17 October 2011

Virus

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

SELSEMA...

Apa yang anda faham tentang selsema???

Adik2, selsema adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus2 chenta... eh, bukan virus2 cinta ye adik2... virus2 yang mempunyai rasa hasad dengki dengan kecantikan hidungku ini... 

Err, ko hengat ko senyum cam tu ko comel????

Lalu menyebabkan hidungku ini bertungkus lumus dalam menghasilkan cecair yang disebut mukus atau dalam bahasa saintifiknya hingus. i hate this mucus. serta menyebabkan aku memejamkan mata, mengerutkan kening dan dahi, membuka mulu secara perlahan2 lantas berkata "aaaaaaacem". itu bukan nama manja bagi Encik Hasyim ye, tapi itu adalah nama glamer bagi bersin atau selesema. 

Mengganggu kau tau tak. tak selesa hidup aku macam ni.

Nak makan kena 'seh. eeeuuuwwww... nak baca buku kena 'seh. nak type entry ni kena 'seh. nak tengok microscope (ye, saya seorang saintis phytoplankton buat masa ini) pun dok nak 'seh jugak... haish, tak selesanya... kalo tak 'seh, mau meleleh mencecah lantai. eeeuuuuwwwwwww lagi. kau sanggup nak lap???? aku tak sanggup... haha...

So, untuk menghentikan 'seh2 tu, kena la makan satu objek kecil, berbentuk bulat warna kuning atau berbentuk bujur warna putih. rasa dia sangat 'ntah pape je' yang memang tak sedap. dan sudah pasti objek itu menyebabkan aku mahu tidor sepantas kilat dan selaju kudakularigagahberani. err, ye ke??? untuk menelan sebiji objek itu, haruslah habiskan sekurang2nya segelas air suam untuk pastikan rasa2 yang 'ntah pape je' tu takkan  meninggalkan rasanya kat tekak aku... sangat tak suka...

Kalau objek yang dipanggil ubat tu sesedap cekelat2 comel ni, lapanbelaspointlapan peket pun aku mampu habiskan... kau mampu???

Lepas tu... apa ye??? tido la. esok tak de kelas... ape??? heaven nya kalo tak de kelas kan. tapi ada lab. kul 9-1 dan 2-5. bukan ke aku ni saintis??? so, saintis kena la dok lab kan??? hahahah...

Da la, rasa macam wayar2 dalam otak aku ni nak putus je. stress laaa... da la banyak benda mau urus, antibody pulak lemah sekarang ni. wahai hencik2 kuman yang kacak (tak langsung) lagi budiman, sila lah berambus segera dari badan aku ni supaya aku boleh buat keja aku dengan tenang, aman, damai, bahagia, makmur lagi sejahtera. tak suka la sakit2 ni... tak suka, tak suka, tak suka... (sambil geleng kepala laju2, hentak kaki cam budak gedik... weks... :p)

Da la. ada jugak yang nak bagi penampar free sedas kat aku ni kang. buat entry merepek, itulah kepakaran aku. maafkan aku ye kawan2... sekarang aku nak tido dengan harapan bangun pagi esok tak selsema lagi. selamat malam... :)

Thanks for reading... :)

3 comments:

The ModERnMoZaRT said...

cube tengok sini dan compare
http://incikjagung.blogspot.com/2011/10/serupa-ke-kitorang.html

mane tawu nanti selsema tu ilang hee

syakey said...

selsema satu penyakit yang akan menyebabkan 95pratus mendapat penyakit yg lain. selsema slalunya dapat ubat antibiotik sebabnya imune badan dh kurang. ehh,buat fakta sniri pulak. HAHA

farah hanim said...

akqq
lame xsinggh
ala sian akq nie
selsema ke??heheee