26 October 2011

Aku dan tulang ikan

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Alhamdulillah, sekarang ni aku dah dapat dok asrama. tu pun lepas dua tiga kali pi 'melawat' pejabat asrama. 

Alhamdulillah jugak, lab kerja lapangan aku dah habis. sekarang ni kena mula fokus untuk buat power point untuk pesentation kerja lapangan 24 November nanti. lebih kurang sebulan lagi. 

Sekarang ni baru aku rasa ada sedikit masa untuk aku rehat sikit. walaupun hari ni cuti Deepavali, aku tak cuti pun. seharian aku main2 ngan tulang ikan. aku kena buat assignment and lab report subjek iktiofisiologi yang mana aku kena buang semua isi ikan dan dapatkan tulang dia saja. tulang tu pulak tak boleh hilang langsung... 







Ini lah hasil kerja tangan aku yang asalnya licin kemudian akhirnya kasar lepas terkena gam tiga saat yang digunakan untuk melekatkan tulang2 ikan yang telah terlerai sebelum tu. kesian tangan aku. tak pe laaa, yang penting kerja aku dah selesai. lega sangat rasa. kerja ni sepatutnya boleh siap dalam masa satu atau dua hari ja. tapi disebabkan masa yang ada tak banyak, asik sibuk dengan lab kerja lapangan, masa untuk siapkan benda alah ni tertangguh sampai dua minggu. nasib baik lecturer paham bagi submit lewat sikit. huhu...

Mesti ada yang tanya macam ni kan??? "watpe la susah2 nak amik tulang ikan tu??? bukan nya kita boleh makan pun tulang ikan tu..." sapa kata tak boleh makan? aku makan... sama tak macam kucing siam?? hehe...

Sebenarnya kan, setiap satu ciptaan Allah tu ada tujuan dan sebab dia diciptakan. Allah tak kan cipta satu2 benda tu saja2 atau untuk suka2 nak dibuang ja. sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, kita kena la kaji setiap apa yang ada tu. so, macam tu jugak aku dan tulang ikan tu. aku belajar dan mengkaji setiap butir tulang ikan tu. kena tau nama dan fungsi setiap satu. akceli, ramai lagi hamba2 Allah yang lagi hebat, bukan setakat mengkaji tulang ikan ja, tulang manusia dan tulang dinosaur pun dah dikaji. setakat ni, bidang aku ikan je la. tak sempat lagi nak pegang tulang dinosaur. hehe >.<

Sekarang masa untuk sambung siapkan lab report subjek coral. huh, belaja coral pun kena kira2. ingatkan belajar math je kena kira2.... hehe... mata aku da macam %$^%!@#(*&%)#@ da sekarang ni. petang main tulang ikan, malam mengira pulak. :)

Thanks for reading...

13 comments:

farah hanim said...

tulg ikan cam tulg dinasour je
hehee

haslinda said...

farah hanim: haha... jauh panggang dr api laaaa... hehe :)

Liza Adi said...

ikan apa yg jadi mangsa hang...

haslinda said...

Liza Adi: ikan jebong... hang ada??? hahaha... :)

myra yusreena said...

wahhh siap dah!

kancil biru said...

gigi dia hang cabut ka??aci ke letak tulg cmtu??bukan kena letak tmpat dia ke?xbsmbung pun..

haslinda said...

kancil biru: nak sambung balik susah la wei... tu yg aku letak ja macam tu. tp make sure hg label la... gigi dia ada kt jaw dia. tercabut jugak, aku gam balik...

haslinda said...

myra: huhu... siap awal2. pastu x yah pikir dah... :)

syafiqahatta said...

huhuk. comel dah ikan die. ikan ktorg x siap lg. hehe

haslinda said...

piqa: cepat la siapkan. lepas tu rasa ringan kepala otak. hehe.. satu kerja da setel. :)

kancil biru said...

ooo..t tgk yg kami punye yea..hehe

haslinda said...

kancil biru: ok. haruslah tunjuk kt aku. cane nk tgk kalo ko x tnjuk...

| cik azeya | said...

peh . cantik ah tulang ikan tu. besar gile tulang dia . haha