31 December 2011

Happy New Year

Assalamualaikum...



Buka je laptop, sign in blogger.com, tengok kat dashboard... mostly buat entry pasal "hye 2012, bye 2011"...

Semua excited buat entry pasal new year... dan aku salah sorang yang tak nak jadi katak melalak dibawah tempurung yang tersembunyi didalam kotak dibawah cermin kopak... haha, apa derrr.. 

365 hari dalam tahun 2011 telah pun berlalu. tinggal lebih kurang sejam je lagi nak melangkah masuk ke tahun 2012... kenapa semua nak say good bye kat 2011??? tak ingat ke 365 hari lepas semua orang excited menyambut kedatangan 2011, tapi sekarang semua seolah2 menghalau 2011 dan meraikan kedatangan 2012.. kesian 2011...

Bagi aku, tahun 2011 adalah tahun yang mencabar untuk aku. banyak komitmen yang perlu digalas, lagi2 bila berstatus student. tapi tak bermakna tahun 2011 tu adalah tahun yang suram sampai perlu say good bye kat dia. tanpa kita sedar sebenarnya banyak peristiwa suka dan duka yang telah dilalui.

Yang pasti, kisah suka tu akan tersemat sebagai sebahagian daripada memori indah dalam hidup kita. manakala kisah duka tu kita jadikan sebagai iktibar dan pengajaran buat diri kita... dugaan yang datang tu sedikit sebanyak mematang kan kita dan menjadikan kita seorang yang lebih kuat. tanpa 2011, mungkin kita tidak berada kat mana kita sekarang. ye dok??? so, hargai lah saat 2011 yang telah kita lalui tu...

Ok la. tak nak membebel panjang2. takut kena serang pulak. haha...

Selamat menyambut tahun 2012... semoga tahun 2012 akan menjadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya dan semoga azam kamu2 semua terlaksana. aminnn...

Pssstt, cane la diorang yang nk gi celebrate new year tu ek??? firework tak menjadi la ujan lebat macam ni. dok bilik layan blog lagi best... eh, study laaaa.. 3hb ada paper... 

27 December 2011

Final exam !!! tunggu apa lagi tu ???

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, test 2 terakhir untuk sem ni dah berakhir. baru je pagi tadi selesai test Biological Oceanography... lega rasa nya... orang lain da selesa kat umah study untuk final, aku bertarung untuk test lagi... 

lepas ni kena focus untuk final exam... jadual exam dah lama keluar. tapi saja nak simpan buat pekasam dalam laptop ni. sekarang baru nak tayang jadual exam aku...

Sem ni, exam ada empat paper ja dari enam subjek... alhamdulillah, tak berat sangat kot nak bawak empat paper dari enam paper...

Klik gamba untuk tumbesaran yang sihat, dan bukan untuk tumbesaran mata anda...

Gap antara paper2 dalam dua tiga hari ja. bermakna, aku kena mula study dari sekarang. semua paper 4 credit hours. so, nak main2 lagi ka??? tepuk dada, tanya ilmu... la ni tak boleh nak selesa sangat dah. 

Aku tau ramai jugak antara kawan2 kat luar sana yang sedang atau bakal bertarung dalam exam tak lama lagi kan. so, kat sini aku nak share sikit la tips2 persediaan dalam menghadapi minggu peperiksaan ni...
  • Buat persediaan dari awal - jangan study last minute.
  • Buat nota - kata kunci/mind map/lakaran/acronim - mudah difahami
  • Ulang kaji nota sebanyak kali yang boleh - sekurang-kurang nya 3 kali
  • Manfaatkan setiap minit yang ada untuk mengulangkaji
  • Cari waktu yang baik untuk study - tengah malam dan pagi - sunyi, tiada gangguan
  • Jaga pemakanan - makan mengikut waktu - untuk elak sakit - jangan makan makanan yang boleh memudaratkan. 
  • Belajar di tempat yang segar - ada pencahayaan - untuk elak mengantuk
  • Buat soalan past year
  • Study group/group discussion
  • Sentiasa bertanya tentang topik yang tidak difahami
  • Beri tumpuan lebih pada topik2 yang lemah
  • Minum banyak air mineral
  • Sentiasa amalkan membaca doa penerang hati sebelum mula belajar
  • Tampal nota2 penting di tempat yang sentiasa dilihat - dinding
  • Seimbangkan dengan ibadah dan aktiviti lain - riadah
  • Banyak kan berdoa dalam setiap solat - amalkan solat hajat
  • Akhir sekali, tawakal sebab kita dah berusaha yang terbaik
Nak tambah sikit lagi...

Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  • Taat kepada Allah
  • Mendirikan solat
  • Menghormati ibubapa dan sentiasa mendoakan mereka
  • Hormati dan sayangi guru
  • Bersungguh2 dalam melakukan kerja dan mencapai kecemerlangan
  • Suka pada setiap mata pelajaran
  • Membantu rakan yang memerlukan
  • Berdoa dan bersyukur kepada Allah
  • Sentiasa bertawakal
  • mahir dalam setiap matapelajaran
Ok dah. tu je. harap kawan2 boleh amalkan tips2 kat atas tu. good luck!!! :)


24 December 2011

Zoo Negara and Aquaria KLCC

Assalamualaikum...

Dalam entry INI, aku da cakap nak update pasal trip kedua aku kan? ni nak bayar utang la ni. lepas balik fieldtrip ke Setiu Wetland, pada ahad dan isnin lepas, aku p trip ke Zoo Negara dan Aquaria KLCC pulak...

Aku tak mau cerita banyak2 pun. cukup syarat aku bayar utang dah la kan. hehe.. bia gamba je yang bercerita..

 Baru turun bas, da gedik nak bergambar... ^,^
Naik juling mata aku tengok ikan dalam aquarium tu... @,^
 Konpius, tak tau nak pi mana...
 Aku boleh jalan bawah perut dia... fuyooo, tinggi nyeee awak... ^^
 Ensem tak gajah ni dok makan??? gajah ni vege, tapi... hmm, diet vege ternyata tak mampu menguruskan badan... 
 Macam rusa masuk kampung... errr, rusa ni macam nak pi gadoh la...
 Ingat kat zoo ada natang je ke, munga pun ada maaaa... :)
 Ikan tu degil, sombong... tak mau pandang camera langsung... takpe2... fine lah ikan...
 Ikan pari... bukan pari-pari ye...
 Turtle... saye suke natang comey niiiii!!!! :)
 Grrrr... rasa cam nak pi gosok gigi dia ngan kolget...
 Sea horse... comel kan. kat kedai souvenir aquaria ada jual patung sea horse. nak beli, tapi harga dia sama macam makan nasi tiga hari tiga malam... mana lagi untung???
 Jelly fish... comey kan???
Unidentify species... hihihi... 

Banyak lagi gamba... nak buh semua, kang lambat pulak loading... sekali dua kala spent time dengan kawan2 syok jugak. sedikit sebanyak boleh buang najis2 tensyen yang ada dalam otak ni... huh...

Sedar tak sedar beg duit pun dah sama2 slim macam aku... pastu buat2 terkejut pasaipa duit dalam bank makin surut... tak kan nak tanya mak awat duit cek makin sikit... hehehe... berjalan tak hengat, duit keluar pun tak hengat. hehe... 

Lepas ni kena focus untuk final exam pulak. gud luck and wish u all the best buat kawan2 dan pembaca yang seangkatan yang bakal menduduki final exam tak lama lagi... GANBATTE KUDASAI!!!!

22 December 2011

Seronok masuk hutan bakau

Assalamualaikum...

Wah... rasa macam lama je tak hapdet blog. ye, seminggu agak lama.. tapi tak lah lama sangat pun kan.. hehe..

Macam banyak benda yang aku nak share kat blog ni. banyak sangat2. tapi tak semua aku boleh cite. sebab??? emm, kekangan masa kot. masa yang ada sekarang sangat terhad. ni pun baru ada masa lapang sikit. class kebanyakan nya dah habis, cuma tinggal dua kelas ganti. minggu depan da masuk study week. minggu depan depan lagi da masuk minggu final exam. masa tu aku akan bercuti dari berblog sekejap kot. 

So, masa yang ada ni, aku nak share sikit pengalaman seronok2 aku. hehe.. ari jumaat and sabtu minggu lepas, aku ada pergi fieldtrip ke Setiu Wetland. tau tak Setiu Wetland tu kat mana??? mesti la kat 'na na na na na... ganu kiteeee' hehe... fieldtrip dua hari ni, bagi aku pengalaman masuk lumpur paya bakau. boleh bayangkan aku masuk dalam paya, air paya tu sampai paras pinggang aku, lumpur pulak ada la nak sampai betis aku sikit. 

Hari pertama, buat identification pokok2 bakau laut. kat situ ada la dalam 15 species pokok bakau laut. sebelah petang kitorang buat mangrove replanting. time tu, seronok tak ingat la. hujan lebat, bawak pulak anak pokok bakau sampai lenguh tangan aku. tiba2 pulak tangan aku yang lembik ni jadi keras bermuscle. haha.. dalam ujan tu, masuk dalam air and tanam anak pokok mangrove tu. best weeeeh... first time dapat pengalaman tanam pkok bakau. kata orang utagha "perak" sikit. "perak" tu bukan perak darul ridzuan ye, tapi sinonim dia adalah "jakun". hehe... jakun macam sifu, tongga tongga tongga...

Ni budak2 group aku. aku tak de dalam gamba, sebab aku tukang amik gamba... huhu...
Salah satu pokok bakau yang masih muda remaja...
Ni akar pneumatophore@akar pensel pokok api-api putih atau nama saintifik dia Avicennia alba... bukan Jessica Alba naaaa... hik hik...
Haaaaa... yang ni pulak... muka2 species Homo sapiens yang bersifat cameraphilic... pantang nampak camera. kalau nampak camera je, laju je diorang serbu...
Ya ampun... see, memang tak de muka lain lagi dah... hehe... muka aku jugak yang tak de... sedih :(
huk huk...
Pheeeeewwiiiiiiitttttt... puteri bunian mana mai menyelit kat camera aku ni??? hehe... ni bukan puteri na... ni nama dia Linda budak comot... yang amik gamba aku ni nama dia putri... credit to put. dia memang pandai amik gamba. bijak2... hehe...


Permandangan tempat ni memang cantik. walaupun ramai orang tak suka masuk mangrove sebab busuk la, ape la. tapi, tu semua Allah dah cipta beserta fungsi dan untuk keseimbangan alam... nikmati alam indah ciptaan Allah... 

Sebenarnya, banyak lagi gambar trip dalam folder aku. tapi cukup la aku tayang yang ni je. nanti lambat pulak nak loading, lagi2 kalau pakai broadband cap siput vavi kan.. walaupun penat, sakit2 badan and lebam sana lebam sini badan aku, aku tetap enjoy trip ni. balik dari trip, kena buat report pulak... huhu...

Esok aku nak update entry trip lagi. tapi trip p mana??? tunggu... daaa~~~ thanks for reading :)

15 December 2011

Mereka sangat comellllll!!!

Assalamualaikum... :)

Hai kawan2... ari ni aku nak berkongsi kegilaan terhadap satu makhluk ni? makhluk??? tak de la makhluk sangat... mereka hanya dolls ciptaan manusia yang sangat comelllll... comel sangat2, macam aku (mau mintak lempang ke aku ni??? hehe)

~ringan2 kan jari klik nak kasi besar gambo ni~

Comelll tak??? dia ada banyak character... tapi character yang paling aku suke dua ni...


Yang merah tu name nye Dooodolls Reddish Twin, yang putih tu pulak name nye Dooodolls Cupido... comellll kan??? haruslah aku rembat sekor2 natang ni... buat bantal peluk best jugak...

Ade sape2 nak belikan aku natang comelllllls ni??? hehe... (^,^)

12 December 2011

Kelas pendidikan seni

Assalamualaikum...

Hari ni terasa teringin nak hapdet blog, padahal kerja yang tak siap masih tinggi menggunung, masing2 menunggu giliran untuk disiapkan...

Ahh, abaikan assignment, lab report bagai yang tak siap tu. sekarang aku nak cerita pasal kelas pendidikan seni yang aku attend kat U ni. 

Haha, ekceli kan. boleh dikatakan setiap kelas yang aku attend setiap hari tu dah bertukar menjadi kelas pendidikan seni. almaklumlah, tumpuan belajar aku dah beralih kepada buku aku yang berwarna warni... 

Jangan tak tau, buku ni ramai peminat... sebab pages dia colorful... ^^

Kalau dah pen/pensel di tangan bertemu buku, maka ini lah hasil tumpuan aku dalam kelas:









Tak de motif pun aku lukis semua2 ni. just nak hilangkan mengantuk dalam kelas. lagipun daya tumpuan aku terhadap apa yang dituturkan oleh lecturer meningkat sambil tangan melukis/menulis. (padahal apa yang aku lukis tu memang 100% tak da kaitan lagsung dengan apa yang lecturer dok membebel kat depan) hehe.. 

Tu je la nak cerita malam ni. mata ni da mengantuk sebenarnya... nanti ada masa, aku cerita lagi. banyak perkara yang berlaku dalam tempoh masa aku jarang berbelog ni. nak cerita semua, takut tak da sapa pulak nak panjang cerita panjang berjela nanti. hehe...

Ok la, ambo nak beradu dulu. selamat malam...

P/s: Tekanan menutup minat... :(

6 December 2011

Dugaan

Assalamualaikum

Walau pahit, terpaksa ku telan
Walau berat, terpaksa ku galas
Walau pedih, terpaksa ku hadapi
Hanya doa dan kesabaran ubat segala kesakitan
InsyaAllah...