19 September 2011

Ya Allah, gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian


Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Semalam aku ada buat entry pasal tak dapat nak lelapkan mata kan kat SINI kan? hari ni aku nak buat cerita sebaliknya pulak. 

Kalau semalam aku susah sangat nak tido, tapi hari ni mata aku berat sangat. dah tu pulak, time mata berat ni jugak la aku nak kena buat datasheet kerja lapangan, time ni jugak la nak ingat buat lab report yang kena submit lusa, dan time ni jugak la dok runsing pasal pamplet dan kad undangan untuk program orentasi course BioM Jumaat ni. kenapa semuanya mesti time2 aku mengantuk macam ni? 

Nak jerit boleh tak? rasa macam tertekan je sekarang ni. cool linda... cool. bukan aku sorang je yang macam ni. orang lain pun sama jugak. tarik nafas dalam2, dan lepaskan... fffuuuuuuuuuhhhhhhhhhhh........!!!!!!

"Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dengan kegembiraan
dan di tempat ketakutan dengan keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dengan air keimanan..
Ya Allah.. buatlah mata yang tidak mahu lelap
merasa mengantuk yang memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yang goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dengan kejayan yang sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yang keliru kepada jalan MU yang lurus..
dan palingkanlah orang2 yang menyimpang dari jalan MU
kepada hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yang resah dengan falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-MU
dalam keadaan terhina...

Ya Allah, lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku...

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kepada-MU
dari rasa takut, kami bersandar dan berserah hanya kepada -MU,
Daku tidak meminta tolong melainkn kepada-Mu

Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…

Amin YA ALLAH"

Sumber SINI

Sebagai hamba yang lemah, aku perlu sedar apa pun yang berlaku dalam setiap detik yang kita lalui, kita perlu merujuk kepada DIA yang mencipta kita serta sekalian alam yang sudah pasti pengetahui akan hikmah yang tersembunyi disebalik dugaan dan rintangan yang hadir dalam hidup kita. hanya kepada-NYA tempat aku berlindung, mengadu dan bermohon. sesungguhnya ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MEMAKBULKAN DOA.

P/s: hati sayu merindui seseorang... :(

4 comments:

kura said...

mcm tekanan je. heheh.

sabar :0

nadzli azlan said...

sabar ye Cik Haslinda ! Namo sedey2 :)

haslinda said...

kura: tekanan sikit je. but still boleh handle lg. :)

haslinda said...

nadzli azlan: hehe... thanks :)