24 February 2012

Ayuh kawan2, dengar ini lagu!!!

Assalamualaikum... :)

Tadi tiba2 terdengar lagi OST Ombak Rindu. bukan lagu Ombak Rindu, tapi Lara Lagi. nyanyian Adira. sukaaaaa lagu ni. ape je lagu Adira, mesti aku suka. sebab suara dia BEST!!! jom layan... :)


Credit to: obitlensa

Best kan??? heeeeee... aku memang suka lagu slow2 ni. sebab tu aku selalu tido. banyak lagu yang dodoikan aku tido. hehe :)

Lelaki masa depan

Assalamualaikum... :)

AWAS!!! ini entry berlabel: menayang lelaki masa depan saya.

Hari ini, saya budak chumel chumot yang bernama linda, ingin mengishtiharkan lelaki masa depan saya... motif??? ntah. hehehe... skema plak bahasakan diri 'saya'. terasa baik dan ingin berubah. hehehe...

Saja saya letak gamba gelap. tak nak bagi clear sangat. nanti terserlah bulak kehenseman beliau. hehe...

Usia perkenalan saya dan beliau: 4 tahun lebih sikit.
Nama beliau: Aaron Ajis (Bukan nama sebenar)
Warganegara beliau: Malaysia. MyKad biru ye.
Umur beliau: lebih muda 12 hari dari saya. 12 hari je k... awak jangan nak bangga sangat.
Soalan pemes yang sering diajukan untuk saya dan beliau, "bila nak kawen???": bila duit beliau dah cukup untuk bagi makan saya dan tujuhbelas (bukan tujuh, tapi tujuhbelas) keturunan. hahaha... just kidding ;)

P/s: ramai kawan2 sebaya dah kawen... tolong jangan tanya aku soalan pemes tu lagi k. ada yang minta lempang nanti.

Let's take a healthy breakfast

Assalamualaikum... :)

Pagi2 lagi da nak update. pagi2? ye, aku terasa ia masih pagi sebab aku baru bangun tido walau matahari dah hampir terpacak atas kepala...

Bangun pagi hari ni, tiba2 terasa lebih bersemangat nak bersarapan secara sihat. setelah dua hari sakit perut gastrik akibat tak suka ambil breakfast. biasa la, student life. kadang2 bangun pagi, mandi bersiap terus pi class. masa yang ada cukup2, sampai tak sempat nak bersarapan dulu *padahal waktu sarapan tu digunakan untuk tido lagi*...

Hari ni cuti, so boleh la amik breakfast... hari ni aku bersarapan dengan whole grain honey star dan MILO... *minum MILO anda jadi SIHAT dan KUAT!!!* boleh jadi duta MILO tak??? hehehe...

Rasa comel pulak breakfast honey star ni. teringat anak2 buah aku yang selalu makan honey star. huhu...

Sebenarnya apa yang buat aku rajin nak breakfast ni, sebab da kena 'basuh' dengan abang aku. selalu sangat skip breakfast sampai da gastrik. da sakit baru ingat nak makan ikut time... heheeee... jangan marah ye bro :)

Ok la. dok pikir lunch nanti nak makan apa pulak... oh yeah, petang satgi ai nak keluar, nak pi dating kat pesta buku. ai nak habiskan voucher buku ai yang masih berbaki RM150. nak beli apa ye??? pikir, pikir, pikir...

Daaa~~~~ >,<

20 February 2012

Tips pengukuh jiwa

Assalamualaikum... :)

Hai readers. hari ni terasa nak kongsi tips. tips yang boleh digunapakai dalam kehidupan seharian tatkala dilanda kekecewaan, kesedihan, dugaan, ujian dan seumpamanya. biasalah, kita manusia biasa. tidak lari dari diuji. dan tanpa kita sedar, ujian yang datang tu sebenarnya membuatkan kita akan jadi lebih kuat. itu pun kalau kita bijak mengambil ujian yang datang tu dari sudut positif. kalau tak bijak mengurus kekecewaan tu, boleh runtuh iman seterusnya mendorong kepada perbuatan yang melanggar akidah terutama untuk kita yang beragama Islam...

Jadi, aku nak kongsi sikit tips2 pengukuh jiwa yang aku baca. 

1. Dunia hanya sementara, ALLAH penentu segalanya.
Menyedari hidup didunia ini hanya sementara dan hanya sebuah permainan dan percaturan sahaja. ada masa kita pemenang, ada masa kita kalah. hidup di dunia hanya sekali, maka kita tidak sepatutnya mensia-siakan kehidupan didunia dengan perkara2 yang tak bermakna. ingatlah, setiap ujian yang datang tu, gunakan ikhtiar dan niat yang sempurna dalam menyelesaikannya. setiap apa pun yang terjadi, serahkan sepenuhnya pada Allah Yang Maha Mengetahui dalam menentukan perkara terbaik buat diri kita.

2. Redha.
Secara realitinya, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, sama ada baik atau tidak, kita perlu terima dengan redha. sebab itu dikatakan takdir, yang telah ditentukan oleh Allah SWT. menolak takdir sama seperti  menolak kekuasaan Allah. dan sebab itu adalah kenyataan dan episod dalam hidup yang kita tetap akan laluinya. 

Buang semua emosi, marah, sedih, tekanan dan semua perasaan yang membuatkan kita merasa kecewa dan sengsara. memaafkan setiap pihak yang terlibat adalah penawar kekecewaan. . terima lah ujian dan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ni dengan redha. sebab bila kita redha, kita akan bersa lebih tenang dan lapang. biar pahit atau manis, tetap perlu ditelan. percaya la, suatu hari kita pasti akan menghargai setiap detik2 pahit dan manis yang pernah datang dalam hidup kita.

3. Ingat janji Allah.
Setiap ujian yang diturunkan untuk kita, telah ditetapkan dengan penuh keadilan. Allah tidak menzalimi hambaNya. Dia tidak akan menguji hambaNya melampaui batas kemampuan hambaNya itu sendiri. pujuk hati agar bersabar dan tenang serta ingat pada janji Allah.

"Fa innama'al usri yusran, innama'al usri yusran" 
Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan.

Janji Allah itu pasti benar, dan yakinlah dengan janji Allah.

4. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah yang terselindung disebaliknya.
Setiap apa yang berlaku, adalah dengan izin dan kehendak Allah SWT. kita tak mampu menolaknya. Allah takkan menjadikan sesuatu perkara dan kejadian dengan sia-sia. 

Sepahit mana derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terselindung disebaliknya. ujian yang datang juga adalah iktibar dan peringatan atas dosa2 dan kelalaian yang pernah kita lakukan. 

Berazam bersungguh-sungguh untuk baiki setiap kelemahan yang ada. sesungguhnya Allah Maha Mengampuni dan Menerima taubat. taubat lah atas kesilapan2 lalu serta mohonlah hidayah serta kekuatan daripada Nya.

5. Allah saja penolong kita.
Setiap perkara yang telah kita usahakan, hanya akan berlaku dengan izin Allah SWT. berdoa dan mohonlah pada Allah dalam memberi jalan keluar dari setiap ujian yang menimpa diri. 

InsyaAllah. kalau kita hadapi ujian yang datang dengan muhasabah diri, Allah pasti akan menolong kita.

Entry ni sebagai rujukan untuk diri sendiri dan kawan2 pembaca semua dalam mengharungi setiap ujian dan dugaan yang menimpa. aku perlu keluar dari kesedihan, sebab aku tau banyak lagi perkara yang menggembirakan aku sedang menanti. :)


15 February 2012

Syukur Alhamdulillah...

Assalamualaikum... :)

Alhamdulillah... penantian sudah berakhir. penantian ape tu??? jeng jeng jeng...

Hampir seminggu dada berdebar menunggu result semester 3, akhirnya hari ni kunci result terbuka jugak. hahaha...

Keputusan aku??? hmmm... syukur alhamdulillah. walaupun result tak setinggi kawan2 lain, aku cukup berpuas hati. rasa berbaloi bila tengok result setimpal dengan usaha sepanjang menghadapi satu sem yang sangat mencabar, penuh tragis (hahaha), macam bertempur di medan perang je. 

Tiba2 azam untuk lebih cemerlang pada sem2 akan datang, datang secara membuak2. nak lebih cemerlang, nak disarungkan selendang kuning masa grad nanti. aminnn... ni harapan mak aku sebenarnye. maka nya, kena la put more effort untuk next semester nanti. jeles gak tengok kawan dapat pinter 3.9+... nak jugak. kalau dia boleh, aku pun mesti boleh. nak result cemerlang, kena la berdamping dengan orang2 yang cemerlang. kan???


Ok la. entry ni just nak kongsi kegembiraan aku setelah entry2 yang sebelum ni penuh dengan mood jiwang dan suram kan... :)

Tahniah buat kawan2 semua... result OK ke KO ke, kita masih ada peluang untuk perbaiki dan berjaya!!! chaiyok2 :)

P/s: ari jumaat ni da nak balik UMT. tak sabar nak jumpa kawan2 :)

2 February 2012

Ini kisah budak-budak zaman sekarang

Assalamualikum... :)

Ini kisah pasal anak buah aku. 

Balik sekolah, capai remote Astro, tekan channel 611-616. nak tengok kartun. kalau dia dah menjajahi tv, acu kalah la. hmmm...

Ibu balik keje, jerit kuat2. "Ibuuuuuuuuu... nak talipon ibu (ada maaaaanyak game)!!!"

Lepas mandi, capai game. lepas makan, capai game. sebelum tido pun layan game dulu... sampai acu pun tak de nak chance la nak sentuh benda alah tu. haish, sebab tak puas ati dengan anak buah punya pasal la acu buat entry ni. hahah!!!! (gelak jahat)



Kalau ibu tak de, dia goda acu...

"Acuuuuuuuuu, man nak main game laptop acu..." No No No... dengan acu, tak kan dapat punya... 

Apa mau jadi dengan budak2 zaman sekarang... mana perginya congkak, layang2, batu seremban, gasing, lompat galah, ting ting dan segala macam permainan tradisional dulu2??? 

Sejuk ati aku tengok budak tecik ni. hehehe... :)

Ni la gelagat anak buah aku. bila aku dah balik U nanti, rindu kemain pulak... hihi...

P/s: diorang rindu acu tak ek???? hmmm...