29 September 2011

Spontaneous Thursday #3

Assalamualaikum... :)

"Aku seorang manusia yang sangat penat saat ini. sangat penat dengan jadual harian yang terlalu padat sampai rasa macam tak da masa untuk berehat langsung. setiap detik yang ada perlu diluangkan untuk tugasan. untuk saat ini, aku perlukan seseorang yang sudi pinjamkan aku telinga untuk mendengar dan memahami rintihan hati aku ini"

27 September 2011

Happy Birthday ChentaKu... :)

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Hari ni, 27 September 2011, genaplah usia my syayangsss 22 tahun. hehe... selamat hari tua dear... hehe >.<

Dan ini merupakan kali ke-4 aku sambut bufday dia. ehem2, paham2 la ye. hehe...

Hey dear, 
saya doakan awak semoga panjang umur, dimurahkan rezeki oleh Allah SWT, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat awak, sentiasa cemerlang dalam pelajaran, berjaya dalam hidup, dan semoga hubungan kita berkekalan hingga akhir nyawa kita... (hehe, terjiwang pulak).

Hey dear, 
awak jangan ingat awak lahir dua belas hari lewat dari saya bermakna saya ni lebih tua dari awak tau. dalam jiwa saya ni, saya tetap muda dua belas tahun dari awak k. hehe... 

Hey dear,
saya minta maaf sebab semalam saya tertido awal dan terlambat wish ur birthday. saya tau awak marah sebab awak da bagi clue supaya saya jangan tido lagi, tapi saya blur tahap cipan sebab mengantuk ya amat hanya Allah yang tahu sampai boleh terlupa sekejap yang saya sepatutnya kena jadi first person yang wish ur birthday kan... saya minta maaf ye. 

Hey dear,
sorry la, seperti tahun2 sebelumnye, tahun ni juga tiada hadiah dari saya untuk awak. bukan saya kedekut tak nak beli hadiah kat awak. tapi wallet saya tengah sama2 ramping macam saya dan slim river memandangkan scholarship saya tak masuk2 lagi ni. nanti kalau scholarship da masuk, saya belanja awak makan ikan bakar dengan sotong celup tepung, awak dua pinggan, saya dua pinggan k. hehe... 

Hey dear,
time saya tengah type entry ni, saya sangat lah lapar. perut saya dah berbunyi2 ni. saya tengah tunggu makanan yang awak dah order dan tapaukan untuk saya. awak sangat baik, sebab tu la saya sayang awak sangat2... :) tolong suruh tukang masak kedai tu masakan makanan saya cepat2 sikit ye. hihi >.<

eh, yang mana satu awak eh??? hehe >,<

Ok laa awak. saya nak sambung buat assignment speech untuk public speaking esok. tengah pikir ape la saya nak merepek depan mdm. nina esok. huhu... doakan saya ye awak... :)

Selamat malam... :) sayang awak... 

26 September 2011

Terharu... sayang sama kamu... :)

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Entry kali ni adalah entry penghargaan buat mereka2 yang bermurah hati bagi hadiah pada besday aku yang lepas. hehe... bukan nak menunjuk-nunjuk k. tapi dissebabkan umur da 22, tapi dok dapat hadiah lagi. pasti la syiok lebih... hik hik hik (itu gelak sopan saya... hihi)

Tak banyak pun hadiah besday aku tahun ni. ada empat. dan tahun2 sebelumnye pun tak pernah dapat hadiah banyak2 pun. huhu... setakat se dua je la. ape pun aku bersyukur ada jugak yang ingat besday aku. dan paling penting, hadiah paling berharga ialah doa2 mereka. 

Sekarang sila sediakan mata anda untuk menonton sesi menayang hadiah besday aku... hehe... linda ni poyos kan???


Yang mug ada bentuk smiley tu ex-roomate aku masa first year dulu kasi. suke sangat mug tu. thanks imma... luv u lah... mmmuuuaaahhh3x... hehe...

Yang keychain kucing comel tu PIQA yang bagi. dia ni orang sarawak. dia sangat2 suke kan kucing. comel dan agak pemalu kalau dilihat dari luaran. dan piqa sangat baik... :) thanks piqa...

Beg comel tu diberi oleh my BFF... PUTRI namanya. nama manja aku kat dia put. hehe... beg tu comel sangat sampai aku rasa sayang nak pakai pi mana2, takut terkotor. maklum lah, aku ni comot sikit. tak begitu pandai menjaga barang. hihi >.< tenkiu put cayang... :)

Dan yang last sekali tu, henpon terbaru. hadiah dari my mom. eh, ya ke??? ekceli aku beli henpon tu separuh guna duit aku, separuh duit mak. so, anggap je mak bagi sebagai hadiah kan... hehe... 

Dan akan datang, aku nak beli benda ni pulak. da lama aku idam kan dia. nak tau ape??? aku pernah cerita keinginan aku nak benda tu dalam entry ni. anggap sebagai hadiah hari jadi dari abah pulak. insyaAllah cuti mid-semester ni aku akan pastikan benda tu akan ada dalam tangan aku. doakan aku ye...

Terima kasih diucapkan kepada kawan yang bagi hadiah and yang mendoakan aku ye... :)

P/s: tak sabar nak tunggu jam 12 malam ni. waiting for his 22 birthday... :)

24 September 2011

Seharian bersama lappy

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Hari ni seharian aku bersama lappy tersayang. dari tengahari tadi kusyuk buat lab report. tapi baru sekarang sempat curi sedikit masa nak update entry baru. hidup aku sekarang ni bergelumang dengan lab dan lab report. class dari ahad sampai khamis adalah bermula seawal jam lapan pagi dan tamat seawal jam enam petang (seawal ye, bukan selewat). balik bilik je, konpem dah penat. mata dah kuyu. mental dan fizikal sangat lemah. 

Lepas tu, kalau dah setiap hari ada lab, sudah pasti la lab report nye pun berlambak kan. ekceli tak de la banyak sangat. tapi disebabkan aku ni spesies homo sapien yang memang suka menangguh kerja, ni la akibat nye. bukan sengaja nak tangguh kerja. aku memang tak larat nak siapkan semuanya lepas habis class. balik bilik je, memang keje nak rest otak je. semua simpan ujung minggu. so, kesimpulannye, masa rehat ujung minggu pun kena luangkan untuk manjakan diri dengan report2 terchenta...

Ohhh... saba je la Linda. 

"kalo nak rehat, tak yah belajar la. kawen, dok je umah jaga laki..." 

hey, no no no... ni bukan masanya untuk aku mengeluh nak rehat ke, nak kawen ke ape. sekarang bukan masanya nak merungut penat belaja ke ape... sekarang ni masa untuk aku belajar, kumpul ilmu semaksimum yang boleh. bia la penat ke, susah ke, hape ke. bak kata orang tua2, bersusah-susah dahulu. bersenang-senang kemudian. baiklah, aku berpegang pada pepatah itu.

Hanya kawan2 aku je kakuatan aku untuk teruskan perjuangan kat sini. semoga Allah berikan aku kekuatan untuk hadapi semua ni. aku yakin, penat lelah aku akan membuahkan hasil berkatusaha gigih sendiri... insyaAllah... dan aku berpegang pada kata2 ain farhana, senyum dan selalu think positive untuk kurangkan stress... tak perlu banyak merungut atau mengeluh.

P/s: berat aku da susut 2 kg sepanjang 2 minggu kat sini :(

19 September 2011

Ya Allah, gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian


Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Semalam aku ada buat entry pasal tak dapat nak lelapkan mata kan kat SINI kan? hari ni aku nak buat cerita sebaliknya pulak. 

Kalau semalam aku susah sangat nak tido, tapi hari ni mata aku berat sangat. dah tu pulak, time mata berat ni jugak la aku nak kena buat datasheet kerja lapangan, time ni jugak la nak ingat buat lab report yang kena submit lusa, dan time ni jugak la dok runsing pasal pamplet dan kad undangan untuk program orentasi course BioM Jumaat ni. kenapa semuanya mesti time2 aku mengantuk macam ni? 

Nak jerit boleh tak? rasa macam tertekan je sekarang ni. cool linda... cool. bukan aku sorang je yang macam ni. orang lain pun sama jugak. tarik nafas dalam2, dan lepaskan... fffuuuuuuuuuhhhhhhhhhhh........!!!!!!

"Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dengan kegembiraan
dan di tempat ketakutan dengan keamanan

Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dengan air keimanan..
Ya Allah.. buatlah mata yang tidak mahu lelap
merasa mengantuk yang memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yang goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dengan kejayan yang sudah hampir

Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yang keliru kepada jalan MU yang lurus..
dan palingkanlah orang2 yang menyimpang dari jalan MU
kepada hidayah MU

Ya Allah… lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yang resah dengan falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan-MU
dalam keadaan terhina...

Ya Allah, lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku.. dan halaulah keresahan dari jiwaku...

Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kepada-MU
dari rasa takut, kami bersandar dan berserah hanya kepada -MU,
Daku tidak meminta tolong melainkn kepada-Mu

Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…

Amin YA ALLAH"

Sumber SINI

Sebagai hamba yang lemah, aku perlu sedar apa pun yang berlaku dalam setiap detik yang kita lalui, kita perlu merujuk kepada DIA yang mencipta kita serta sekalian alam yang sudah pasti pengetahui akan hikmah yang tersembunyi disebalik dugaan dan rintangan yang hadir dalam hidup kita. hanya kepada-NYA tempat aku berlindung, mengadu dan bermohon. sesungguhnya ALLAH MAHA MENDENGAR DAN MEMAKBULKAN DOA.

P/s: hati sayu merindui seseorang... :(

18 September 2011

Tak boleh nak lelap mata la weh...

Assalamualaikum...:)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Masa aku baru nak type entry ni, jam lappy menunjukkan 12:36 AM. malam ni tak macam malam selalunya. aku tak dapat nak lelapkan mata. puas aku golek badan ke kiri, ke kanan. tapi mata ni tetap tak boleh nak lelap. da kira kambing da pun. tak sampai 20, ulang balik 1. hehe... mungkin sebab berubah tempat tido kot. 


Hari ni aku da masuk bilik sewa. dah tak nak mengharap asrama lagi. kecewa sangat. huhu... bilik sewa ni ok2 je. jalan kaki 5 minit ke hostel. ok la bagi manusia2 yang tidak bertransport macam daku ini. hehe...

Kenapa ek malam ni aku tak boleh tido??? bosan??? tak la. penat??? tak jugak. nasib bek ada lappy yang sedia menemani aku 24/7 ni. ailebiudear. hehe...

Nak tulis entry best2 pun, otak aku pun tak dapat nak berfungsi dengan baik. no idea... blur ja. haish, apa nak jadi ni. nasib baik esok class jam 10. kalau kul 8, memang agak liat la aku nak bangun pagi. mata aku ni macam mata baby. jarang tido lambat. biasanya kalau time2 macam ni, aku da tak sedar mende2 dah. hehe...

P/s: mungkin terfikirkan keadaan wan aku yang tengah sakit kat kampung jugak kot. semoga semuanya ok kat sana. 

16 September 2011

Tak tau nak letak tajuk ape

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Huh... awal aku bangun hari ni. tak macam orang penat pun. kalau tak, bertuah la aku bangun awal. pagi2 lagi dah ada class mate aku kol nak tanya pasal relationship antara zooxanthelae dengan coral. aiyo dik, baru first week. tak yah la study detail lagi. lecturer pun baru sentuh surface, ko da nak pergi detail. saba la. tunggu la. nanti sampai masa dia kita akan masuk topic tu jugak dan semua orang akan tau.

Lepas tu memang tak tido dah. golek kiri, nampak katil sebelah. golek kanan nampak dinding. last2 lappy kesayangan ni jugak yang aku capai. semalam seharian aku tak online blog. kelas dari pagi sampai petang. memang pack dan sangat2 memenatkan. ni baru first week. 

Nasib baik kelas sebelah malam batal. dan digantikan dengan aktiviti kechentaan budak2 bioM iaitu menampar bola. hehe... kitorang pakat ramai2 turun court main bola tampar. malam semalam memang sangat meriah sebab ramai yang turun court. yang sek2 dok umah sewa pun turun court. bagus2... masa main bola tampar, automatic rasa penat tadi tu hilang. rasa hilang sekejap semua tensyen2 class petang tu. dan disebabkan dah lama tak main bola tampar, tangan aku sedikit lebam + bengkak. sakit jugak la masa main tu, rasa macam terseliuh je. lepas da letak minyak angin, alhamdulillah beransur lega. hehe...

Plan untuk hari ni nak kuar gi bandar jap. nak beli barang2 keperluan untuk diri sendiri. nak shopping memang kena limit. hanya barang2 KEPERLUAN sahaja yang bakal dibeli sebab scholarship JPA tak masuk lagi. huk huk... lepas tu nak uruskan pasal bilik yang aku sewa tu. lepas tu balik nak buat lab report yang kena submit next week. lepas tu bla bla bla... macam banyak benda je yang nak dibuat. huhu...

Ok la. lapar la pulak. nak makan kuih raya yang diimport dari rumah aku, Ampang. hanya tu je stok bekalan makanan yang ada buat masa ni, yang mampu mengenyang perut untuk sementara waktu. huhu... at least ada jugak dari tak da. yang somalia tu, apa ada??? bersyukur... :)

P/s: sori la entry ntah ape2... kalau tak suke baca, tekan X lelaju k. hehe...

Thanks for reading. :)

15 September 2011

Happy Birthday Linda!!!

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Siti Haslinda...
Allah selamat kan kamu...

Alhamdulillah. pada tarikh ini 22 tahun yang lepas, seorang ibu berusia 34 tahun sedang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak perempuan. tepat jam sembilan tujuh minit malam, lahirlah seorang baby chumel seberat tiga point dua empat kilogram untuk melihat dunia ini. dan kemudiannya baby chumel itu dinamakan dengan nama yang sungguh indah sekali, Siti Haslinda bt Kamarul Zaman. dan baby yang sangat chumel itu adalah aku. :)

Chumel kan??? kan3x... >.<

So, dikesempatan ni, adik (malu pulak nak bahasakan diri adik) nak ucapkan terima kasih kat mak yang pernah bertarung nyawa untuk melahirkan adik 22 tahun lepas. terima kasih untuk mak abah yang dah banyak berkorban duit, masa dan tenaga sepanjang membesarkan adik. 22 tahun bukan la satu jangka masa yang singkat. dah pasti terlalu banyak jasa dan pengorbanan mak abah dalam mendewasakan seorang anak perempuan sehingga apa adanya aku sekarang. 

Terima kasih jugak kat kakak2 dan abang aku yang biasa mendidik aku. thanks sebab bersabar mendidik seorang adik yang keras kepala ni. walaupun dulu korang banyak jugak buli aku kan, tapi tak pa la. aku sedar, memang ini lah nasib seorang anak bongsu :(

Tak lupa jugak buat kawan2 yang setia bersama disamping aku sepanjang perkenalan kita semua. dengan peningkatan umur ni, aku cuba untuk menjadi seorang yang lebih matang supaya lebih disenangi dan didampingi. ehem2... matang lah sangat aku ni kan??? hahaha...

Tapi yang terkilannya sikit, hari lahir pada hari ini disambut dengan clas+lab dari jam lapan pagi sampai jam satu petang. lepas tu sambung dari jam dua sampai enam petang. dan sebelah malam pun ada kelas dari jam lapan sampai sepuluh. secara ringkas nya class penuh dari pagi sampai malam. dugaan kan? nasib baik tax topup 6% tu ditunda. kalau tak, memang kurang "ong" la hari lahir gua tahun ni...

P/s: thanks buat teman2 yang dah wish my birthday. tak da hadiah yang lebih berharga dari doa2 kalian semua. :)

14 September 2011

Rindu sangat kat dak kecik ni...

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Seperti di tajuk, saat ini aku adalah seorang acu yang sangat merindui akan anak buahnya yang bernama syafiq. empat hari berpisah, cukup dah membuatkan aku terasa rindu sangat2 kat dia. 

Rindu kat celoteh dia
Rindu kat kerenah dia
Rindu suara dia
Rindu gelak tawa dia

Mak cakap malam semalam syafiq demam... cian nya. mesti demam sebab rindu kat acu dia kan???





Lambat lagi nak dapat jumpa budak tecik ni... tiga bulan lebih aku dok dengan dia dekat rumah. malam pun dia tido dengan aku. bangun tido pun dia yang kejutkan aku. aku la yang mandikan dia. aku la yang sama2 layan dia tengok kartun tom and jerry tiap2 pagi. time aku dok ngadap lappy, ada je dia nak dok ngan aku ngadap lappy pastu "acu, pocoyo acu... tom n jerry la... nak tengok opter (helicopter)... omen cuuu (otomen)". pantang tengok aku on lappy, itu la request nye. sekarang da tak da macam tu lagi. jauh beribu batu. huk huk. 

Apiq, acu rindu kat apiq laaa... kat man, marsya, mikhail and lutfi pun acu rindu jugak. (aku adalah seorang acu yang adil akan kesemua anak2 buahnya... hik hik)

Ok la. nak bersiap pergi perjumpaan dengan pembimbing siswa and jumpa junior. daaa... :)

Thanks for reading... :)

Aku kini di UMT

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Hai koranggggg... rindu aku tak??? sila anggukkan kepala korang dengan kadar selaju dan sepantas yang boleh bagi mengatakan bahawa  korang merindui aku. hehe...

Alhamdulillah, aku dah selamat sampai kat UMT. hari ni merupakan hari keempat aku di UMT. macam biasa, kehidupan sebagai pelajar menghadkan masa aku untuk bermanja lebih2 dengan belog terchenta ni. sowie ye sayang. i harap u faham status i sebagai palajar... uwekksss... :p

Minggu pertama lagi, aku da busy. class dan lab pun dah start. dah ada lab report nak kena submit minggu depan. harap segalanya berjalan dengan lancar. 

Semester ni aku amik 6 subjek.
  • Kerja Lapangan (4 credit hours)
  • Biology Oceanography (4 credit hours)
  • Biology of Coral Reefs (4 credit hours)
  • Mangroves Ecology (4 credit hours)
  • Iktiofisiologi (4 credit hours)
  • Public speaking (3 credit hours)
Semoga aku boleh terus mengekalkan kecemerlangan. nama aku mesti ada lagi dalam senarai dekan semester depan. aminnn...

P/s: masa hari nak balik sini ari tu, aku kena tinggal bas. huk huk. malu. sila gelak kan aku secara bersopan santun ye...

P/s/s: harapan untuk lulus rayuan asrama sangat tipis. sangat sedih dan bakal menyewa bilik dengan kadar sewa sebanyak RM120 sebulan. adakah ia ok??? hmm... bersyukur dengan apa adanya. ada insan yang hidup dalam keadaan yang lebih sukar dari aku. sekurang2nya aku masih punya tempat untuk berlindung. syukur...

Thanks for reading... :)

9 September 2011

Ada udang disebalik mee

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Breakfast terakhir aku dirumah adalah breakfast terhebat. haha... hebat lah sangat. mak masak mee udang pagi ni sebagai menu breakfast. dengan kuantiti yang mampu mengenyangkan aku sampai petang. alhamdulillah... bersyukur dengan rezeki yang ada. teringat pulak kanak2 somalia. da makan ke idak diorang pagi ni???


Nampak tak tu anak2 dara udang bergelempangan dalam mangkuk mee aku??? ke mana la agaknya mak si udang2 ni ye. tak berperikebinatangan langsung. sanggup biarkan anak2 bertempiaran dalam mangkuk mee aku tanpa belaian kasih dan sayang seorang ibu. kan dah jadi mangsa anak tekak aku. kesian...

Ni la menu sarapan pagi terakhir aku dirumah beselum berangkat balik ke UMT malam ni. lepas ni jangan harap dah la nak melantak masakan special mak lagi. tak da sape nak layan aku masak sedap2 kat UMT nanti. sendiri nak makan, sendiri cari. OK???

Huk huk... sedih. kurus la aku balik UMT nanti. tiada lagi makanan sedap untuk disumbat ke anak tekak ku ini... jap, boleh ke aku kurus??? tak mungkin...

8 September 2011

Attendance is compulsory

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)


"All students are required to report to Makmal Biodiversiti on Monday, Sept. 12, 2011 at 8:30 AM to have the instructions and short lecture on Heavy Metal Analysis of your Kerja Lapangan samples by Mr. Yong Jaw Chuen.

This will be followed by laboratory work on these samples. Please bring your lab gown and all necessary data or log book. Dr. Siti has confirmed with Dr. Nurasma Ariffin that you do not have amali for FIS 3101 (Iktiofisiologi) on this day.

Activity for Kerja Lapangan on Thursday, Sept. 15, 2011 (kenapa mesti tarikh ni??? '=.=), will deal with identification of invertebrates and fish samples from trawling. Please bring the necessary references for identification. Kerja Lapangan lab will start at 8:00 A.M. in Makmal Biodiversiti."

Attendance is compulsory…

APEKAH??? KENAPEKAH??? BAGAIMANAKAH?? SIAPAKAH??? huh...!!! ''=,=

kaki ni belum pun lagi jejak tangga bas nak balik UMT, da dapat memo macam ni... nak meraung ke??? haish, tak kan la. nak mengeluh??? jangan sesekali (dua kali tak pe)... sebab ni laaa jalan yang aku dah pilih setahun yang lalu. so, kena la hadapi dengan senyuman. mr gen2merah, saya pinjam tagline ye. hehe... :D

Thanks for reading.

Duit PTPTN nak buat apa weh???

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Sudah gaharu cendana pula, dah tau bertanya pula. dan kenapanya pulak aku nak berperibahasa ni???

Aku rasa semua peminjam PTPTN da tau bila duit akan dimasukkan ke dalam akaun kan? ni bagi student yang akan masuk sem dua tiga hari lagi ni la. yang student baru tu aku tak tau la pulak bila masuk duit korang. hehe...

Apa yang korang dah plan dengan duit yang bakal masuk tu? aik, duit tak masuk lagi pun da plan bagai? ape plan nye tu? kalau plan kearah kebaikan tak pe la. tapi yang tak baik nye ada yang plan nak shopping la, nak beli henpon baru la, nak beli camera baru la, nak beli itu la, ini la... kalau perhatikan ATM dekat campus tu, first day ptptn masuk, jangan harap la nak pergi dekat kat ATM tu. beratur panjang macam nak berebut duit sejuta je. 

Wahai rakan2 sekalian, aku juga salah seorang pelajar yang menerima biasiswa. dan aku juga paham apa perasaan rakan2 semua bila duit ptptn masuk dalam akaun. semuanya senyum sampai ke telinga 24 jam.


Aku juga perhatikan bila minggu pertama ptptn masuk, shopping mall penuh dengan student je. pastu tauke2 kedai henpon, kamera pun senyum lebar. kaya sekejap sebab student U bagi makan kat diorang. paham tak ape maksudnya??? bila da hujung sem, semua kalut nak ikat perut. sebab ape??? duit loan da habis digunakan. yang student pompuan baru la kalut nak ganti puasa dan dalam masa yang sama nak jimat duit yang kian surut. yang lelaki berhutang sana sini.

Korang dah tau kan duit pinjaman/biasiswa yang kita dapat tu sepatutnya dibelanjakan dengan cermat. untuk bayar yuran pengajian, untuk beli buku, untuk print/photostat nota2 kuliah, dan untuk belanja makan seharian kita. kemudian selebihnya (bila dah masuk cuti sem) tu baru korang boleh buat sesuka hati korang. 

Bagi aku sendiri, bila duit biasiswa yang aku dapat tu, aku akan gunakan sebaiknya. aku akan pastikan bila masuk semester break, duit dalam akaun berbaki untuk belanja masa cuti. masa tu baru la fikir nak beli apa. kalau tak da apa2 yang nak dibeli, simpan ja la. boleh jugak menampung perbelanjaan untuk semester akan datang. kan??? 

Lagi satu kenapa kita kena pandai guna duit pinjaman/biasiswa ni sebab nak ringankan beban keluarga. kalau boleh bila dah dapat pinjaman tu, tak perlu la minta duit kat mak ayah lagi...

Ada jugak yang pernah cakap kat aku macam ni "ko dapat biasiswa banyak, boleh la cakap macam tu... ko ingat ptptn ni cukup ke makan sampai satu sem...???"

Hey kawan, aku pun pernah jugak dapat ptptn. rm2500 je satu sem masa diploma dulu. tolak yuran, berapa je yang tinggal? boleh je aku survive. tak da bezanya biasiswa dengan pinjaman. yang penting kita tau berjimat and tau macam mana nak handle duit yang kita dapat tu. kalau pandai urus kewangan, insyaAllah tak susah dikemudian hari.

Skill financial management kena ada supaya tak susah dikemudian hari... :)

Pesanan buat kawan2, beringat2 la sikit dalam berbelanja tu ye... :)

Thanks for reading :)

Doodle terakhir

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

 Doodle untuk miss inna.

 Doodle untuk kancil 8349.

 Doodle untuk mya.

Doodle untuk Soly Solicious.

Harap2 korang suka la dengan doodle yang aku buat ni... dan minta maaf la sebab aku tak pandai nak pelbagaikan doodle. semua lebih kurang sama je kan. sebab aku tak pandai sangat pun lukis doodle. hehe... :)

P/s: ni doodle terakhir yang aku lukis untuk blogger2 sekalian. sebab lepas ni aku nak tumpukan perhatian kepada persediaan nak balik ke UMT esok. bila da masuk sem, lagi la tak sempat nak berdoodle bagai. insyaallah next sem break kita berdoodle lagi ye... :)

Thanks for reading... :)

7 September 2011

Doodle untuk Paris Hilton (M) dan Kura

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

 Ni doodle untuk Paris Hilton (M)


Ni doodle untuk Kura

P/s: mata asik berair je ni... huhu... nak ngadap lappy lama2 pun tak senang... :(

6 September 2011

Doodle lelaki

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

See, kalau waktu2 bosan macam sekarang ni, laju je aku lukis doodle. kalau sibuk, amik masa jugak la nak lukis doodle. kalau malas, lukis 10 doodle pun, jangan harap satu pun nak menjadi. semuanya akan aku delete dengan bangganya... hehe...

So, memandangkan mood aku nak buat doodle berlebih2 tadi, aku dah lukis doodle yang direquest oleh encik azizou. kate nye nak doodle yang single. mungkin tuan badannye still single kot. eh, ntah la. tak mo la wat spekulasi. nak tau dia single ke idak, tanya tuan badannye sendiri ye... hehe...

Encik Azizou eh, doodle mu da siappp. harap2 awak suke lah ye dengan doodle yang single mingle ni... hehe..

Ala2 star gitu... itu dia peluk gitar tau, bukan bantal busuk yang da lembik tau. tapi disebabkan tangan aku terketaq2 macam sakit Parkinson kronik, maka gitar tu da macam gitar patah dah rupe nya... haha... sungguh kasihan akan tangan aku yang terketaq2 ni... sila gelak kan aku secara beramai2...

P/s: adakah aku kena makan dodol banyak2 untuk memahirkan aku melukis doodle tanpa terketaq2 macam nampak hantu lagi??? err... sudah la... 

Doodle for couple

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Kali ni aku nak langsaikan hutang doodle aku untuk cik Dang Intan. hehe... dia request doodle couple kat aku. ni baru siap. sorry lambat ye Dang. 


Taraaaaaa... dah siap... hope Dang suke la ek. dan minta maaf sangat2 la sebab lambat sikit buat kan doodle ni untuk Dang...

Doodle simple2 aje boleh la aku buat. aku ni bukan nye pakar pun. lukis doodle untuk syok2 and syok sendiri ja... hehe... sekadar menghilangkan bosan...

Thanks for reading... :)

4 September 2011

Semalam dan September

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Banyak hari tak hapdet blog. da macam rumah spiderman dah rupenye blog aku ni... tiga hari dok beraya di kampung di Pahang, memang tak kan ada masa nak hapdet blog punya lah. ada je keja yang nak dibuat. tak da keja pun, memang tak kan ada masa jugak nak hapdet entry blog. hehe...

Semalam dan september. tajuk entry sebenarnya nak ceritakan majlis hari lahir September yang diadakan kat umah tok aku semalam. dalam family aku ada tiga orang yang lahir bulan September: anak buah aku dua orang dan aku sendiri laaa... ehem2... da tua2 pun celebrate birthday party lagi ke??? hehe... saja tumpang sekaki kemeriahan hari lahir budak2 kan...

Semalam 3 September hari jadi anak buah aku yang sulung, Mikhail, yang ke 14 tahun. dah beso panjang dah anak buah aku ni. rasa macam baru tadi je aku dok gado2 ngan dia masa kecik2 dulu... hehe... sekarang ni dia da nak sama beso ngan aku dah...

Pastu 15 September birthday aku pulak. 22 years old to be... hehe... tak tua lagi k. dan nanti 29 September birthday anak buah aku yang lagi sorang pulak, Luzman. yang ke 5 tahun.


 Abg ipar aku yang setia menjadi tukang jaga makanan... haha...




 oh tidak... comotnya aku... lagi comot dari budak kecik tuuu... :)

Budak2 ni memang semangat sungguh nak cincang kek tu... :)

Kak long ~ wan ~ aku yang comot

Happy birthday to mikhail... semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya dalam hidup. jadi lah seorang anak yang soleh ye... belajo rajin2 tau. tahun depan mesti dapat 8A PMR... cayok2...!!!

P/s: birthday aku nanti jangan lupa bagi hadiah tau... hahaha... :)

Thanks for reading...

1 September 2011

Hey Kamu

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

google
Hey kamu...
Mengenali kamu merupakan suatu memori
Sebuah memori yang terindah

Hey kamu...
Kamu yang mencetuskan memori itu
Kamu bertandang kembali membawa seribu satu memori kita yang lalu

Hey kamu...
Redup mata kamu mengingatkan aku saat pertama bertentang mata
Keluk bibirmu mengingatkan aku senyuman manis mu
Suara mu mengingatkan aku merdunya kamu menasihati ku

Hey kamu...
Terima kasih atas secebis memori yang kau hadiahkan ini
Akan aku selitkan memori ini di ingatan ku selagi termampu
Sebagai suatu memori indah yang tiada tandingnya

Hey kamu...
Maafkan aku kerana melukai kamu
Untuk menyesalinya sudah tiada guna lagi
Hanya apa yang aku mampu lakukan
Kamu sentiasa dalam doaku
Doaku agar hidup kamu sentiasa berada dalam limpah rahmat Nya
Dan semoga kamu bertemu dengan insan yang benar2 mampu membahagiakan mu
Kamu, maafkan aku

- Linda -

Selamat hari Lahir buat teman...

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Hari ni 1 September 2011, merupakan hari lahir teman blog juga sahabat lama masa sekolah dulu, Cik Dang Intan Duka. yang ke berapa??? tanya tuan nye sendiri ye... hehe...

DID (nama manja yang aku panggil dia), aku doakan semoga Allah SWT panjangkan umur mu, limpahkan rezeki2 yang halal, berikan kejayaan dalam hidup dan semoga hidup kamu sentiasa berada dalam rahmatNya...

Dan semoga persahabatan kita berkekalan. amin... :)

Ni hadiah nye... sila2 la amik ye... hehe :)


P/s: Counting for my birthday... 15 September... 22 years old to be... la la la~ ~ ~ >.<

Spontaneous thursday #2



"Kenangan lama bertandang 
tanpa diundang..."