25 August 2011

Aku bangga dengan mereka2 ni...

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Hari ni aku nak luahkan perasaan bangga aku terhadap anak2 laut dan mereka semua yang terlibat dalam program MERDEKA DIVE & ANAK LAUT 2011 yang telah berlangsung selama empat hari tiga malam iaitu pada 28-31 Julai 2011 (lewat sikit hapdet aku ni... hehe). program ni telah diadakan di Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu, Pulau Bidong (INI PULAU KEBANGGAAN KAMI... HAHA... poyos jap) anjuran Coral Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu sendiri (bangga lagiii sampai kembang hedong...^..^) 

Apa yang best nya berkaitan program ni, mereka yang terlibat dalam MERDEKA DIVE ni telah menyanyikan lagu kebangsaan NEGARAKU di dalam air. emm, bukan senang nak buat macam tu tau. cuba kita masuk dalam air, pastu menyanyi. tak pun nak senang sikit tak yah nyanyi la, cakap je. mesti da tertelan air bergelen2 dah kan. haha... pastu jadi gemok air. dah... melalut dah aku ni.

Selain tu, seorang pelakon dan penyanyi jelita pun join jugak program ni. nak tau sape??? cuba cari dalam pic kat bawah ni...
Nampak tak sape??? kalau tak nampak klik je kat gamba tu kasi besar... 

Mungkin ada yang tak perasan jugak lagi sapa retis yang aku maksudkan tu. beliau adalah Fauziah Latif a.k.a Kak Gee. dia memang selalu pergi dive kat Pulau Bidong (kembang lagiii... la ~ la ~ la ~ heheh). yang tinggi lampai dalam pic tu my friend kat UMT and also my friend masa dip dulu. yang posing maut tu senior satu jabatan ngan aku kalau tak salah. hoho... dah macam sesi memperkenalkan kawan2 je. 

Now aku nak korang layan antara gambo2 yang diorang ni sempat snap sepanjang program ni berlangsung...



Yang paling depan tu merupakan diver termuda yang join program ni. adik ni baru je berusia 10 tahun. caya lah dik... tabik spring sama luuu la dik... akak ni, snorkeling je pun da semput. tapi time mula2 je la semput. da lama ok la. hehe...
Diorang ni saje tau posing maut depan aku. bajet aku tergoda laaa... no no no (sambil geleng kepala laju2).... haha...
Merdeka Dive & Anak Laut 2011 team... caya lah korang...

Walau pun aku tak join program ni, tapi aku bangga sangat2 dengan diorang yang bersemangat patriotik ni. dan program ni jugak dapat perhatian media. nak tau cerita lebih lanjut, jom pergi terjah blog jejaka siber ni sendiri. dia merupakan salah seorang peserta program best ni. cepat. ada banyak entry pasal MERDEKA DIVE & ANAK LAUT 2011 dalam blog dia. MERDEKA DIVE versi video pun ada tau... 

P/s: aku nak buat lesen skuba jugak la dengan harapan boleh menyanyi lagu dondang sayang dalam laut... kekekeh... :)

Thanks for reading... ^^

17 comments:

syafiqahatta said...

peh! peh! peh! jelesnye ngan budak 10 tahun 2... T_T

haslinda said...

piqa: tau x pe... kite yg da '20 tahun' (ehem2...) ni pun baru dapat main permukaan air je. dia da dapt dive... fuyooo laaa...

cik ery said...

best siot.cne ley depa join progrm cmney?nk jgak!!!

haslinda said...

cik ery: tu x tau la. mgkin kena slalu roger2 dgn staff kot. hehe...

AzatLazat said...

macam best
nak join boleh tak
tapi tak reti berenang
kekeke :P

haslinda said...

AzatLazat: hehe... scuba diving x payah berenang. hayun fin je...

err... betol ke cam tu??? haha...

Paris Hilton (xila) said...

teringin nk dive...uhuk

EnciK AxixOu said...

dekat je ngan umah sy 2..bangga gk neh..

haslinda said...

Paris Hilton (xila): dapat dive dlm bath tab kat umah pun jadi lah kot... hehe... :)

haslinda said...

Encik AxixOu: eh... ya ke??? kalo pasni kitorang ada fieldtrip gi P. Bidong, leh la singgah umah awak ek???hehe...

miss inna said...

rindunya nak g bidong lg...
nnt nak join junior la p p.bidong...haha!

haslinda said...

miss inna: haha... seludup senior join survival laut...

アヌム ちゃん said...

uishh hebattt..benera mesia dlm laut tuhhh.huhu

Nabila Huda said...

wah2.. bestnyer. sy berenang pun x reti.hihihi

Aimie Diyanna Benignant said...

Hi, Assalamualaikum. Macammana persiapan raya awak? Exited tak? Jom ke blog saya sekejap sebab saya ada sediakan 1 tutorial shawl yang mungkin best untuk awak gayakan nanti. Eceh.. hihi >>

http://imedianna.blogspot.com/2011/08/tutorial-untuk-gegurl-di-hari-raya.html

haslinda said...

アヌム ちゃん: hehe... beralun2 la bendera tu dlm air... :)

haslinda said...

Nabila Huda: sama la kite... harap snorkeling pun, guna life jaket je la yang apungkan kita. kalau x, tggelam jugak... hehe :)