8 September 2011

Duit PTPTN nak buat apa weh???

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Sudah gaharu cendana pula, dah tau bertanya pula. dan kenapanya pulak aku nak berperibahasa ni???

Aku rasa semua peminjam PTPTN da tau bila duit akan dimasukkan ke dalam akaun kan? ni bagi student yang akan masuk sem dua tiga hari lagi ni la. yang student baru tu aku tak tau la pulak bila masuk duit korang. hehe...

Apa yang korang dah plan dengan duit yang bakal masuk tu? aik, duit tak masuk lagi pun da plan bagai? ape plan nye tu? kalau plan kearah kebaikan tak pe la. tapi yang tak baik nye ada yang plan nak shopping la, nak beli henpon baru la, nak beli camera baru la, nak beli itu la, ini la... kalau perhatikan ATM dekat campus tu, first day ptptn masuk, jangan harap la nak pergi dekat kat ATM tu. beratur panjang macam nak berebut duit sejuta je. 

Wahai rakan2 sekalian, aku juga salah seorang pelajar yang menerima biasiswa. dan aku juga paham apa perasaan rakan2 semua bila duit ptptn masuk dalam akaun. semuanya senyum sampai ke telinga 24 jam.


Aku juga perhatikan bila minggu pertama ptptn masuk, shopping mall penuh dengan student je. pastu tauke2 kedai henpon, kamera pun senyum lebar. kaya sekejap sebab student U bagi makan kat diorang. paham tak ape maksudnya??? bila da hujung sem, semua kalut nak ikat perut. sebab ape??? duit loan da habis digunakan. yang student pompuan baru la kalut nak ganti puasa dan dalam masa yang sama nak jimat duit yang kian surut. yang lelaki berhutang sana sini.

Korang dah tau kan duit pinjaman/biasiswa yang kita dapat tu sepatutnya dibelanjakan dengan cermat. untuk bayar yuran pengajian, untuk beli buku, untuk print/photostat nota2 kuliah, dan untuk belanja makan seharian kita. kemudian selebihnya (bila dah masuk cuti sem) tu baru korang boleh buat sesuka hati korang. 

Bagi aku sendiri, bila duit biasiswa yang aku dapat tu, aku akan gunakan sebaiknya. aku akan pastikan bila masuk semester break, duit dalam akaun berbaki untuk belanja masa cuti. masa tu baru la fikir nak beli apa. kalau tak da apa2 yang nak dibeli, simpan ja la. boleh jugak menampung perbelanjaan untuk semester akan datang. kan??? 

Lagi satu kenapa kita kena pandai guna duit pinjaman/biasiswa ni sebab nak ringankan beban keluarga. kalau boleh bila dah dapat pinjaman tu, tak perlu la minta duit kat mak ayah lagi...

Ada jugak yang pernah cakap kat aku macam ni "ko dapat biasiswa banyak, boleh la cakap macam tu... ko ingat ptptn ni cukup ke makan sampai satu sem...???"

Hey kawan, aku pun pernah jugak dapat ptptn. rm2500 je satu sem masa diploma dulu. tolak yuran, berapa je yang tinggal? boleh je aku survive. tak da bezanya biasiswa dengan pinjaman. yang penting kita tau berjimat and tau macam mana nak handle duit yang kita dapat tu. kalau pandai urus kewangan, insyaAllah tak susah dikemudian hari.

Skill financial management kena ada supaya tak susah dikemudian hari... :)

Pesanan buat kawan2, beringat2 la sikit dalam berbelanja tu ye... :)

Thanks for reading :)

17 comments:

fRaMe+LenSeS said...

betul tu. manage duit sebaiknya.. ;) tahniah kepada anda. :D

haslinda said...

frame+lenses: hehe... tenkiu... :)

Minah Blur said...

haha... bak akaun nk bg duit... =p

- betol3x.. hrap2 kte sme2 berjimat k

haslinda said...

Minah Blur: haha... betol ke nak bg duit???

zOeY zAu YaH said...

btl..supaya tak ssh kemudian hari..saya ska msuk blog nih..CUTE ! saya ska katun2 haha

haslinda said...

ZZY: blog ni biasa2 je... btw thanks.. :)

My Name is Mar said...

Btl tu!
Kemaen lagi masing2 beli henpon baru pas dapat duit..
Bukan stakat ptptn.. Yg dpt scholarship pon sama kot..

Umie Artoqiemie said...

ade gak orang guna duit PTPTN untuk kenyang perut ja. hahahaha..

haslinda said...

My Name is Mar: betul. x de bezanya scholarship atau loan. yg bezanya pandai ke tidak individu tu manage duit dia... :)

haslinda said...

Umie: kenyang perut tu tak pe. tak dikira membazir sbb sy byk hbskan duit utk mkn, mkn dan mkn. hehe :)

'mitchie' yusoff said...

untungla dapat scholar ... untungla dapat PT .. aq ???

haslinda said...

mitchie: alaaa... nnt ko pn dpt jugak. x mo la ckp cm tu... :)

AzatLazat said...

ehem2 pinjam sikit duit boleh
nak bayar down payment kereta
hahaha
:P

haslinda said...

azatlazat: haha... amboi, nak wat downpayment ye??? tunggu my bapak jadi tan sri dulu ye... hehe :)

kura said...

duit pt simpan. untuk bayar balik hutang masa depan. eh sama je. hahah

haslinda said...

kura: ha??? baik x pyh pinjam langsung kalau mcm tu.

アヌム ちゃん said...

kena pandai2 berbelanja..beli yang penting je..kalau boleh menyimpan dgn duit ptptn tu lagi bagus :)