka hari sabtu tu, aku bercuti-cuti Terengganu dengan abah. dari tengahari (sebab pagi tu ada lab) sampai malam aku spend time dengan abah. pi jalan2 kat museum, pasar payang, makan2 sampai tak larat nak jalan dah. hehe...

Okes, kesimpulan nya aku puas dan heppy dapat spend time sehari dengan abah. lama tak jumpa weh... dapat makan free lagi. sotong celop tepung... sedap weh wa cakap sama luuuu *mana penah makan free tak sedap kan, habaq mai sikit*

Tak ingat apa nama museum ni. museum terengganu kot. tak masuk pun. abah tak larat nak nek tangga museum yang tinggi tu... so, nikmati pemandangan dari luar je lah.
Songket kat pasar payang. cantik weh. kalo nak tau, ada budak kecik dalam 6 tahun tolong mak dia jaga kedai ni. aku tanya berapa harga sepasang songket. dia jawab "satu seribu ringgit, sepuloh boleh dapat lapan puloh ringgit" okes!!! adik ni sangat pandai matematik. boleh rugi mak dia kalo macam ni.
Aku suka perahu ni :) dalam museum kecik kat luar museum besar tadi tu.
Oooyeah, like father like daughter ya bebeyh. posing mau sama je ye adik2. berdiri macam nak nyanyi lagu negaraku masa sekolah dolu2.
Souvenir Terengganu
Takde motip. jadi tour guide pun kena ushar sign board lagi...

Ok. tu je aku nak share malam ni. penat la update entry ni =.=''

Selamat malam semua!!!! :) 

5 May 2012

My wedding :)

Assalamualaikum... :)

Hai sume... haha, tajuk kasi gempaq sikit.

Ekceli kan, petang tadi kan. ai gi kenduri kawen my friends masa ai diploma dolu2. dolu2? macam dah lama je. seingat ai diorang kapel dari diorang sekolah then sampai diploma sampai degree and sampai la laaa ni dah jadi husband and wife dah... 


Bukan senang nak jaga sesuatu perhubungan tu sampai ke jinjang pelamin. banyak dugaan... and fyi, diorang ni masih belaja lagi. sapa kata belaja lagi tak boleh kawen? mak aku kata. hahaha... it depends la, yang penting kena la pandai seimbangkan komitmen sebagai seorang suami/isteri dan pelajar. ramai dah kawan ai yang dah kawen, ada yang dah ada anak comel2. jodoh dan rezeki masing2 kan. 

Btw, tahniah buat kedua pengantin :) semoga bahagia sehingga akhir nyawa ye :) err, macam lah diorang baca blog aku kan. =,=''

Moral of the story: jangan terpedaya dengan tajuk entry. tapi jangan serik nak masuk blog ni k. sekali dua kala bergurau ape salahnye... kan, kan, kan????

Ok. ai nak tido. kepala dah terasa berat sangat ni. sekarang ni tiap2 ari ai sakit kepala. stress kot. hmmm =.='' selamat malam semua.

1 May 2012

My first vector drawing :)

Assalamualaikum... :)

Hai... ni first time aku lukis vector muka orang.

Belajar sendiri2 je, lepas da cekap sikit lukis doodle guna paint tool SAI...


Huh... aku rasa ok lah kot untuk beginner yang baru2 nak belajar lukis vektor ni... ahak, macam terpuji diri sendiri pulak.

Model vektor ni ialah budak laki dalam entri INI

Ok lah. nak beradu dulu. heaven kan esok cuti, tapi aku tetap kena gi lab seawal jam 9 pagi. uh yeah, tak mencabar lah jadi student marine bio kalau asik fikir nak rehat je. uhuk uhuk... terbatok pulak!!!

OK. Selamat bercuti kepada semua orang yang bekerja mahu pun masih belajar. hehe... untung laaaaa tak kerja lagi pun dah boleh merasa cuti sempena labor day jugak kan. hehe :D yang memang tak kerja tu, tak yah cakap la. kerja ke tak, sama je. hari2 cuti labor day laaa.

OK, OK, OK. kata nak tido tapi membebel lagi. selamat malam semua~~~~