16 July 2011

Yay!!! Aku dapat UMT lagi!!!

Assalamualaikum...^^
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... ^^

Tajuk entry tu sepatut nya di 'post' kan lebih kurang setahun yang lalu...

Hari ni berblogwalking, ramai para2 blogger yang buat entry pasal keputusan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma. rata2 kebanyakan nya berjaya mendapat tempat di IPTA pilihan hati masing. sama ada pilihan ke berapa masa isi borang UPU tu, tak penting. yang penting kalau da diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran tu, terima je la. ilmu ada dimana2, tak kira bidang apa pun ia tetap ilmu. tak ke gitu cik bedah???

Dan secara tak langsung, saraf2 dalam otak aku ni mengingatkan kenangan masa aku tunggu keputusan UPU. aku ada dua pengalaman berbeza. mula2 masa tunggu keputusan kemasukan ke IPTA untuk diploma, lebih kurang empat tahun lepas. yang kedua setahun yang lalu, untuk kemasukan degree.

Masa tunggu kemasukan UPU diploma dulu, aku memang kecewa sangat2. first apply, memang gagal. satu apa pun tak dapat. sampai nangis2 sebab tak dapat masuk mana2 U. da la matrik tak dapat, poli pun memang tak mintak langsung la. agak nya time tu aku ni memang lembab bab2 belajar ni. itu dulu ye. sebab tu ilmu tak bape nak lekat. nak sambung belajar pun tak da rezeki. alhamdulillah, keluarga aku banyak memberikan sokongan dan kekuatan menghadapi kegagalan tu. aku buat rayuan. tapi rayuan, paham2 je la. hanya 2 program je yang boleh dipilih. tu pun hanya berdasarkan program2 yang masih ada kekosongan. seingat aku, aku apply program diploma perikanan dan diploma perhutanan kot. memang terdesak la nak sangat masuk U. hehe... da memang jadi impian aku dari sekolah nak jejak kaki masuk U as STUDENT.

Alhamdulillah, kekecewaan berbalas dengan kegembiraan. ada hikmah kenapa aku gagal kemasukan pertama. aku ditawarkan dalam program Diploma Perikanan di Universiti Malaysia Terengganu. masa tu aku da dua bulan masuk form six di Sekolah Menengah Clifford kat Kuala Lipis, Pahang. lepas amik pandangan dari pelbagai pihak sama ada nak proceed dengan form six atau pun nak amik diploma, at last aku amik keputusan untuk berhenti belajar form six dan masuk diploma. 

Ok, nak pendek kan sedikit cerita. macam nak panjang je ni. takut ada orang boring nak baca pulak. mula2 masuk diploma perikanan, memang aku zero pasal ikan ni. tak tau apa2 langsung. tau makan ikan je. lama2 aku boleh adapt dan minat tu datang secara perlahan2 bila da mula mendalami ilmu perikanan ni. masa ni zero da jadi hero. eh, salah. heroin... *bukan dadah heroin tau!!!* dan sape kata belajar diploma perikanan ni boleh jadi nelayan moden je? nelayan pun ok gak. dapat rezeki halal 100% dari titik peluh sendiri. emo sikit bila dulu ada je orang yang memgkotak katik kan diploma perikanan. huish, tak baek tau... =.='

Selepas 3 tahun menuntut ilmu perikanan, aku bercadang nak sambung degree. tapi tukar bidang pulak. bukan da bosan dengan perikanan ye. just nak meluaskan pengalaman dan memperbanyakkan ilmu didada. masa isi borang UPU untuk degree tu, aku minta empat IPTA je. UMT, UPM, UM dan UKM. tapi still isi penuh lapan pilihan la. semua bidang yang berkaitan dengan biologi dan sains kesihatan. pilihan pertama dan kedua sudah pasti UMT. 1st choice Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) dan 2nd choice Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan). yang lain tak ingat susunan dah. hehe... dasar nyonya nyanyok la aku ni... huh...

Sepanjang beberapa bulan berdebar tunggu keputusan kemasukan ke IPTA, memang neves gila la. lagi2 bila ada yang cakap "ntah2 tak dapat sambung mana2...". kalau la tak dapat sambung, aku ada peluang kedua untuk buat rayuan. tapi kalau rayuan pun tak dapat, memang aku kecewa sangat la. sebab time tu and sampai sekarang memang minat aku nak belajar sangat tinggi. aku suka belajar. dan aku mengaku yang aku still tak bersedia nak menghadapi alam kerjaya. negatif kan? macam mana aku nak keje nanti??? biar masa depan aku yang menentukan nya... haha... cakap je. tapi aku yang kena decide my own future kan. how it would be??? 

Masa yang ditunggu telah tiba. bila da check keputusan kemasukan IPTA, kata syukur tak terhingga terungkap berulang-ulang kali. memang seronok sangat2 time tu tak dapat nak cakap. aku berjaya ditawarkan ke 

Dalam program Sarjana Muda Sains (Biologi Marine). apa yang buatkan aku seronok sangat ialah program yang aku dapat tu pilihan pertama aku masa isi borang UPU. *tiada unsur riak disitu ya!!! :) *... and aku ingat lagi tarikh daftar ialah pada 4 Julai 2010.

Sekarang da setahun aku bergelar student marine bio. insyaAllah kalau panjang umur, bulan 9 ni aku akan dapat adik2 baru. iaitu junior BioM. huhu... hadiah terbesar semperna my birthday kot. hehe, poyos jek... kalau ada adik2 blogger yang dapat course Marine Bio UMT, jangan malu2 berkenalan dengan akak senior yang chumel lagi baik hati ini ye >.< *huh... sudah2 la perasan tu linda... kang tak pasal2 dapat pakej lempang dan sepakan penalti percuma secara beramai2... larikkkkkkkkkk*...  hehe... 

Tu la antara pengalaman aku sebelum dan selepas dan sedang bergelar student universiti. bagi aku jadi student universiti ni mengajar aku erti kebebasan, berdikari dan persahabatan. aku belajar untuk menghargai dan tak salah gunakan kebebasan yang aku dapat tu. *tapi tetap diawasi dari jarak jauh untuk mengelakkan diri ini terbabas ke kancah gejala negatif*. aku belajar berdikari untuk menguruskan diri dengan betul tanpa diperhatikan keluarga. aku belajar erti persahabatan kerana sahabat dan rakan2 adalah keluarga kita bila kita berjauhan dengan keluarga. alhamdulillah setakat ni aku dapat handle diri sendiri lagi. belum lagi terbabas. kawan2 yang ada pun memang supportive. sayaaaanggg sangat2 dengan diorang...

Last but not least....

I LOVE 
EX-DIPLOMA OF FISHERIES 
UMT 2007-2010
&
BACHELOR OF SCIENCE (MARINE BIOLOGY)
UMT 2010-2013
soooo much!!!! 
uolls memang the best la...!!!
 rindu korang!!!
I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

hehe... tetibe je terasa nak nyanyi lagu I Love You, You Love Me dalam siri Barney Cartoon show... lalala~~~

Thanks for reading... selamat malam semua... :)

34 comments:

kim heeruul said...

tahniah..
kwn gua pon dpt kat sini gak..

Tasha said...

hehe,org marin mst dah bese skuba...ke x?hihi...

syafiqahatta said...

huhuk~ luv u too larh linda...muah muah muah ^^

haslinda said...

kim heerul: ya ke. bgus2, leh la kenal2. hehe...

haslinda said...

tasha: emm, scuba belum pernah lg sbb x de lesen lg. snorkeling je slalu. hehe...
insyaAllah kalau ada rezeki, nak jugak buat lesen scuba kalau ada peluang :)

haslinda said...

piqa: hehe... :)

Anis anak wong said...

fuyyoOOoo .. da smpai bachelor

haslinda said...

Anis: baru bachelor laaa... hehe... org lain da ada master n PhD... :)

alif ismail said...

wau...inspired betul alif bila bace entry ni..

alif pula baru merangkak2 nak amik degree walau dah lanjut usia..huhu..

apapun selamat maju jaya!

haslinda said...

alif: hehe. ya ke. usia tak jadi penghalang utk menuntut ilmu. ilmu boleh digali sampai akhir hayat kita...

gud luck utk alif jugak ye...!!! :)

Liza Adi said...

dik...xnak keje mcm mana nak beli umah kat mak. Ilmu banyak duit xde xguna gak.
cdgn...lepas degree mohon jd tutor sambil tu ambil master. mana tahu ada rezeki boleh jadi pensyarah..ilmu yang penuh didada tu kena dicurahkan, jgn makan sorang2 pahala pun dapat.
^_^

haslinda said...

Liza: memang teringin nak amik master. kalau ada rezeki, sampai phd pn nak. tp tak tau kemampuan diri tu setakat mana. huhu :)

fiq. said...

teruskan belajar yer,, ni junior wartawan majalah 3 nurul ain nurul syuhada lah nikan, rasanya dia marine bio jugak....kawan kakak saya..


kakak saya pon dulu umt a.k.a KUSTEM...

haslinda said...

fiq: thanks :)

yup, junior dlm 1 jabatan. nurul dlm program sains samudera... :)

kemey said...

wau kite satu faculty la^^
nice too meet u..

haslinda said...

kemey: ya ke... yeah, jumpa lg fmly 1 faculty... nice to meet u 2 :)

kemey said...

hehe..abes sem break lau pnjg umo bole jmpe^^

haslinda said...

kemey: hehe... insyaAllah :)

eIRA_miEYra said...

akakk.. hehe.. masuk bio marin tu bljr ap je ye.. klu x pnd swim2.. heeee....

safiyzakwan said...

kak, saya pelajar dip ikan.. akak sambubg degree ni brape thun? and brape gred yg minima ntuk gugur kurss yg kita dh ambik time diploma?

Anonymous said...

saya dak dip ikan ni kak.. wahaha.. emm.. 1st year student.. blur ag sal ikan ni.. umm.. nk tau, ader bpe plihan dip ikan dpat klau nk smbung degree...??

Anonymous said...

kak...stpm kena dpt pointer apa kalau nak masuk kos marin bio??

uryienfaten said...

hi akak :) saya student matrik bakal tamat . haha. found ur entry w/ de help of googke act . saya ade applt BioM nie untuk bachelor . really hope to get it :) pray for me kak :) hehe

IR WAFIE said...

Assalamualaikum, akak... sy stdent lpsan matrik(2012/2013),dpt smbung kt umt,"SARJANA MUDA SAINS GUNAAN (PERIKANAN)"... Boleh x akak explain ckit tntang kos ni..pluang pkrjaan dia..sbb sy xthu sgt pasal kos ni.. Harap akak sudi tolong sy.. Tq. =)

superb.rara said...

Assalamualaikum kak,
saya dapat Biologi Marin..
di UMT.. Course ni macam mana kak? Apa pendapat kak?

Anonymous said...

Kwan2 perempuan ade dpt x??

haslinda said...

@IR WAFIE

Salam dik.. program SMSG Perikanan ni mostly adik akan belajar pasal ikan. antaranya sains perikanan, biologi ikan, anatomy ikan, distribution ikan tu kat laut, species2 ikan laut, ikan air tawar, ikan muara, cara2 ternakan ikan mengikut kategori2 dia, cara penangkapan ikan, undang2 kat laut yg berkaitan dengan perikanan, belajar pasal marine invertebrate, physiology ikan, fish nutrition, microbiology aquatic, ecology.. banyak laa.. peluang pekerjaan sangat luas. kalo gov, adik boleh kerja dengan jabatan perikanan, bawah jab perikanan pn ada banyak lg sub2 dia. kalau company laaaagi banyak peluang dik.. senang ckp bidang kerja untuk fishery student ni memang meluas. lagi satu kalau belajar fishery ni, adik akan dapat experience ke laut dan handle cara penangkapan ikan.

haslinda said...

@superb.rara

Salam dik.. adik boleh rujuk link ni. akak ade explain detail :)

http://cthaslinda.blogspot.com/2013/03/faq-marine-biology.html?showComment=1373559324466#c523982327931309207

haslinda said...

@superb.rara

Salam dik.. adik boleh rujuk link ni. akak ade explain detail :)

http://cthaslinda.blogspot.com/2013/03/faq-marine-biology.html?showComment=1373559324466#c523982327931309207

IR WAFIE said...

@haslinda
Ouhh.. Tq bnyk2 ye akak coz bgtaw serba sdikit pasal ni =)

Syahril md noor said...

salam cik,
mohon maaf kerana sedikit out of topics. saya sedang mencari graduan diploma perikanan sekurangnya utk bekerja dgn syarikat saya yg berkaitan dgn perikanan. jika saudari mengenali beberapa rakan atau junior lepasan diploma saudari yg baru ingin memulakan karier boleh hubungi saya di captsyahril@gmail.com . terima kasih.

Syahril md noor said...

Salam saudari,
maafkan kerana out of topics sikit.saya sedang mencari graduan lepasan diploma perikanan UMT yg baru ingin memulakan karier.sekiranya saudari mengenali mana-mana junior Dip Perikanan yg baru menamatkan pengajian/ atau sedang mencari pekerjaan boleh menghubungi saya di alamat email captsyahril@gmail.com . thanks saudari.

haslinda said...

@Syahril md noor

Salam. ok saya akan usahakan. :)

LISA HLOVATE said...

owh my senior rupanya..mungkin kita konvo sama2 tahun lepas.. saya ex dip fisheries 2010-2013 umt... tengah apply untuk degree tahun ni.. kalau dapat umt lagi pun ok gak!!

lisa-hlovate.blogspot.com