30 October 2011

Forgive and forget #2

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Lepas terbaca entry INI, aku teringat yang aku ada merajuk dengan kawan baik aku. seminggu lebih aku tak cakap dengan dia. aku avoid dari dia. ntah pape je aku ni nak merajuk. ngade sangat kan... macam budak2. and now dah ok seperti sediakala. huhu... 

Then, pas baca entry tu tadi aku terfikir, macam mana kalau sesuatu yang tak baik terjadi kat dia sedangkan aku tak sempat nak bermaafan dia??? hmm, mesti aku sedih gile kan. dah la dia kawan baik aku. lagi2 pulak aku merajuk ngan dia atas sebab musabab yang 'ntah pape' and tak siasat dulu cerita sebenar. tup2 terus merajuk tak minta penjelasan. mau kawan tu terpinga2. haha... padan muka...!!!

Jadi, sebagai pengajaran, kalau berlaku sebarang pertelingkahan atau bercanggah pendapat atau tersalah faham, cepat2 la bermaafan. sebab kita tak tahu apa akan jadi esok lusa. kalau dia tinggalkan kita buat selamanya time tu, menyesal pun dah tak de guna. menangis air mata darah pun tak guna jugak. buang ego jauh2, segera memaafkan dan lupakan semua kekeruhan tu. jernihkan kembali keadaan dan jalinkan persahabatan seperti sedia kala. kan indah kalau gitu kan... 


Tu baru kawan. kalau dengan boyfriend ke, gelpren ke, ngan adik2 ke, jiran2 ke atau makcik jual goreng pisang ke, just forgive and forget. setiap manusia melakukan kesilapan. tiada yang sempurna, kita manusia bukan malaikat. kita sendiri pun tak dapat jadi sesempurna yang kita harapkan dari mereka. 

P/s: kepada kawan aku tu, aku minta maaf bebanyak ek... hehe. aku janji pasni tak majok lama2 dah k. hehe... kalau aku majok, cepat2 bagi sekut kat aku ye... (ntah dia baca ke idak blog aku ni...)

8 comments:

cik ery said...

ok2...sy maapkan.haha

kura said...

ni entry hari raya ke ni. maaf maafan gittew. heheh

haslinda said...

cik ery: haha... amboi2... :)

Kura: raya deepa plus raya aji. hehe...

Satu Langkah said...

:)

haslinda said...

sipot: :)

haslinda said...
This comment has been removed by the author.
.fariizza. said...

gur gegirl :)

| cik azeya | said...

ade sorang kawan baik jugak , tak boleh merajuk dengan dia lama lama . nanti rasa sunyi. huhu