29 July 2011

Ramadhan dah ke???

Assalamualaikum... :)
Hai gadis chumel dan jejaka tampan... :)

Sedar tak sedar, lagi dua hari je lagi da nak jejak bulan Ramadhan. sebelas bulan dari 1 Syawal lalu seolah2 cepat berlalu.

Sekarang ni, dok mana2 je semua dok cerita pasal bulan puasa. tadi kat tv, tengok siaran WHI dan Al-Kuliyyah pun berbincang pasal puasa.

Dan aku pun nak buat kesimpulan sendiri tentang bulan Ramadhan ni...

Syaitan dan nafsu
Pada bulan Ramadan syaitan dan jin dirantai untuk menghindari mereka dari mengganggu atau menghasut orang2 yang beriman. terdapat ulama mentafsirkan maksud syaitan dibelenggu ialah syaitan tidak dapat merosakkan ibadah manusia pada bulan Ramadan kerana ketekunan manusia melakukan ibadah puasa serta ibadah2 lain. kerana ibadah puasa itu dapat mengawal nafsu mereka dari terdorong melakukan perkara mungkar.

Pintu syurga dan neraka
Pada bulan Ramadhan, pintu syurga terbuka seluas-luasnya untuk mereka yang tekun beribadah dan taat kepada Allah. bulan yang mulia ini jugalah Allah SWT melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba2-Nya yang memudahkan mereka masuk ke syurga. pintu2 neraka pula ditutup serapat-rapatnya pada bulan Ramadan. ini menunjukkan bahawa pada bulan Ramadan, hamba2 Allah  SWT yang tekun beribadah dan menurut segala perintah-Nya terlindung daripada dorongan untuk melakukan perbuatan2 terlarang yang boleh menyebabkan mereka dicampakkan ke dalam api neraka.

Pintu rahmat dan pintu langit
Pintu-pintu Rahmat dibuka. Allah SWT meluaskan rahmatNya agar menaungi seluruh hamba2-Nya yang tekun beribadah dan taat kepada-Nya dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Allah SWT juga membuka pintu langit seluas-luasnya pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk menurunkan rahmat-Nya kepada hamba2-Nya serta segala amalan2 berbentuk ketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.

Lailatulqadar
Malam yang lebih mulia berbanding seribu bulan. boleh kira seribu bulan tu berapa tahun??? sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

Menghambakan diri kepada Allah vs. menghambakan diri kepada Ramadhan.
Kalau kawan2 perasan, ada sgelintir umat Islam (termasuk jugak aku)... bila masuk je Ramadhan, semua pulun nak buat amal ibadat. eh, aku tak kata buat amal ibadat tu salah eh... malah ia amat dituntut dalam agama Islam tu sendiri. tapi, kenapa time bulan Ramadhan je baru nak tingkat kan amal ibadat? kenapa bulan Ramadhan baru nak pakai tudung, tutup aurat? kenapa bulan Ramadhan baru semua berpusu2 solat berjemaah di masjid? kenapa bulan Ramadhan baru nak membaca al-Quran sampai sepuloh muka surat satu malam? kenapa tak buat semua kebaikan tu selain di bulan Ramadhan juga? persoalan nya, adakah kita ni menghambakan diri kepada Ramadhan atau Allah? sebagai hamba yang patuh kepada Allah, sebagai umat Islam sepatutnya kita istiqamah dalam melakukan kebaikan dan ibadah. kerana kita beribadah kerana Allah, bukan kerana Ramadhan. Ramadhan hanyalah satu 'platform' untuk melatih diri untuk tingkatkan lagi iman dan taqwa kepada Allah SWT melalui ibadah. 

Oleh itu, rebutlah peluang tersebut untuk beristiqamah dalam melakukan amal ibadah kepada Allah SWT.

Wallahualam... kalau ada sebarang kesilapan dalam penyampaian diatas, maaf dan minta diperbetulkan...

Sumber SINI. thanks for reading :)

4 comments:

Abu Huzaifah said...

selamat berpuasa cik haslinda :D

haslinda said...

Abu Huzaifah: ok... selamat berpuasa jugak :)

sakura_sue said...

slmt pose..
wahh pose sampai!

haslinda said...

sakura_sue: slmt berpuasa jugak :)