24 September 2011

Seharian bersama lappy

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Hari ni seharian aku bersama lappy tersayang. dari tengahari tadi kusyuk buat lab report. tapi baru sekarang sempat curi sedikit masa nak update entry baru. hidup aku sekarang ni bergelumang dengan lab dan lab report. class dari ahad sampai khamis adalah bermula seawal jam lapan pagi dan tamat seawal jam enam petang (seawal ye, bukan selewat). balik bilik je, konpem dah penat. mata dah kuyu. mental dan fizikal sangat lemah. 

Lepas tu, kalau dah setiap hari ada lab, sudah pasti la lab report nye pun berlambak kan. ekceli tak de la banyak sangat. tapi disebabkan aku ni spesies homo sapien yang memang suka menangguh kerja, ni la akibat nye. bukan sengaja nak tangguh kerja. aku memang tak larat nak siapkan semuanya lepas habis class. balik bilik je, memang keje nak rest otak je. semua simpan ujung minggu. so, kesimpulannye, masa rehat ujung minggu pun kena luangkan untuk manjakan diri dengan report2 terchenta...

Ohhh... saba je la Linda. 

"kalo nak rehat, tak yah belajar la. kawen, dok je umah jaga laki..." 

hey, no no no... ni bukan masanya untuk aku mengeluh nak rehat ke, nak kawen ke ape. sekarang bukan masanya nak merungut penat belaja ke ape... sekarang ni masa untuk aku belajar, kumpul ilmu semaksimum yang boleh. bia la penat ke, susah ke, hape ke. bak kata orang tua2, bersusah-susah dahulu. bersenang-senang kemudian. baiklah, aku berpegang pada pepatah itu.

Hanya kawan2 aku je kakuatan aku untuk teruskan perjuangan kat sini. semoga Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi semua ni. aku yakin, penat lelah aku akan membuahkan hasil berkatusaha gigih sendiri... insyaAllah... dan aku berpegang pada kata2 ain farhana, senyum dan selalu think positive untuk kurangkan stress... tak perlu banyak merungut atau mengeluh.

P/s: berat aku da susut 2 kg sepanjang 2 minggu kat sini :(

8 comments:

kura said...

2kg? TAHNIAH! wuh.

miss inna said...

inna pun byk jg lab utk sem nie..rasanya tiap ari kot masuk lab..xpe linda,fighting!

cik ery said...

kata2 izzati zahari xd ek?kekeke

syafiqahatta said...

kate2 syafiqa hatta pon xde ea? hihi >,<

linda! senyum. xperlu kate ape2~

haslinda said...

kura: hehe... perlukah berbangga dgn penurunan berat tu??? hehe... :)

haslinda said...

miss inna: yup... kita kena kuat... kan3x???

haslinda said...

cik ery: setakat ni x da lagi kata2 azimat dari izzati zahari. nnt kalo ada, aku masuk kan dlm kamus aku k. hehe :)

haslinda said...

piqa: hooyeahh... da dpt da kata2 syafiqah: senyum, x perlu kata apa2 >.<