30 October 2011

Forgive and forget #2

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Lepas terbaca entry INI, aku teringat yang aku ada merajuk dengan kawan baik aku. seminggu lebih aku tak cakap dengan dia. aku avoid dari dia. ntah pape je aku ni nak merajuk. ngade sangat kan... macam budak2. and now dah ok seperti sediakala. huhu... 

Then, pas baca entry tu tadi aku terfikir, macam mana kalau sesuatu yang tak baik terjadi kat dia sedangkan aku tak sempat nak bermaafan dia??? hmm, mesti aku sedih gile kan. dah la dia kawan baik aku. lagi2 pulak aku merajuk ngan dia atas sebab musabab yang 'ntah pape' and tak siasat dulu cerita sebenar. tup2 terus merajuk tak minta penjelasan. mau kawan tu terpinga2. haha... padan muka...!!!

Jadi, sebagai pengajaran, kalau berlaku sebarang pertelingkahan atau bercanggah pendapat atau tersalah faham, cepat2 la bermaafan. sebab kita tak tahu apa akan jadi esok lusa. kalau dia tinggalkan kita buat selamanya time tu, menyesal pun dah tak de guna. menangis air mata darah pun tak guna jugak. buang ego jauh2, segera memaafkan dan lupakan semua kekeruhan tu. jernihkan kembali keadaan dan jalinkan persahabatan seperti sedia kala. kan indah kalau gitu kan... 


Tu baru kawan. kalau dengan boyfriend ke, gelpren ke, ngan adik2 ke, jiran2 ke atau makcik jual goreng pisang ke, just forgive and forget. setiap manusia melakukan kesilapan. tiada yang sempurna, kita manusia bukan malaikat. kita sendiri pun tak dapat jadi sesempurna yang kita harapkan dari mereka. 

P/s: kepada kawan aku tu, aku minta maaf bebanyak ek... hehe. aku janji pasni tak majok lama2 dah k. hehe... kalau aku majok, cepat2 bagi sekut kat aku ye... (ntah dia baca ke idak blog aku ni...)

26 October 2011

Aku dan tulang ikan

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Alhamdulillah, sekarang ni aku dah dapat dok asrama. tu pun lepas dua tiga kali pi 'melawat' pejabat asrama. 

Alhamdulillah jugak, lab kerja lapangan aku dah habis. sekarang ni kena mula fokus untuk buat power point untuk pesentation kerja lapangan 24 November nanti. lebih kurang sebulan lagi. 

Sekarang ni baru aku rasa ada sedikit masa untuk aku rehat sikit. walaupun hari ni cuti Deepavali, aku tak cuti pun. seharian aku main2 ngan tulang ikan. aku kena buat assignment and lab report subjek iktiofisiologi yang mana aku kena buang semua isi ikan dan dapatkan tulang dia saja. tulang tu pulak tak boleh hilang langsung... 







Ini lah hasil kerja tangan aku yang asalnya licin kemudian akhirnya kasar lepas terkena gam tiga saat yang digunakan untuk melekatkan tulang2 ikan yang telah terlerai sebelum tu. kesian tangan aku. tak pe laaa, yang penting kerja aku dah selesai. lega sangat rasa. kerja ni sepatutnya boleh siap dalam masa satu atau dua hari ja. tapi disebabkan masa yang ada tak banyak, asik sibuk dengan lab kerja lapangan, masa untuk siapkan benda alah ni tertangguh sampai dua minggu. nasib baik lecturer paham bagi submit lewat sikit. huhu...

Mesti ada yang tanya macam ni kan??? "watpe la susah2 nak amik tulang ikan tu??? bukan nya kita boleh makan pun tulang ikan tu..." sapa kata tak boleh makan? aku makan... sama tak macam kucing siam?? hehe...

Sebenarnya kan, setiap satu ciptaan Allah tu ada tujuan dan sebab dia diciptakan. Allah tak kan cipta satu2 benda tu saja2 atau untuk suka2 nak dibuang ja. sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran, kita kena la kaji setiap apa yang ada tu. so, macam tu jugak aku dan tulang ikan tu. aku belajar dan mengkaji setiap butir tulang ikan tu. kena tau nama dan fungsi setiap satu. akceli, ramai lagi hamba2 Allah yang lagi hebat, bukan setakat mengkaji tulang ikan ja, tulang manusia dan tulang dinosaur pun dah dikaji. setakat ni, bidang aku ikan je la. tak sempat lagi nak pegang tulang dinosaur. hehe >.<

Sekarang masa untuk sambung siapkan lab report subjek coral. huh, belaja coral pun kena kira2. ingatkan belajar math je kena kira2.... hehe... mata aku da macam %$^%!@#(*&%)#@ da sekarang ni. petang main tulang ikan, malam mengira pulak. :)

Thanks for reading...

21 October 2011

Weekend pun ada lab

Assalamualaikum...
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Kat Terengganu ni, hari Jumaat dan Sabtu adalah weekend. tapi betapa 'indahnya' bila weekend pun family BioM turun berkampung di lab. jangan kau berangan nak bangun tido lambat time weekend nak berjimba jimbu ke hape selagi kerja lapangan ni belum menemui titik noktahnya. huhu... semua tengah bersunggug2 nak siapkan identify phytoplankton dan zooplankton... huh...


Ni la ruang kerja seorang saintis bernama cik linda comel. hahaha...

Selagi belum sampai tarikh 24 November 2011, tak da istilah merdeka dalam hidup aku. huhu... <(=.=')>

17 October 2011

Virus

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

SELSEMA...

Apa yang anda faham tentang selsema???

Adik2, selsema adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus2 chenta... eh, bukan virus2 cinta ye adik2... virus2 yang mempunyai rasa hasad dengki dengan kecantikan hidungku ini... 

Err, ko hengat ko senyum cam tu ko comel????

Lalu menyebabkan hidungku ini bertungkus lumus dalam menghasilkan cecair yang disebut mukus atau dalam bahasa saintifiknya hingus. i hate this mucus. serta menyebabkan aku memejamkan mata, mengerutkan kening dan dahi, membuka mulu secara perlahan2 lantas berkata "aaaaaaacem". itu bukan nama manja bagi Encik Hasyim ye, tapi itu adalah nama glamer bagi bersin atau selesema. 

Mengganggu kau tau tak. tak selesa hidup aku macam ni.

Nak makan kena 'seh. eeeuuuwwww... nak baca buku kena 'seh. nak type entry ni kena 'seh. nak tengok microscope (ye, saya seorang saintis phytoplankton buat masa ini) pun dok nak 'seh jugak... haish, tak selesanya... kalo tak 'seh, mau meleleh mencecah lantai. eeeuuuuwwwwwww lagi. kau sanggup nak lap???? aku tak sanggup... haha...

So, untuk menghentikan 'seh2 tu, kena la makan satu objek kecil, berbentuk bulat warna kuning atau berbentuk bujur warna putih. rasa dia sangat 'ntah pape je' yang memang tak sedap. dan sudah pasti objek itu menyebabkan aku mahu tidor sepantas kilat dan selaju kudakularigagahberani. err, ye ke??? untuk menelan sebiji objek itu, haruslah habiskan sekurang2nya segelas air suam untuk pastikan rasa2 yang 'ntah pape je' tu takkan  meninggalkan rasanya kat tekak aku... sangat tak suka...

Kalau objek yang dipanggil ubat tu sesedap cekelat2 comel ni, lapanbelaspointlapan peket pun aku mampu habiskan... kau mampu???

Lepas tu... apa ye??? tido la. esok tak de kelas... ape??? heaven nya kalo tak de kelas kan. tapi ada lab. kul 9-1 dan 2-5. bukan ke aku ni saintis??? so, saintis kena la dok lab kan??? hahahah...

Da la, rasa macam wayar2 dalam otak aku ni nak putus je. stress laaa... da la banyak benda mau urus, antibody pulak lemah sekarang ni. wahai hencik2 kuman yang kacak (tak langsung) lagi budiman, sila lah berambus segera dari badan aku ni supaya aku boleh buat keja aku dengan tenang, aman, damai, bahagia, makmur lagi sejahtera. tak suka la sakit2 ni... tak suka, tak suka, tak suka... (sambil geleng kepala laju2, hentak kaki cam budak gedik... weks... :p)

Da la. ada jugak yang nak bagi penampar free sedas kat aku ni kang. buat entry merepek, itulah kepakaran aku. maafkan aku ye kawan2... sekarang aku nak tido dengan harapan bangun pagi esok tak selsema lagi. selamat malam... :)

Thanks for reading... :)

8 October 2011

Photography dan DSLR... siapa boleh tolong saya???

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)


Entry kali ni lebih kepada nak minta tolong. dari sesapa yang saja yang mempunyai kepakaran dalam bidang photography dan gadget. aku tau ramai blogger yang arif dalam bidang photography ni. so, sudi2 kan la berkongsi ilmu dengan saya ye... hehe >.<

  1. Ada sesiapa tahu Digital SLR apa yang sesuai untuk beginner photographer??? dari segi specification, brand/model dan harga. 
  2. Lens apa yang bagus untuk effect macro. harga???
  3. bajet dalam RM 2500 (DSLR + lens tambahan)

Please. tolong aku... aku memang zero dalam gadget DSLR ni. tapi minat sangat photography art dan nak belajar.

Kepada sesiapa yang berhati mulia nak share info atau apa2 cadangan, sila kan ye. budi baik kalian sangat aku hargai. semoga Allah beri ganjaran berganda2 dari ilmu yang kalian kongsikan. terima kasih. :)

Thanks for reading and sharing... :)