16 September 2011

Tak tau nak letak tajuk ape

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Huh... awal aku bangun hari ni. tak macam orang penat pun. kalau tak, bertuah la aku bangun awal. pagi2 lagi dah ada class mate aku kol nak tanya pasal relationship antara zooxanthelae dengan coral. aiyo dik, baru first week. tak yah la study detail lagi. lecturer pun baru sentuh surface, ko da nak pergi detail. saba la. tunggu la. nanti sampai masa dia kita akan masuk topic tu jugak dan semua orang akan tau.

Lepas tu memang tak tido dah. golek kiri, nampak katil sebelah. golek kanan nampak dinding. last2 lappy kesayangan ni jugak yang aku capai. semalam seharian aku tak online blog. kelas dari pagi sampai petang. memang pack dan sangat2 memenatkan. ni baru first week. 

Nasib baik kelas sebelah malam batal. dan digantikan dengan aktiviti kechentaan budak2 bioM iaitu menampar bola. hehe... kitorang pakat ramai2 turun court main bola tampar. malam semalam memang sangat meriah sebab ramai yang turun court. yang sek2 dok umah sewa pun turun court. bagus2... masa main bola tampar, automatic rasa penat tadi tu hilang. rasa hilang sekejap semua tensyen2 class petang tu. dan disebabkan dah lama tak main bola tampar, tangan aku sedikit lebam + bengkak. sakit jugak la masa main tu, rasa macam terseliuh je. lepas da letak minyak angin, alhamdulillah beransur lega. hehe...

Plan untuk hari ni nak kuar gi bandar jap. nak beli barang2 keperluan untuk diri sendiri. nak shopping memang kena limit. hanya barang2 KEPERLUAN sahaja yang bakal dibeli sebab scholarship JPA tak masuk lagi. huk huk... lepas tu nak uruskan pasal bilik yang aku sewa tu. lepas tu balik nak buat lab report yang kena submit next week. lepas tu bla bla bla... macam banyak benda je yang nak dibuat. huhu...

Ok la. lapar la pulak. nak makan kuih raya yang diimport dari rumah aku, Ampang. hanya tu je stok bekalan makanan yang ada buat masa ni, yang mampu mengenyang perut untuk sementara waktu. huhu... at least ada jugak dari tak da. yang somalia tu, apa ada??? bersyukur... :)

P/s: sori la entry ntah ape2... kalau tak suke baca, tekan X lelaju k. hehe...

Thanks for reading. :)

8 comments:

Dang Intan Duka said...

hihihi
pagi2 lagi dang dah bangun basuh kain..
hati2 kuar nanti



peace

kura said...

oi. untung la. JPA woo.

bak sikit? haha

haslinda said...

DID: wah... rajin nye basuh kain.. hehe... :)

haslinda said...

kura: nak ke??? bak no akaun. hehe... :)

Liza Adi said...

kalu nak tambah stok kuih tu bagitau la aku boleh pos...hehehe

haslinda said...

Liza adi: orait bos. hehe...

miss inna said...

lepas nie bolehlah belanja inna bila JPA da masuk kan..hehe!

haslinda said...

miss inna: haha... belanja coki2 boleh la. hehe :)