8 August 2011

Kad raya

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Ehsan Google
Dok saja2 macam ni, tiba2 teringat bulan puasa masa sekolah dulu kecik2. bila da masuk minggu kedua berpuasa, aku orang yang paling eksaited kot nak pi beli kad raya... hehe... aku mesti beli banyak. sebab aku akan bagi kad raya kat setiap kawan2 baik aku, kat sedara mara yang jauh2, dan juga kat jiran yang dok satu flat dengan aku.

Kalau kawan kat sekolah, aku bagi kad raya by hand je. tapi time bagi tu mesti pesan kat kawan aku tu "balik satgi baru hang baca tau..." hehe... pastu kalau kawan2 yang dok satu flat tu, aku pi letak dalam post box diorang la. yang jauh2 tu, aku minta tolong abah tolong pos kan. hehe... baik kan abah aku melayan kerenah aku...

Pastu jenis2 kad raya pulak, mesti pilih yang kartun2 punya. kartun2 yang ada dialog lucu2. kalau nak yang special sikit, ada kat raya yang bila kita bukak je, ada lagu selamat hari raya. tak main la yang biasa2 tu. haha... kanak2 sungguh aku time tu...

Haaa... part ni paling aku suka... isi kandungan dalam kad raya tu. apa yang tulis tau (seingat aku la):
  • saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
  • saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau saya ada buat salah dan silap dekat awak
  • baju raya dah beli ke??? berapa pasang??? kaler apa???
  • tahun ni raya kat mana???
  • kuih raya dah buat???
  • nanti raya jangan lupa bagi duit raya kat saya ye...
Hahaha... betapa kanak2 sungguh aku time tu. ayat pulak nak skema je. nak buat baik la konon sebab nak raya kan. sedangkan kat luar boleh lagi main2 duku kepala. hehe... pastu, boleh pulak aku pi tanya pasal baju raya ngan kuih raya tu. macam busy body a.k.a kepoci pun ada jugak...  

Bila time aku dapat kad raya pulak, bukan main syiok la. macam kera dapat belacan... eh, tak2. aku tak sama dengan kera k. kad raya yang aku dapat tu mesti gantung kat dinding. tapi dalam bilik je la. tak gantung pun kat dinding ruang tamu...

Tapi sekarang ni dah tak sama macam dulu. dah lain sangat. sekarang kad raya yang jual kat kedai mini Pak Mail tu pun da tak laku kot. ada pon seorang dua kot yang beli. sekarang ni semua guna teknologi dah. melalui mesej, fesbuk, emel, blog, twitter dan macam2 la. kadang2 tu time sehari sebelum raya, mesti line telefon busy. sampai kan nak hantar mesej kat orang lain pun payah. masing2 nak mesej sahabat handai dan saudara mara nak ucap selamat hari lebaran. 

Lagi pun kan, feel dapat mesej selamat hari raya tu tak sama dengan feel dapat kad raya. tak seeksaited dapat kad raya. boleh rasa perbezaan perasaan tu. mungkin melalui teknologi yang ada sekarang ni  lebih menjimatkan kos berbanding kad raya. tu la pasal dah tak ramai yang nak beli kad raya.

Apa pun, kenangan kirim mengirim kad raya tu memang tak boleh lupa la. bila teringat balik kenangan berpuasa di zaman yang sungguh kanak2 riang ribena tu, mesti tersenyum. rindu kenangan dulu... >.<

Thanks for reading... :)

6 comments:

syafiqahatta said...

a'aa...time kecik dolu2 suke gantong kad raye kt dinding...konon menghias siap ade ketupat warne warni...kehkeh ^^

haslinda said...

piqa: haha... tau x pe... rasa lucu je bila ingat balik... :)

Izyan Masri said...

TERINGIN NAK HANTAR KAD HARI RAYA CM DULU2:D

haslinda said...

Izyan Masri: tu la... baru ada rasa eksaited sikit kan... hehe :)

sifu im said...

tu la..klu ade kad raye, leh simpan smpai anai2 makan abis..hoho..klu msg, bila full delete

haslinda said...

sifu im: haha... boleh simpan kad raya tu sampai cucu cicit boleh baca lg... :)