29 August 2011

Pantun Raya


Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Mood raya semakin membuak2. rendang ayam dan daging da siap masak. kuah kacang dan ketupat pun dah siap. tunggu nak disuap ke mulut ja... hehe... so, dalam mood nak raya ni, pekata aku share pantun raya ni. jom layan.

Kelantan... 
Make ikke cicoh budu 
Jange lupo tamboh satar 
Kelik rayo taksir laju 
Nanti rayo dale sepita 

Terengganu... 
Makang ubi jamang jepong 
Makang kepok cicah cuke 
Bulang pose mung bengong 
Bulang raye mung gile 

Pahang... 
Sepadan Pahang ada kasino 
Nasi dagang ikan patin 
Jange mu masam muko 
Raya makan rendang sadin 

Johor... 
Cegitu cegini awak suke 
Awak suke kite tak suke 
Esok luse hari raye 
Sama-sama bersuke rie 

Melaka... 
Hawau kau berak merate 
Kaki bengkak ulau patok 
Kalu balik naik kerete 
Jangan pandu kalau ngantok 

N. Sembilan... 
Masak lomak cili api 
Campo dongan daun turi 
Hari rayo kolumpo sopi 
Tinggal penyamun dongan pencuri 
(org kolumpo jgn kocik ati!!) 

Selangor/K.Lumpur... 
Wa cakap lu wa tak tau 
Tapi wa tipu sama lu 
Raya jangan buat tak tau 
Angpau ada bagi gua dulu 

Perak... 
Gulei tempoyak ikan mayong 
Deroyan busok tebok tupei 
Pandu hemat ingat kampong 
Ase(Asal) teman selamat sampei 

Kedah... 
Aloq Staq terketaq-ketaq 
Lapaq perut makan pau 
Macam mana tak ketaq 
Kena paksa bagi angpau 

Penang... 
Nasi kandaq kedai mamak 
Anak mami juai pesemboq 
Lepaih raya jgn dok triak 
Kalu ceti mai kot dapoq 

Perlis... 
Padang besaq kecik aja 
Tempat siam lalu lalang 
Hari raya kita berbelanja 
Jangan sampai menambah utang

sumber: SINI

28 August 2011

Selamat Hari Lahir Abah...!!!

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Aku sekarang da selamat berada di Penang. pagi tadi naik bas jam 10 pagi di Hentian Jalan Duta. jam 3.30 petang tadi baru selamat sampai di Hentian Bas Sungai Nibong.

Hari ni 28 ogos 2011 genaplah usia abah 58 tahun. abah sekarang da selamat bergelar pesara penjawat awam. lepas ni tak payah pikir nak kerja dah. boleh berehat lah...

Ni ucapan buat abah: selamat menyambut hari ulang tahun yang ke-58. adik doakan semoga abah panjang umur, murah rezeki dan sejahtera hidup. terima kasih sebab sabar melayan kerenah anak abah yang keras kepala ni. hehe... :)

Tak da mood nak buat entry panjang2... mood nak raya je sekarang ni... hehe :)

Thanks for reading...

27 August 2011

Selamat hari raya

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

P/s: belajar lukis doodle ni from Abu :)

26 August 2011

Lihatlah pandang lah, potret ku yang ayu... hehe...

Assalamaualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

AMARAN: ini adalah entry perasaan syiok sangat diiringi kembang semangkuk. hehe...

Semalam masa blogwalking, aku termasuk dalam blog sorang blogger kreatif yang bernama Acik. dia ni pandai lukis potret tau. semua potret yang dia buat, semua comel2 belaka. so, aku pun ada la request dia buatkan aku satu potret. tup tup tadi check kat shoutmix aku ada notification dari dia mengatakan potret aku da siap. cepat betol dia buat. aku tunggu apa lagi... laju2 la klik link dia.

Dan apa yang first keluar dari mulut aku lepas tengok potret aku tu ialah "waaahhh... ayunya aku...". hehe... terperasan empat point lima saat sat time tu... 
Inilah potret yang digembar gemburkan aku tuuu... cantik kan??? aku suka sangat. pandai betul dia lukis potret aku.

Aku rasa dia lukis potret aku berdasarkan profil picture aku ni. cuma posing aku je di edit sikit. pape pun aku sangat berpuas hati dengan potret yang acik dah buat ni. thanks alot acik... kalau korang nak tengok lagi koleksi potret lukisan acik, korang boleh pergi kat blog dia. memang cantik2 semua lukisan dia. ringan2 kan jari tu klik kat SINI ye. 

Dan sebagai tanda penghargaan, aku nak hadiahkan acik doodle hasil tangan aku yang terketaq-ketaq ni. hehe... al maklumlah saya budak baru belajar. hehe... hope acik suke la ye hadiah yang tak seberapa ni... hehe :)

Acik, sudi2 kan lah amik doodle ni ye... ikhlas ni... 

P/s: aku type entry ni dengan senyuman yang meleret sampai ke telinga. hepy babe... thanks again acik :)

25 August 2011

Aku bangga dengan mereka2 ni...

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Hari ni aku nak luahkan perasaan bangga aku terhadap anak2 laut dan mereka semua yang terlibat dalam program MERDEKA DIVE & ANAK LAUT 2011 yang telah berlangsung selama empat hari tiga malam iaitu pada 28-31 Julai 2011 (lewat sikit hapdet aku ni... hehe). program ni telah diadakan di Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu, Pulau Bidong (INI PULAU KEBANGGAAN KAMI... HAHA... poyos jap) anjuran Coral Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu sendiri (bangga lagiii sampai kembang hedong...^..^) 

Apa yang best nya berkaitan program ni, mereka yang terlibat dalam MERDEKA DIVE ni telah menyanyikan lagu kebangsaan NEGARAKU di dalam air. emm, bukan senang nak buat macam tu tau. cuba kita masuk dalam air, pastu menyanyi. tak pun nak senang sikit tak yah nyanyi la, cakap je. mesti da tertelan air bergelen2 dah kan. haha... pastu jadi gemok air. dah... melalut dah aku ni.

Selain tu, seorang pelakon dan penyanyi jelita pun join jugak program ni. nak tau sape??? cuba cari dalam pic kat bawah ni...
Nampak tak sape??? kalau tak nampak klik je kat gamba tu kasi besar... 

Mungkin ada yang tak perasan jugak lagi sapa retis yang aku maksudkan tu. beliau adalah Fauziah Latif a.k.a Kak Gee. dia memang selalu pergi dive kat Pulau Bidong (kembang lagiii... la ~ la ~ la ~ heheh). yang tinggi lampai dalam pic tu my friend kat UMT and also my friend masa dip dulu. yang posing maut tu senior satu jabatan ngan aku kalau tak salah. hoho... dah macam sesi memperkenalkan kawan2 je. 

Now aku nak korang layan antara gambo2 yang diorang ni sempat snap sepanjang program ni berlangsung...



Yang paling depan tu merupakan diver termuda yang join program ni. adik ni baru je berusia 10 tahun. caya lah dik... tabik spring sama luuu la dik... akak ni, snorkeling je pun da semput. tapi time mula2 je la semput. da lama ok la. hehe...
Diorang ni saje tau posing maut depan aku. bajet aku tergoda laaa... no no no (sambil geleng kepala laju2).... haha...
Merdeka Dive & Anak Laut 2011 team... caya lah korang...

Walau pun aku tak join program ni, tapi aku bangga sangat2 dengan diorang yang bersemangat patriotik ni. dan program ni jugak dapat perhatian media. nak tau cerita lebih lanjut, jom pergi terjah blog jejaka siber ni sendiri. dia merupakan salah seorang peserta program best ni. cepat. ada banyak entry pasal MERDEKA DIVE & ANAK LAUT 2011 dalam blog dia. MERDEKA DIVE versi video pun ada tau... 

P/s: aku nak buat lesen skuba jugak la dengan harapan boleh menyanyi lagu dondang sayang dalam laut... kekekeh... :)

Thanks for reading... ^^

23 August 2011

Surat dari setan...

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)


SURAT DARI SETAN UNTUK MU 
Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. 
Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu 
Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu 
Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya 
Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. 
Hai Bodoh, Kamu millikku. 
Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, 
dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu . 
Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. 
Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.
Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya 
Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan. 
Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. 
Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH 
Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita jalani 
Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangya , bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua , 
Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. 
TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. 
Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya. 
Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. 
Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu. 
Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. 
Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu. 
Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa. 
Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.. 
Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda. 
Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.
Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong, berjudi, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin. 
Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya. 
Begitulah anak-anak . 
Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. 
Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi. 
Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas dosa-dosamu. 
Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. 
Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. 
Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.
Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH. 

Catatan: Jika kau benar2 menyayangiku, kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun.

22 August 2011

Korang, mai tolong cek sat boleh dak???

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampam... :)

Korang, korang. mai sat. nak minta tolong. tolong komen pasal blog aku sat boleh dak??? tolong komen pasal:

  1. speed masa loading
  2. header
  3. background
  4. font (type, color and size)
  5. widget apa yg perlu dan tak perlu
  6. dan apa2 saja la yang korang rasa aku perlu kurangkan, tambahkan atau perbaiki...
  7. kalau rasa nak komen pasal isi entry pun boleh jugak. tapi aku akui blog aku memang banyak merepek sebab aku memang suka merepek. tak banyak tentang perkongsian ilmu berguna pun. hehe... :)
Kenapa aku tanya macam ni??? aku nak buat perubahan. aku tak mau ada yang masuk blog aku, ada yang cakap macam ni... 

"ish, background ape laaa budak ni guna... semak. kureng sesuai la..."
"adoi... sakit mata aku baca tulisan entry blog ni..."
"alamak, berat la blog minah ni... macam terlebih muatan je..."

Takkan la aku nak hias blog ikut citarasa 'syok sendiri' je kan. kena kira jugak mata pembaca yang singgah...

So, tolong aku ek. setiap kritikan membina korang aku akan terima baik. tapi tak mau kutukan k... terima kasih... sayang korang... :)

Thanks for reading... :)

It's a very touching true story... :'(

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

This is based on a true story... it's very touching. You have to read... enjoy...

A rich businessman had a beautiful daughter, who fell in love with a guy who was a cleaner.

When the girl's father came to know about their love, he did not like it at all, and so began to protest about it.

Now it happened that the two lovers decided to leave their homes for a happy future. the girl's father started searching for the two lovers but could not find them.

At last, he accepted their love and asked them to come back home in a local newspaper. Her father said “If you both come back I will allow you to marry the guy you love, I accept that you loved each other truly.'

So in this way, their love won and they returned home.

The couple went to town to shop for the wedding dress. he was dressed in white shirt that day. while he was crossing the road to the other side to get some drinks for his wife, a car came and hit him and he died on the spot. the girl lost her senses. it was only after sometimes that she recovered from her shock. the funeral and cremation was the very next day because he had died horribly.

Two nights later, the girl's mother had a dream in which she saw an old lady. the old lady asked her mother to wash the blood stains of the guy from her daughter's dress as soon as possible. but her mother ignored the dream.

The next night her father had the same dream, he also ignored it. then when the girl had the same dream the next night, she woke up in fear and told her mother about the dream. her mother asked her to wash the clothes which have blood stains immediately.

She washed the stains but some remained. next night she again had the same dream she again washed the stains but some still remained.

Next night she again had the same dream and this time the old lady gave her a last warning to wash the blood stain, or else something terrible will happen. this time the girl tried her best to wash the stains, and the clothes nearly tore, but some stains still remained.

She was very tired. in the late evening the same day while she was alone at home, someone knocked the door. when she opened the door she saw the same old lady of her dream standing at her door. she got very scared and fainted.

The old lady woke her up... and gave her a blue object, which shocked the girl. she asked “What is this...?

The old lady replied...

'Try DYNAMO Liquid Soap ... Just a dab and it will remove all stubborn stains!!!'
!@#)&^%(*$#$^&!@#$%^&

Hehe… tacing tak???? jangan marah… thanks for reading... :)

Untuk renungan kita bersama

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Bari kita baca entry yang sekadar sebagai renungan kita bersama. perkara yang bagus sebaiknya dikongsi kannnn???

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali
1.Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 
2.Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 
3.Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 
4.Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan 
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya. 
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya
1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya. 
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya. 
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya. 
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya. 
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya. 
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu:
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. 
Beberapa kata renungan dari Qur'an : 
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan 
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. 
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Sekadar peringatan sesama kita... :)

Baca ini kisah...


Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Sila baca sampai habis ye... hehe... 

Alkisah......

Disuatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah. 

Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. 
Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya. 

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah seorang dari mereka. 

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama Leman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk. 

Minggu demi minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Minah ni tadi. 

Kerana ingin menghargai kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada Leman, "Leman, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." 

Gembiralah Leman, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan. Sampailah ke tengah malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman pulang kerumah.. 
Sampai ke rumah, di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Minah. 

Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan. 

"Sekarang, buka kasut but ku." 

Leman buat, perlahan sekali. 
"Buka, setokin ku.." Dia buat juga. 
"Sekarang, buka skirt ku." Dia buat juga. 

"Sekarang buka coliku." Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh. 

"Sekarang....buka seluar dalamku..." Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya. 

Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata...

"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot." 

Hahaha... ape yang korang pikir haaa??? ish3x... 

Cerita ni kak long aku yang emel kat aku. lama daaa... sesaja nak kongsi ngan korang... :) Thanks for reading...

19 August 2011

Calon suami aku???

Assalamualaikum...:)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan.... :)

Hari tu aku ada buat entry pasal tips mencari isteri terbaek punya kan... tak baca lagi??? pi la baca dulu sat. pastu komen naaa... hehe...

Tapi malam ni, aku nak wat entry pasal suami pulak. tapi bukan tips. just nak share ciri2 suami idaman aku... haha... ni kalau mak baca entry ni, sah2 very the konpem la mak komen "awat hang galak nak berlaki dah kaaaaa???". bukan galak mak eh, just terasa gedik sikit nak cerita pasai laki ni... kih kih kih...

Ok la... antara ciri2 lelaki pilihan aku la kan:

1. Pandai buat lawak. tak yah la nak jadi nabil raja lawak atau pun apek senario. tapi cukup la sekadar mampu buat aku tersenyum atau tergelak kah kah kah walaupun sedang bersedih... errr...

2. Memahami. boleh paham bahasa melayu iaitu bahasa pertuturan aku. hehe...

3. Pemurah... tak berkira sepuloh, sembilan, lapan tujuh bla bla bla disaat perlu menghulurkan bantuan terutamanya kewangan. hehe :)

4. Penyabar... boleh sabar dengan mulut aku yang kuat membebel dan merepek tak ketahuan hala ni...

5. Cerdik... bermaksud mereka sudah pasti bukan dalam spesies 'lampi' dengan ayat2 tersirat si isteri. ada paham??? kalau tak paham jugak, kamu memang lelaki yang lampi... hahaha...

6. Sederhana... tak mau la laki yang asik nak pakai branded je. aku pun pakai baju bundle je... 

7. Baik, menghormati orang tua, mengasihi, pembersih, bla bla bla... tu semua ciri2 standard yang memang semua pompuan nak, bukan aku ja.

8. Ni yang paling penting. lelaki tu mesti lah LELAKI TULEN. bukan perempuan jadi lelaki. hehe :)

Cukup la. banyak2 kang tak dak sapa pulak nak kat aku sebab cerewet sangat. haha... at the end, dapat la title andalusia. tak pun jadi macam dalam gambo kat bawah ni... uish, minta simpang jalan tujuh strok dua, kampung itik pendek laaaa.
Ok la... entry ni saja nak hilangkan bosan. sambil berangan sambil type entry. baguss kan???

Oh mama... saya mahu kawen, kawen dengan siapa??? dengan datuk F... :) thanks for reading... 

Jadual Kuliah Sem 3

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Wahai rakan2 yang seangkatan dan selautan dengan aku... luangkanlah sejenak masa kalian untuk menjegilkan bijik mata melihat jadual kuliah kita sem depan... fuhhh... tiba2 baru teringat nak kaji jadual sem depan. agak terlambat kot. hehe... padahal jadual da keluar berkurun2 lama da. hehe... jom tengok jadual kita yuk...

Laaa... awat yang dok pi tenung jadual tu sampai nak pecah skrin komputer tu??? kelik la kat gamba tu bagi besaq... :)

Dah kelik??? tengok yang dalam kotak merah tu dah laaa... tak payah rajin2 nak pi tengok semua. aku pun malas nak amik tau jadual junior and senior... errr... tapi hangpa paham ka apa benda kod2 tu semua??? da hapai ka kod2 subjek dalam kepala tu??? tak paham??? mai nak habaq mai... (sat2... yang aku dok type bahasa utagha ni awat??? aku memang lancaq ja cakap utagha... tapi yang hak dok baca tu mau tak terbelit tergeliat lidah baca... lagi2 orang belah timur baca... mau sengau jadinya)

Ok. takpa... kita tukaq pi ayat standard naaa... baik lah kawan2. jom revise balik apa maksud kod2 tu semua??? aku pun tak hengat jugak...

Ni kerja orang malas. malas nak type, dia main printscreen ja... hahaha :)

Kalau tengok2 balik jadual ni, adoiyai... belum masuk sem lagi dah rasa mengah. ada class malam lagi. lepas tu agak padat la nak compare ngan sem 1 and sem 2. sem 1 and 2 aku amik 4 subjek ja. next sem da start amik 6 subjek. boleh ka aku bawak??? insyaAllah. macam la diploma dulu tak pernah amik 6 subjek linda kan... 

Paling "eksaited", subjek KERJA LAPANGAN tuuuu... tengok kat hari khamis tu. kod MMB3000... dari pagi sampai petang... 6 jam lab dalam masa satu hari untuk satu subjek. memang hebat penangan Dr. Siti Aisyah... silap2 kena sambung lab sampai malam. pastu balik jadi doktor terus. hahaha... 

Ekceli Dr Siti da memaklumkan jadual untuk subjek dia. saja je buat2 terkejut. risau wooo nak amik subjek kerja lapangan ni. presentation macam wat Final Year Project punya presentation ja... saboooo je la... hope aku boleh bawak subjek ni. yang aku suka pasal subjek ni, tak da final exam. yehuuu... final amik 5 paper je la... ok la tuuu.

Harap2 sem depan linda akan lebih cemerlang akademiknya berbanding sem2 lepas. amiiinnn....

Thanks for reading... :)

18 August 2011

Entry buang masa korang

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Gambo takde motip. sebab dia comey, aku letak la gambo dia dalam entry ni... hehe... credit to doodledeli yawww... >.<
Hai semua... i'm back. ceh, macam setahun tak masuk blog je aku ni. bukan pe, da dua hari aku abaikan blog ni kot. ke mana aku menghilang??? mana ade menghilang... aku ada je ni. hari2 lappy dok sebelah aku ni. cuma aku tak sihat la. boleh pulak virus2 selsema dan sakit2 badan melanda bulan puasa macam ni. demam punya pasal, blog aku yang jadi mangsa tak berhapdet. kalau ada pun sekadar join segmen, GA je. cian2... nasib ko la blog dapat tuan macam aku ni... haha...

Ni pun tak sihat sepenuhnya lagi. tapi ubat da tak makan. hehe... sssyyyhhhhh... jangan bagi tau mak aku tau. silap2 kene kejar satu taman aku kalau kantoi tak makan ubat... haha... tipu je. tu kisah lima belas tahun enam bulan yang lalu. hehe...

Sebenarnya entry ni tak da isi yang menarik pun. just nak buang masa korang baca entry kosong je. kan da aku tulis kat tajuk ni entry buang masa, yang korang masuk jugak tu nape??? salah aku ke??? haha... bukan ape. otak aku blur2 lagi la. tak da idea. puas dah ni nak kerah idea. last2 idea tak kuar2, otak yang bersepai terkeluar. hehe...

Ok la. terima kasih bebanyak pada korang yang dah terbuang masa baca entry ni ye. esok dari pagi sampai petang aku bekerja jaga gerai jualan. malam sok baru berkesempatan kot nak jenguk blog. itu pun kalau larat laaaa... ehem2... >.<

OK. Thanks for reading :)

15 August 2011

Tips mencari isteri TERBAEK punya (khas buat pembaca lelaki)

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Malam ni aku nak share tips2 berguna buat jejaka2 diluar sana yang sedang mencari isteri yang boleh memenuhi kehendak hati. boleh diikuti oleh lelaki2 yang masih bujang mahupun sudah berkahwin. tips ni aku petik terbaik dari ladang anggur yang aku tanam sendiri kat belakang rumah... jom layannn... hehe... 

Google

Nak pandai, 
cari isteri cikgu.

Nak sihat,
cari isteri doktor.

Nak kaya,
cari isteri anak tan sri.

Nak glamour,
cari isteri artis.

Nak gaduh,
cari isteri samseng.

Nak stamina,
cari isteri ahli sukan.

Nak gemuk, 
cari isteri chef.

Nak selamat,
cari isteri polis.

Nak stylo,
cari isteri kaki shopping.

Nak MAMPUS,
cari isteri muda yang satu ofis dengan isteri tua...

Hahaha... yang mana satu menjadi pilihan korang??? pilih2 ya... >.< 

Hanya gurauan semata2. peace no war (tetibe)

13 August 2011

Periksa kesucian blog

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Jangan salah faham dengan tajuk entry k. tajuk sebegitu bukan lah bermakna blog aku telah dinodai oleh sesiapa, hackers mahupun haters. setakat ni blog linda yang baik tiada haters lagi. alhamdulillah...

Tadi aku ada jenjalan kat blog ilasyamila gula masam. dia buat entry pasal check kebersihan blog. bersih dari sebarang virus. so, lepas geledah2, jumpa jugak link website nak check 'kesucian' blog. 

Bila da jumpa, laju2 la check. sepantas halilintar selaju kilat. haha... nak jugak tau kot2 ada virus2 yang dengki dengan blog aku menyelinap masuk secara haram tanpa kebenaran dari nenek aku dulu kan.

Lepas dah check ini lah hasilnya... :)

 Ni check guna onlinelinkscan

yang ni pulak guna urlvoid

Lepas ni boleh la berblogging sesuka hati, sesenang lenang dan segumbiranya sebab blog aku suci dan bebas dari sebarang virus2 yang jahattttt... yeah... :)

Korang boleh check jugak ye. k la, aku nak pi kedai beli bahan mentah nak masak juadah berbuka malam ni. nak pesan pape tak??? hehe.. tata...

Thanks for reading... :)

12 August 2011

I'm soooo tired #2

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Hari ni jumaat kedua aku tolong jaga gerai jualan kakak aku. yes, seperti di tajuk entry. aku sangat penat. tadi sempat jugak online kejap guna blackberry kakak aku masa keboringan kat gerai. tengok2 ada banyak komen and new follower. 

Aku hanya mampu publish je komen2 tu semua. nak reply, lembab pulak online guna blackberry. so, simpan hajat tu bila balik rumah. tapi bila balik rumah, penat pulak. 

So, aku nak cakap thanks bebanyak kat sapa2 yang da singgah blog ni especially yang singgah dari segmen AA tu. aku memang tak larat nak singgah balas blog korang malam ni. tapi kalau aku dapat lebih energy lepas mandi satgi (upppsss, kantoi... hahahaha... sila booooo...suk kat linda secara beramai2 sebab tak mandi lagi), aku cuba la pergi singgah balas blog korang, korang dan korang. kalau tak larat jugak malam ni, esok la aku melawat korang ek. jangan marah ye adik, kakak, abang, auntie uncle sekalian.

Thanks jugak kepada korang2 yang dah follow, komen, shout and singgah, even sebagai silent reader pun. aku hargai korang. sungguh semakin hari mood aku nak berblog semakin membuak2. sebab blog semakin meriah dengan new follower dan komen2 kalian. ye, aku gila komen tapi bukan gila follower. hehe... sebab bila ada yang komen, aku tau ada jugak yang nak baca blog picisan aku ni. terima kasih tak terhingga sekali lagi. (wah3x... bajet blogger pemes amos je ko linda ek...) 

Adalah ditekankan disini bahawa aku bukan bajet pemes ye, tapi sekadar nak menghargai pembaca blog aku. itu je... :)

Ok la. aku nak gi mandi dan berehat. energy aku banyak hilang hari ni. huhu...

Thanks for reading... :)

11 August 2011

Doodle for Farah Hanim

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Ni first time aku ber'doodle trade'. and kali pertama ni aku trade doodle dengan Farah Hanim. tengah hari tadi aku ajak dia trade doodle, petang da siap da. cepat betul... ni doodle yang dia kasi kat aku...
Comel kan... tetiba rasa cam jadi princess kejap selama lima minit enamplohsatu saat... hehe... thanks dear... sis suka sangat dapat doodle comel ni...

Daaaaaannnn... sekarang masanya untuk menbayar hutang. hehe... yang ni pulak doodle yang aku da buat khas untuk cik adik farah ni... fara, sis harap fara suke doodle ni ek. tangan sis terketaq2 lagi la. hehe... macam pesakit Parkinson kronik da ni. :)

Hope fara suke la dengan doodle yang sis buat ni... dan sorry ye sebab lambat 'bayar hutang' ni. hehe... teruskan berdoodle ye fara... (^^)v

Kalau korang, korang dan korang semua nak tengok doodle2 comel yang fara buat, gi la terjah blog dia ye...

Thanks for reading... :)