9 November 2011

Al-Fatihah buat arwah wan...

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Da lama tak hapdet belog... sekarang ni aku kat umah. cuti mid-sem. da seminggu aku kat umah. tapi memang tak de masa nak jenguk blog langsung. cuti ke tak cuti, sama je busy. lecturer macam ada tak puas ati ngan student je. cuti pun bagi homework banyak2 tahap gaban. 

Ekceli, aku sampai Ampang jam 1 pagi Jumaat minggu lepas. malam tu pulak bertolak balik kampung kat pahang. masa tu wan aku (nenek) da sakit tenat, sakit tua. sampai2 je, aku tak terkata apa tengok keadaan wan aku. kurus sangat, terlantar, tak boleh bercakap lagi, dengan tiub saluran susu ikut hidung wan aku, rasa sayu sangat hati aku. wan tak macam masa kali terakhir aku tengok sebelum masuk sem ari tu. walaupun wan da lama sakit, tapi sebelum ni wan masih mampu berjalan, masih mampu makan dan berkata2 lagi. kali ni wan nampak pucat sangat.

Selepas tiga hari wan terlantar, wan menghembuskan nafas terakhir di pagi raya Aidiladha. kini, wan pergi meninggalkan kita semua. Alhamdulillah, aku berada disisi arwah wan ketika saat wan menghembuskan nafas terakhir. dalam hati ni, hanya Tuhan yang tahu. sebak, pilu, sayu, sedih. tak dapat lagi tengok wan lepas ni, tak dapat lagi makan sama2 dengan wan. tapi aku harus redha dengan pemergian wan. sebab ini perjanjian antara kita dengan Allah. biarlah wan pergi dengan tenang daripada wan menderita menanggung kesakitan. meratap meraung sekuat mana pun, Allah takkan kembalikan wan kepada kita balik.

Malam semalam, kitorang satu family terpaksa balik ke Ampang dengan berat hati sebab banyak tuntutan lain menanti. hari ni seharian aku menghadap laptop buat slide powerpoint untuk presentation kerja lapangan 24 November ni. sekarang ni pun kepala dah pening2 lalat. mengantuk + penat. 

Sekarang ni nak sambung wat slide lagi. tak tau selama mana lagi mampu bertahan untuk hari ini... huhu...

Al-fatihah buat arwah wan... :)