30 January 2012

Bila bosan, inilah hasilnya !!!

Assalamualaikum...

Hai semua... lamanye aku tak update blog. dah semninggu aku cuti kat rumah. cuti ni tak buat apa pn. dok rumah, makan tidoq besarkan badan. haha!!!

Kalau dah dok rumah tu and tak buat apa2 mesti la bosan kan. so, bila bosan, aku memang capai camera snap je la apa yang patut *yang tak patut aku tak snap ye*... ada yang cantik, ada yang tak cantik. anak2 buah aku la yang jadi mangsa aku. hehe... 

Macam tadi, bosan sangat. aku ajak diorang gi belakang umah. pastu aku suruh la diorang melompat. budak2 memang suke la buat keje lompat2 yang da kompem memenatkan diorang kan. haha!!! lantak la, sape suruh korang layan acu korang yang kebuhsanan ni??? 

Nah, tengok aksi diorang ni...

*terbanglah wahai penyapu sakti!!!*
*AWAS!!! jangan tiru aksi ini di rumah!!!*

Lepas dah puas melompat, masuk je rumah, budak baju biru tu dapat susu sebotol, terus tertido... haha... penat la tu melayan acu. esok kita melompat lagi ye...

Ok. ni je idea yang mampu dicurahkan waktu2 bosan. daaa~~~. (^.^)

19 January 2012

Akhirnya...

Assalamualaikum... :)

Ape jadah aku letak benda alah ni???
Seratus enam puloh enam muka surat termasuk muka depan di'print' warna dan dikenakan bayaran sebanyak ringgit malaysia limapulohlapanlapanpuloh sen tunaaaaaiiiiii.. sah, sah, sah.. hehe..
kos masa - 2 jam untuk print semua benda alah ni. lembap punya printer. cis..


Taraaaaaaaaaaaaa.... akhirnya siap jugak report aku. lega nya rasa hanya Tuhan yang tahu. ni subjek yang paling menikam kalbu, jiwa dan raga untuk semester 3 ni. banyak dugaan yang perlu dilalui untuk subjek FIELDWORK ni, atau dalam bahasa melayu jiwa bangsa nya ialah KERJA LAPANGAN yang tak lapang2 sampai ke sudah. eh, da lapang dah hari ni... nikmat lapangan tu hanya boleh dirasai bila da siap print report dan tengok hasil nya. berapa markah yang nak dapat nanti, tawakkal je la. aku da usaha buat yang terbaik. walaupun report ni boleh dikatakan kerja last minit jugak...

Pada kawan2 yang belum lapang lagi tu, teruskan berusaha ye. hehe... ahad depan konpem semua lapang sebab semua dah submit kan??? lepas balik cuti ni, jangan lupa pikir2kan pasal tajuk nak buat FYP pulak ye... huh =.='  


Ni santapan tengah hari aku tadi. agak sedih sebab dekat UMT ni banyak kedai makan da tutup sebab student sembilapulohlimapointtujuhperatus dah balik. mokcik kedai tu tak emboh rugi. so, persatuan mokcik kedai makan semua bercuti semester jugak. tak pa, esok aku nak balik dah.

Babai UMT, babai bilik, babai kawan2 yang tak siap report lagi tu. aku balik dulu tau. hangpa semua jaga diri baik2 tau... *ayat poyo sebab eksaited sangat nak balik esok*

Doakan aku sampai 'rumah manis rumah' dengan selamat esok ye... :)

16 January 2012

Perpisahan Ini

Assalamualaikum... :)

Dah tiga hari aku layan lagu ni non-stop. dari pagi ke petang ke malam ke pagi balik. tak kisah la kalau telinga aku nak pekak sebab 24 jam dok sumbat telinga dengan earphone, ataupun earphone ni yang da nak tersumbat dengan..... err, tak mau sebut, geliii... yang penting aku tak kan pernah bosan dan jemu dengar lagu ni. sedih sangat2, tapi nak jugak layan lagu ni...

Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat Amdan
 
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Kalau sapa2 yang baru mengalami perpisahan, tak kisah la berpisah ngan makwe ke, pakwe ke, cikgu ke, kucing ke, landak laut peliharaan ke, atau pun baru berpisah dengan bantal busuk or botol susu ke, lagu ni memang bisa bikin buat nangis... waaaaaa... :( sape2 nak dengar, pi la download laju2 ye. aku nak upload kat sini macam lembap pulak berokband cap siput vavi aku ni. dah la berok, siput vavi pulak... aiyo, apa punya species la...

Ok. dah, nak sambung buat report... daaaaa~~~~

13 January 2012

12 January 2012

Jimat RM200 duit aku

Assalamualaikum... :)

Hai... ini entry ke 6 untuk tahun 2012. motif gitau??? ntah, saje... hehe...

Ok la. tengok tajuk entry kat atas tuuuuuu (sambil muncung mulut ke atas). mood tengah dok syiok sebab dapat voucher RM200 dari kerajaan Malaysia. baru je pi ambik tadi. alaaaa, RM200 je pun. je pun, sape nak bagi RM200 free kan??? orang jepun pun belum tentu nak bagi aku RM200... haha...

Voucher ni bukan untuk beli suar jeans Levi's mahupun handbag Gucci or Prada or apa2 brand ja la. macam la aku tau sangat segala macam brand tu. voucher ni kerajaan bagi untuk beli buku rujukan ilmiah/majalah ilmiah/alat tulis/segala kepeluan untuk belajar. yang pasti bukan untuk berjoli ye...

Dah plan dah nak beli ape... hehe. perancangn tu penting untuk mengelakkan dari membeli bahan2 yang tak penting dan tak mendatangkan faedah... ;)

11 January 2012

Bai bai nota semester 3

Assalamualaikum... :)

Ponnn Ponnnnn!!! tumpang lalu, tumpang lalu... Linda datang nak buat announcement dan nak buat bising kat sini... hahaha...

Aku nak bagi tau kat semua yang paper final exam da habis... hahaha!!! (gelak jahat...) 

Semalam tepat jam 5 petang, selesai paper Biology of Coral Reef. alhamdulillah, paper susah, tapi aku mampu menggoreng panas2... hehe...

Walaupun paper da habis, tapi tak boleh balik rumah lagi. esok pagi jam 9 kena pi wat final exam untuk public speaking persuasive speech. pastu nak siapkan fieldtrip report. 20 hb baru boleh balik... nasib baik tak homesick sem ni sebab balik lambat. hehe... tak kisah la balik lambat pun, janji otak dah boleh rehat.

Lepas ni no more nota2 yang berselerak on my desk... dalam masa yang terdekat ni, aku akan semadikan nota2 ke dalam kotak. hew hew (gediks). kalau ada pun just buku2 untuk reference report nanti je la.


Bye2 nota... hehe. bahagia betol aku... dikala roomate2 masih lagi berjuang di medan tempur peperiksaan, aku dah enjoy huuu haaa huuu haaa sana sini... malam semalam syok pi main bola tampar dalam ujan lagi... balik2 sakit kepala and tido terus...

Kawan2 yang tak habis paper final lagi tu, good luck ok!!! buat roomate2 ku yang tersayang, jangan stress2 tau tengok kebahagiaanku, sebab aku sentiasa menyokong korang dari belakang. hihi :)

Daaaa~~~~~~

8 January 2012

Felt pillow

Assalamualaikum... :)

Hai semua... selamat petang selamat sejahtera... petang2 macam ni kalau kat rumah mesti tengah melahap goreng pisang dengan teh o panas... dap nye, dap nye...

Tu kalau kat rumah la. lebih kurang dalam dua minggu lagi nak balik bercuti kat rumah... tapi petang kat bilik hostel sekarang sangat bosan. buka je nota, terus menguap. tak tau la cane la rawat penyakit M ni... ish3x...

Bosan2 cam ni, tiba2 terberangan aktiviti kat rumah time cuti sem nanti. macam2 nak wat. padahal cuti sebulan je... kalau cuti sem lepas aku dok wat felt phone strap kan, cuti sem ni aku macam teringin nak wat felt pillow pulak.

 
 
Comel kan. ekceli felt pillow ni tak susah pun nak buat... cuma perlukan kerajinan dan kreativiti je. kalau study malas, wat benda2 cenggini rajin pulak aku kan??? hmm, sebab aku minat art kan. nak wat cane. darah seni yang mengalir dalam tubuh ni, tak leh nak dibuang. cewahh.. banyak la kau punye darah seni...

Kalau nak buat benda ni, masalah besar bagi aku tak tau kat mana nak cari fabrik murah dan comel kat area ampang... hmmm, aku ni bukan kaki jalan pun kalau balik umah. mane la tau sangat lubang2 nak cari fabrik ni. 

So, kesimpulan nye tak tau la menjadi ke tak keje aku ni nanti. kalau buat pun, bukan untuk dijual ye. untuk koleksi sendiri je a.k.a syok sendiri. hehe...

Jom sambung study !!!! eheeee... :)

5 January 2012

Panas macam ni kan best kalau....

Assalamualaikum...

Cuaca kat Terengganu ni dah kembali cerah sejak tiga hari lepas. dah tak sejuk lagi dok dalam bilik. kipas pun dah boleh turn to number 5 balik. haha... kalau tak, macam nak beku je dok dalam bilik... untung laaa dapat bilik tingkat atas. heeeeeeee... >,< 

Bila cuaca panas2 macam ni, tido tak best... tapi anak tekak ni pulak buat hal. tiba2 mengada teringin nak makan or minum benda sejuk2... kan best kalo panas2 macam ni, dapat merasa mereka2 ni.

Sumber gambar semua dari google

Ada yang tergoda ke dengan gamba mereka2 diatas??? kalau dapat semua mereka2 ni, konpem aku akan makan dengan rakus nye... eh, tak leh rakus. kena la menikmati kan... hehehe...

Nyum2... tengah ambil mood nak study ni sebenarnya. masih kecewa dengan paper pagi tadi yang susah menikam kalbu, jiwa dan raga... rasa macam nak ronyok2 je kertas soalan tu, pastu sumbat dalam mulut laju2, then telan. pastu bangun dari meja, belah dari dewan dengan muka ketat... grrrr... 

Hmm, merungut banyak2 pun tak guna. kan bagus kalo aku siap2, angkat kaki pi turun bawah and cari mereka2 diatas untuk dilahap dengan rakus sopan macam gadis ayu kampung durian tak jadi... perut kenyang, hati senang, baru la boleh study dengan hati yang girang... kan kan kan???

P/s: mata nek ketumbit lagi. bila masa pulak la aku skodeng orang. hmm... dugaan musim exam...

4 January 2012