27 November 2011

Halal ke tak halal

Assalamualaikum... :)

Tengah hari ni nak kongsi sikit satu cerita comel. kisah pasal sorang budak kecik bernama Muiz (bukan nama sebenar) dengan nenek dan atok dia. budak kecik ni baru berumur 4 tahun ye. tapi menurut kawan aku yang cerita tu, mulut dia petah sangat bercakap. memang geram sangat rasa. 

Alkisah, satu hari Muiz ikut atok dan nenek dia pergi pasar. pastu dia minta atok dia belikan satu jenis air yang tak halal.

Muiz: atok, atok... muiz nak air tu atok.

Atok: tak boleh la Muiz. ce tengok kat botol air tu, tak da cop halal.

Jadi, Muiz pun just angguk kepala je tanda paham. so memang dia tak minta dah la air tu. lepas tu, nenek dia nak beli buah apple pulak.

Muiz: nenek, nenek... buah apple tu tak halal la nenek...

Nenek: kenapa pulak tak halal???

Muiz: sebab tak de cop halal pun kat buah tu...

Nenek & Atok: senyum sambil %$#@*&^!%^$ 

Hehe... bijak nye la hai budak kecik ni. then dalam kejadian yang lain pulak. Nenek si Muiz ni minum air buah mata kucing. lepas tu Muiz nak sikit air tu.

Muiz: nenek, nenek... Muiz nak sikit air tu. 

Nenek: amik la...

Muiz: air ni halal tak nenek??? boleh minum ke???

Nenek: halal sayang...

Muiz pun minum air tu, tak lama lepas tu...

Muiz: ni air ape nenek?

Nenek: air buah mata kucing... sedap tak???

Lepas tu Muiz gi campak air tu dengan buat muka blur dia.

Muiz: nenek, mana boleh makan mata kucing. buta la kucing tu nanti.

Nenek: %^$#@!*&^@#%$^

Bijak nye... aku suka budak mulut bijak cerdik macam ni. dan dia cepat belajar. tapi agak bahaya kalau nak kelentong budak cerdik macam ni. hehe... 

:)

Learn from your mistakes

Assalamualaikum... :)
Salam maal hijrah 1433H... :)

Yeah, Alhamdulillah, semalam jam 6.30 petang tamat la sudah sesi2 mendebarkan students marine bio sebab presentation kerja lapangan sudah menemui titik penamat. lepas ni kena fokus kat written report kerja lapangan pulak. yang mana menurut kata senior, buat written report lagi serabut dari buat oral presentation. memang la, kalau oral presentation yang just buat tajuk sendiri je. but written report, kita kena compile semua report... keje tu bukan amik masa dua tiga hari untuk disiapkan, tapi sebulan dua.

So, moral of the story, jangan tangguh kerja lagi. mula kan dari sekarang... pesan dr siti, "learn from your mistakes".. setiap keburukan yang kita nampak sepanjang presentation tu bukan untuk dikeji, dimarah atau disalahkan, tetapi adalah untuk diperbaiki. dan kebaikan yang kita nampak tu kita amik sebagai panduan dan rujukan untuk masa akan datang... an an an???

Malam semalam, macam biasa la kan, dah jadi adat marine biology nak lepaskan stress pakat ramai2 turun court main bola tampar. sampai nak dekat pukul 1 pagi baru balik... memang betol2 release tension la diorang. aku main sekejap je, lama da tak main jadi cam tak leh perform betol2 je. 

Hari ni cuti. masa untuk berehat disamping baca buku. hari selasa ada test. gud luck kawan!!! 


19 November 2011

Journal, journal...

Assalamualaikum... :)

Weh, ce gitau kat aku. celah mana lagi aku boleh cari journal ni??? journal pasal "percentage abundance of trawling catch based on number of individual"...

Letih dah mencari ni... cam nak give up pn ade. ish, tak leh give up... kalo give up, gagal la keje lapangan aku...

Journal........................ oh journal, mane kamu??? kenapa tak muncul2??? sila la muncul wahai journal...

Da macam tak betol da je otak aku ni... 

<(=,=')>

16 November 2011

Kerja berlambak, cuaca sejuk, mata mengantuk...

Assalamualaikum... :)

Saat ini, detik ini... (peh, cam nak bersajak la pulak...) aku pasti semua student marine bio second year masing2 sedang bertungkus lumus untuk siapkan slide presentation untuk subjek kerja lapangan minggu depan... tarikh presentation bermula 24hb, tapi esok Dr Siti, ibunda kesayangan BioM nak tengok slide yang da complete. konpem malam ni ramai yang tido lewat, atau pun mungkin ada yang tak tido langsung. esoknye masing2 pergi kelas dengan mata bengkak sebab tak cukup tido. 

Saat ini jugak, aku pun tengah bertungkus lumus siapkan slide aku. dan saat ini jugak la, suhu bilik aku ni macam nak bagi aku beku je. sejuk ya amat. siap pakai sweater dan dah berselubung dengan selimut pun tetap sejuk sampai ke tulang. kipas pun da pusing habis sampai nombor 1, sejuk jugak. sejuk2 macam ni, terasa macam katil memanggil2 je. ni kalo aku naik katil, sekali pejam mata, memang tak celik da sampai pagi esok... haha...


Selagi slide ni tak siap, duduklah aku kat kerusi mengadap lappy atas meja study ni. jangan berani nak angkat punggung lalu melangkah ke katil. itu alamatnye aku nak dapat penampar sulung Dr Siti esok akibat tak siapkan slide. huhu... mesti ada yang cakap kat aku macam ni kan,

"kerja banyak pun sempat lagi minah ni update belog"

opkos laaa... ini antara cara untuk aku hilangkan mengantuk dan cara mengabaikan katil yang sedang memanggil2 nama aku kat sebelah ni... takkan nak main angry bird kot.

Cukup la sampai sini dulu aku merepek. takut nanti merepek panjang2, kerja tak jalan pulak. kena siapkan diri untuk menadah telinga mendengar 'dendangan' kasih sayang dari Dr Siti esok. papai... :)

P/s: nama subjek kerja lapangan, tapi tak pernah rasa lapang pun... sempit je... =.='

12 November 2011

Tak puas cuti...

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Esok da mula kuliah balik lepas cuti seminggu... emm, rasa malas melanda. mood masih nak cuti. seriously, aku tak pernah rasa puas cuti. tamak kan aku? mana nak puas, kalau cuti pun kena mengadap assigment yang bertimbun. 

Homesick sikit sebab tak puas cuti, tak puas lagi makan masakan mak kat umah, tak puas lagi gomoi2 syafiq omei, semua nya tak puas. memang dasar manusia tamak tak pernah puas. 

Wahai Linda... sedarlah kamu dari lamunan. kini kamu sudah berada di UMT. bukan dirumah lagi. tinggalkan rumah untuk sementara. live your real life in UMT!!! tolong la hadapi dugaan hidup sebagai pelajar dengan ikhlas. insyaAllah segala usaha, penat lelah kamu akan membuahkan hasil. InsyaAllah, aminnnnnn...

9 November 2011

Al-Fatihah buat arwah wan...

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Da lama tak hapdet belog... sekarang ni aku kat umah. cuti mid-sem. da seminggu aku kat umah. tapi memang tak de masa nak jenguk blog langsung. cuti ke tak cuti, sama je busy. lecturer macam ada tak puas ati ngan student je. cuti pun bagi homework banyak2 tahap gaban. 

Ekceli, aku sampai Ampang jam 1 pagi Jumaat minggu lepas. malam tu pulak bertolak balik kampung kat pahang. masa tu wan aku (nenek) da sakit tenat, sakit tua. sampai2 je, aku tak terkata apa tengok keadaan wan aku. kurus sangat, terlantar, tak boleh bercakap lagi, dengan tiub saluran susu ikut hidung wan aku, rasa sayu sangat hati aku. wan tak macam masa kali terakhir aku tengok sebelum masuk sem ari tu. walaupun wan da lama sakit, tapi sebelum ni wan masih mampu berjalan, masih mampu makan dan berkata2 lagi. kali ni wan nampak pucat sangat.

Selepas tiga hari wan terlantar, wan menghembuskan nafas terakhir di pagi raya Aidiladha. kini, wan pergi meninggalkan kita semua. Alhamdulillah, aku berada disisi arwah wan ketika saat wan menghembuskan nafas terakhir. dalam hati ni, hanya Tuhan yang tahu. sebak, pilu, sayu, sedih. tak dapat lagi tengok wan lepas ni, tak dapat lagi makan sama2 dengan wan. tapi aku harus redha dengan pemergian wan. sebab ini perjanjian antara kita dengan Allah. biarlah wan pergi dengan tenang daripada wan menderita menanggung kesakitan. meratap meraung sekuat mana pun, Allah takkan kembalikan wan kepada kita balik.

Malam semalam, kitorang satu family terpaksa balik ke Ampang dengan berat hati sebab banyak tuntutan lain menanti. hari ni seharian aku menghadap laptop buat slide powerpoint untuk presentation kerja lapangan 24 November ni. sekarang ni pun kepala dah pening2 lalat. mengantuk + penat. 

Sekarang ni nak sambung wat slide lagi. tak tau selama mana lagi mampu bertahan untuk hari ini... huhu...

Al-fatihah buat arwah wan... :)