22 December 2011

Seronok masuk hutan bakau

Assalamualaikum...

Wah... rasa macam lama je tak hapdet blog. ye, seminggu agak lama.. tapi tak lah lama sangat pun kan.. hehe..

Macam banyak benda yang aku nak share kat blog ni. banyak sangat2. tapi tak semua aku boleh cite. sebab??? emm, kekangan masa kot. masa yang ada sekarang sangat terhad. ni pun baru ada masa lapang sikit. class kebanyakan nya dah habis, cuma tinggal dua kelas ganti. minggu depan da masuk study week. minggu depan depan lagi da masuk minggu final exam. masa tu aku akan bercuti dari berblog sekejap kot. 

So, masa yang ada ni, aku nak share sikit pengalaman seronok2 aku. hehe.. ari jumaat and sabtu minggu lepas, aku ada pergi fieldtrip ke Setiu Wetland. tau tak Setiu Wetland tu kat mana??? mesti la kat 'na na na na na... ganu kiteeee' hehe... fieldtrip dua hari ni, bagi aku pengalaman masuk lumpur paya bakau. boleh bayangkan aku masuk dalam paya, air paya tu sampai paras pinggang aku, lumpur pulak ada la nak sampai betis aku sikit. 

Hari pertama, buat identification pokok2 bakau laut. kat situ ada la dalam 15 species pokok bakau laut. sebelah petang kitorang buat mangrove replanting. time tu, seronok tak ingat la. hujan lebat, bawak pulak anak pokok bakau sampai lenguh tangan aku. tiba2 pulak tangan aku yang lembik ni jadi keras bermuscle. haha.. dalam ujan tu, masuk dalam air and tanam anak pokok mangrove tu. best weeeeh... first time dapat pengalaman tanam pkok bakau. kata orang utagha "perak" sikit. "perak" tu bukan perak darul ridzuan ye, tapi sinonim dia adalah "jakun". hehe... jakun macam sifu, tongga tongga tongga...

Ni budak2 group aku. aku tak de dalam gamba, sebab aku tukang amik gamba... huhu...
Salah satu pokok bakau yang masih muda remaja...
Ni akar pneumatophore@akar pensel pokok api-api putih atau nama saintifik dia Avicennia alba... bukan Jessica Alba naaaa... hik hik...
Haaaaa... yang ni pulak... muka2 species Homo sapiens yang bersifat cameraphilic... pantang nampak camera. kalau nampak camera je, laju je diorang serbu...
Ya ampun... see, memang tak de muka lain lagi dah... hehe... muka aku jugak yang tak de... sedih :(
huk huk...
Pheeeeewwiiiiiiitttttt... puteri bunian mana mai menyelit kat camera aku ni??? hehe... ni bukan puteri na... ni nama dia Linda budak comot... yang amik gamba aku ni nama dia putri... credit to put. dia memang pandai amik gamba. bijak2... hehe...


Permandangan tempat ni memang cantik. walaupun ramai orang tak suka masuk mangrove sebab busuk la, ape la. tapi, tu semua Allah dah cipta beserta fungsi dan untuk keseimbangan alam... nikmati alam indah ciptaan Allah... 

Sebenarnya, banyak lagi gambar trip dalam folder aku. tapi cukup la aku tayang yang ni je. nanti lambat pulak nak loading, lagi2 kalau pakai broadband cap siput vavi kan.. walaupun penat, sakit2 badan and lebam sana lebam sini badan aku, aku tetap enjoy trip ni. balik dari trip, kena buat report pulak... huhu...

Esok aku nak update entry trip lagi. tapi trip p mana??? tunggu... daaa~~~ thanks for reading :)

7 comments:

fRaMe+LenSeS said...

Ehh maceh sudi kongsi pluang ni ng nadh. :) sgt bguna pglmn ni bt nadh y tatau pape ;)

aimie amalina said...

waaaaa
sonoknyeee menanam bakau2 comei di situ
hehehe :))

kura said...

sy pencinta alam. apa2 alam yg busuk ke tak busuk ke semua sy kagum. heheh

syafiqahatta said...

cantek la pic dslr linda >,< bilekah diri ini nak ade kamera sendiri~ wuwu

haslinda said...

Nadh: same2 :) bukan selalu pn dpt berkongsi... :)

haslinda said...

kura: bagus le kalo gitu... lepas ni boleh la ajak masuk utan bakau sekali... hehe :)

haslinda said...

piqa: cntik la sebab da edit. hehe...
nnt ada rezeki, dapat la tu... :)