16 July 2011

Trio Hebat

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan :)

Hari sabtu yang membosan kan. saat yang lain keluar berjimba, aku dok rumah je. online je la keje aku. bosan online, tengok tv. bosan tengok tv, cari lappy balik. tu je la keje aku. pi mai pi mai tang tu jugak. sampai tv ngan lappy ni pun da bosan mengadap muka aku... *huh, ada aku kesah???*

Tadi aku tengok muzik2. aku tak pernah follow pun cite ni setiap minggu. tapi ntah macam mana tadi terasa nak tengok pulak. nak jugak aku update dengan lagu2 tempatan ni kan. da la jarang dengar radio. memang aku agak ketinggalan la dengan lagu2 yang latest ni. tak update langsung. *memang dasar ketinggalan jauh dalam era globalisasi... eh, ada kena mengena ke???*

So tadi ada la pencalonan lagu baru (ye kot pencalonan, aku pun tak sure). ada satu lagu ni, aku suka sangat. selalu da dengar lagu tu. and da pernah try nak download lagu tu. tapi time tu line berokband ni lembap macam siput baban, maka terpaksa ditunda dulu niat hamba tersebut. tadi time dengar lagu tu balik, baru cepat2 nak download lagu tu. and now da berjaya download pun... yeah!!! sila tepuk tangan kepada linda lapanpulohtigapointsatu kali... terima kasih, terima kasih kepada sesiapa yang sudi berbuat demikian... :)

Nak tau lagu apa yang aku maksudkan??? lagu paduan suara tiga artis yang suara diorang ni memang aku kagum dari dulu lagi. sebelum ni diorang pernah berpadu dalam lagu Di Mana, Di Mana... sekarang ni trio hebat Jaclyn Victor, Shiela Amzah dan Ning Baizura sekali lagi berpadu suara dalam lagu baru Beribu Sesalan  (3 suara). best lagu ni. sebelum ni aku selalu dengar dalam blog INI. now aku da leh dengar hari2 sebab lagu ni da ada dalam lappy aku. hohoho...poyos jek ek aku ni??? tembak kang baru tau...!!!

Da la. tamau cakap banyak2. nak majuk dengan diri sendiri yang suke2 ati dia je nak tembak aku. hahaha... adakah linda semakin sewel... tidaaaaaakkkk... jom layan lagu ni...


Best kan??? sila la cakap best bagi mejaga hati aku yang kecil ini... hahaha... kalau tak best, cakap dalam hati je k. tak pe, linda tak dengar pun. k la. papai!!!

Thanks for reading... :)

4 comments:

syafiqahatta said...

best best best ^^

haslinda said...

piqa: haha... best kan... :)

Terbelog said...

ye best
besssttt saaanggaaaatttt :D
hai lama x singgah sini
dah lain ye blog

haslinda said...

terbelog: hehe... saja2 teringin nak berubah angin pulak :)