3 August 2011

Deja vu

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Selamat hari rabu!!! korang da lunch??? err, soalan apakah itu? sila abaikan nya sepantas limaplohlapanributigaratus kilometer per jam ye...

Korang2, aku nak tanya ni... pernah tak korang rasa situasi di mana, bila korang tengah tengok TV, korang rasa macam korang pernah tengok cerita tu. tapi korang tak ingat bila. yang pastinya cerita tu bukan lah siaran ulangan. (ni berlaku kat aku semalam)

Atau, pernah tak korang pergi suatu tempat yang korang tak pernah pergi sebelumnya, tapi korang rasa tempat tu pernah hadir dalam mimpi korang???

Atau, tengah korang dok sembang2 dengan kawan2 korang, korang rasa macam korang pernah alami situasi tu suatu masa dulu. 

~Google~
Dan bila berlaku situasi macam ni, korang akan berfikir sejenak dan mungkin akan memerhati keadaan sekeliling dan (lagi???)  korang akan cuba memerah otak untuk berfikir apakah yang akan berlaku selepas tu??? tapi gagal, akhirnya situasi itu diabaikan macam tu je.

Situasi ni dinama kan Deja Vu. Deja Vu merupakan bahasa Perancis yang bermaksud pernah lihat. nama Deja Vu ini pertama kali digunakan oleh seorang ilmuwan Perancis bernama Emile Boirac yang mempelajari fenomena ini tahun pada 1876 dan kajian menunjukkan 70% Manusia di Bumi merasai perasaan tersebut. jadi kalau korang pernah alami situasi macam tu, ia normal. tak perlu risau k. 

Ada yang mengaitkan Deja Vu ni dengan gangguan otak, dan ada juga yang mengaitkannya dengan kehidupan masa lampau.

Terdapat beberapa jenis Deja Vu. jom cekidaut...
 
Deja Senti: perasaan ini merujuk pada sesuatu "yang sudah dirasakan". ia merupakan fenomena kejiwaan dan para peneliti yakin bahawa situasi yang pernah dilalui satu masa dulu menyerupai situasi yang baru berlaku. persamaan pada kedua pengalaman tersebut membuat seseorang merasa bahwa dia telah merasakan hal yang sama di masa lalu.
 
Deja Vecu: suatu perasaan dimana situasi yang baru saja berlaku sama dengan apa yang pernah terjadi sebelum ni. orang yang mengalami perasaan Deja vecu mendakwa telah mengetahui apa yang akan terjadi dan kadang kala merasa telah mengingati hal tersebut.
 
Deja Visite: suatu perasaan pernah mengunjungi suatu tempat yang baru first time kita pergi. memiliki pengetahuan tentang sebuah tempat yang belum pernah dikunjungi. mengetahui kedudukan geografi suatu tempat, ketika dia belum pernah ke sana dalam kenyataannya. Deja visite dicirikhaskan dengan sebuah pengetahuan tidak wajar tentang suatu tempat yang belum pernah dikunjungi. 
 
Tetapi melalui sudut agama Islam, Deja Vu ni dikatakan berlaku apabila... ketika kita berada dialam rahim iaitu sebelum roh kita ditiupkan kedalam daging kita. masa tu Allah SWT dah pertontonkan setiap satu perkara2 yang kita akan alami sebaik kita dilahirkan didunia. sebab tu kita rasa kita pernah tengok atau lalui situasi yang baru berlaku tu. ia merupakan cebisan memori terhadap apa yang diperlihatkan oleh Allah ketika kita di alam rahim. dan pendapat aku, kejadian tu boleh dikatakan perjanjian kita dengan Allah SWT bahawa kita bersetuju untuk hidup dengan kehidupan yang Allah dah tetapkan tu. that's why kita tak boleh menyesali takdir yang kita hadapi ni sebab kita dah bersetuju untuk hidup dan ada hikmah diatas setiap perkara yang berlaku. wallahualam...

Kalau ada sebarang kesilapan dalam maklumat yang disampaikan, maaf dan minta diperbetulkan.

Sumber: SINI, SINI. thanks for reading... :)


8 comments:

cik ery said...

pernah je jd.

pastu ak pk cmney.maybe pernah brlaku kat ak zaman dlu kot.haha

haslinda said...

cik ery: haha... betul3... kdg2l rasa cam penah mimpi pn ada.hehe...

syafiqahatta said...

selalu sangat~ hihi

Dang Intan Duka said...

itu sudah semestinya...
dang [un kerap jugak alami mcm tu..

p/s: sampaikan nama group dang pun kat dungun dinamakan deja vu...
haaah


peace

haslinda said...

piqa: hehe... itu perkara normal... :)

haslinda said...

DID: haha... ya ke... cane leh dpt nama tu. ce cite skit... ^^

fRaMe+LenSeS said...

first time baca sal ni. maceh kongsi.. ;) LIKE hehe

haslinda said...

frame+lenses: sama2 Nadh :)