16 November 2011

Kerja berlambak, cuaca sejuk, mata mengantuk...

Assalamualaikum... :)

Saat ini, detik ini... (peh, cam nak bersajak la pulak...) aku pasti semua student marine bio second year masing2 sedang bertungkus lumus untuk siapkan slide presentation untuk subjek kerja lapangan minggu depan... tarikh presentation bermula 24hb, tapi esok Dr Siti, ibunda kesayangan BioM nak tengok slide yang da complete. konpem malam ni ramai yang tido lewat, atau pun mungkin ada yang tak tido langsung. esoknye masing2 pergi kelas dengan mata bengkak sebab tak cukup tido. 

Saat ini jugak, aku pun tengah bertungkus lumus siapkan slide aku. dan saat ini jugak la, suhu bilik aku ni macam nak bagi aku beku je. sejuk ya amat. siap pakai sweater dan dah berselubung dengan selimut pun tetap sejuk sampai ke tulang. kipas pun da pusing habis sampai nombor 1, sejuk jugak. sejuk2 macam ni, terasa macam katil memanggil2 je. ni kalo aku naik katil, sekali pejam mata, memang tak celik da sampai pagi esok... haha...


Selagi slide ni tak siap, duduklah aku kat kerusi mengadap lappy atas meja study ni. jangan berani nak angkat punggung lalu melangkah ke katil. itu alamatnye aku nak dapat penampar sulung Dr Siti esok akibat tak siapkan slide. huhu... mesti ada yang cakap kat aku macam ni kan,

"kerja banyak pun sempat lagi minah ni update belog"

opkos laaa... ini antara cara untuk aku hilangkan mengantuk dan cara mengabaikan katil yang sedang memanggil2 nama aku kat sebelah ni... takkan nak main angry bird kot.

Cukup la sampai sini dulu aku merepek. takut nanti merepek panjang2, kerja tak jalan pulak. kena siapkan diri untuk menadah telinga mendengar 'dendangan' kasih sayang dari Dr Siti esok. papai... :)

P/s: nama subjek kerja lapangan, tapi tak pernah rasa lapang pun... sempit je... =.='

7 comments:

syafiqahatta said...

ye. harus tuka nama jadi 'kerja sempitan'...chaiyok linda!

kancil biru said...

nice pic..kai kamera pe yea..ahakss..

haslinda said...

piqa: haha... tau x pe. best gak nama kerja sempitan tu...

chaiyok3!!!

haslinda said...
This comment has been removed by the author.
haslinda said...

kancil biru: err... camera pe ye??? hmm, camera biasa2 je pun... hihi :)

laskar pelangi said...

waaaa...kemasnya meja dia =)

haslinda said...

laskar pelangi: kemas??? huhu... x tau mcm2 ada disebalik laptop tu... hehe :)