27 November 2011

Halal ke tak halal

Assalamualaikum... :)

Tengah hari ni nak kongsi sikit satu cerita comel. kisah pasal sorang budak kecik bernama Muiz (bukan nama sebenar) dengan nenek dan atok dia. budak kecik ni baru berumur 4 tahun ye. tapi menurut kawan aku yang cerita tu, mulut dia petah sangat bercakap. memang geram sangat rasa. 

Alkisah, satu hari Muiz ikut atok dan nenek dia pergi pasar. pastu dia minta atok dia belikan satu jenis air yang tak halal.

Muiz: atok, atok... muiz nak air tu atok.

Atok: tak boleh la Muiz. ce tengok kat botol air tu, tak da cop halal.

Jadi, Muiz pun just angguk kepala je tanda paham. so memang dia tak minta dah la air tu. lepas tu, nenek dia nak beli buah apple pulak.

Muiz: nenek, nenek... buah apple tu tak halal la nenek...

Nenek: kenapa pulak tak halal???

Muiz: sebab tak de cop halal pun kat buah tu...

Nenek & Atok: senyum sambil %$#@*&^!%^$ 

Hehe... bijak nye la hai budak kecik ni. then dalam kejadian yang lain pulak. Nenek si Muiz ni minum air buah mata kucing. lepas tu Muiz nak sikit air tu.

Muiz: nenek, nenek... Muiz nak sikit air tu. 

Nenek: amik la...

Muiz: air ni halal tak nenek??? boleh minum ke???

Nenek: halal sayang...

Muiz pun minum air tu, tak lama lepas tu...

Muiz: ni air ape nenek?

Nenek: air buah mata kucing... sedap tak???

Lepas tu Muiz gi campak air tu dengan buat muka blur dia.

Muiz: nenek, mana boleh makan mata kucing. buta la kucing tu nanti.

Nenek: %^$#@!*&^@#%$^

Bijak nye... aku suka budak mulut bijak cerdik macam ni. dan dia cepat belajar. tapi agak bahaya kalau nak kelentong budak cerdik macam ni. hehe... 

:)

9 comments:

Paris Lipton said...

huhu comel je...:))

ECAH~ said...

wahh...sangat chumel!!!

haslinda said...

Paris Lipton, Ecah: kan... dia sangat chumel!!! :D

kura said...

air mata kucing. ciss haha

haslinda said...

kura: eh,air buah mata kucing laaaa... haha :)

kura said...

sameee jeee -,,- hahah

haslinda said...

kra: ye laaa... same je la dik. hehe :)

myra yusreena said...

ahaha comelnyeee lahaiii :DD

haslinda said...

myra: yup... mmg dia comel sgt...
byk lg sbnr nye crita comel dia. tp ckup la crita ni dlu... hehe...